RESEPI SAYUR GORENG CAMPUR CENDAWAN YANG SEDAP DAN RINGKAS - INILAH REALITI

Friday, 3 June 2016

RESEPI SAYUR GORENG CAMPUR CENDAWAN YANG SEDAP DAN RINGKAS


Assalamualaikum.

Kalau tadi, Cik Rose kongsikan resepi ikan kerisi masak berlada, kali ni nak share resepi sayur campur goreng yang menyelerakan. Sebagai pembuka selera ketika bersahur. 
 

Resepi Sayur Goreng Campur Sedap

Cendawan
Jagung Muda 
Lobak Merah
 Ikan bilis- ditumbuk atau dikisar kasar
Bawang putih - dihiris halus

Caranya :

Tumiskan bawang putih. Bila dah naik bau, masukkan ikan bilis yang ditumbuk tadi. 
Selepas tu, masukkan lobak merah dan jagung muda.
Bila lobak merah dah agak empuk, masukkan cendawan.
Tambah air, jika mahukan sayur campur berkuah. (Sedap tau hirup kuah dia, nyum nyum)
Perasakan dengan garam. 
Siap :)

Selamat mencuba! Resepi di blog Cik Rose ni memang yang mudah jer. Jangan risau :) 

 

 


2 comments: