Breaking

Monday, 27 June 2016

TANDA PENYAKIT BUAH PINGGANG

Assalamualaikum.

Perkongsian dari facebook Kementerian Kesihatan.

Beekenaan Buah Pinggang. Tanda dan gejala, langkah pencegahan, dan cara mengesan penyakit buah pinggang.

Jom kita lihat :


Tanda dan Gejala penyakit buah pinggang:-

  • Badan berasa mudah letih.
  • Hilang selera makan, rasa loya dab muntah.
  • Kerap kencing terutamanya waktu malam.
  • Bengkak pada kaki dan muka.
  • Sukar bernafas.
  • Gatal pada seluruh badan.
  • Pucat.

Cara untuk mengesan penyakit buah pinggang (ginjal) pada peringkat awal.

  • Ujian air kencing.
  • Pemeriksaan tekanan darah.
  • Ujian darah.

Langkah-langkah pencegahan :-

  • Menjalani pemantauan, atau saringsn kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah.
  • Mengawal paras gula dan kolestrol dalam darah.
  • Memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetes adalah baik.
  • Jangan makan ubat sembarangan tanpa arahan dari doktor.
  • Mengamalkan cara hidup yang sihat - makan secara sihat, berhenti merokok dan bersenam.


Moga bermanfaat buat semua.


5 comments: