BILA HATI JADI SENSITIF

Assalamualaikum
Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Nak cerita berkenaan sensitif. 
sensitif ni berbeza-beza. Ada tahap yang boleh dikawal tahap sensitifnya. Ada yang tak dapat nak tahan, dah terjadi over sensiti kan. Subjektif gitu.

Cik Rose akui memang Cik Rose sensitif. Tapi masih dapat dikawal, bukan di tahap over sensitif. Cuma yang Cik Rose nak habaq ni bukan berkenaan diri Cik Rose sangat. Cuma, nak bagi sesetengah individu tu sedar sikit. Ishhhh janganlah korang salah sangka.. Nampak macam Cik Rose tegas pulak kan..Tapi, sebenarnya tak. Ni ingatan mesra manja jer.

Cik Rose cuma terkilan dengan sesetengah individu yang bukan main bergurau kasar, bahan orang lain kaw-kaw. Tapi, bila kena part dia, dia sentap dan over sensitif! Ishhhh this is not fair tau. Awak boleh bahan orang, perli orang, kutuk orang, gurau yang agak kasar dengan orang. Tapi bila orang lain buat benda yang sama, awak sentap tahap maksimum! Awak jadi sensitif pulak. Mula merajuk 1000 tahun... Hihi.. Janganlah begitu. Please give and take la kan.. Huahuahua.

Nak bergurau, sila lihat dahulu dengan siapa anda bergurau. Bukan semua orang boleh bergurau. Kang ada yang cakap pada Cik Rose, kalau tak boleh bergurau, gi surau. Amboi, amboi, amboi. Janganlah gitu. Tak salah bergurau. Cumanya jaga limit jer. Tapi, untuk yang tak boleh bergurau langsung tu, Cik Rose no komenlah. hihi.. Bagi Cik Rose, boleh jer bergurau. Gurauan yang lite-lite gitu. Heh heh he. Bak kata dalam satu lagu lama, "hidup kalau tak bergurau senda, hilang nikmat cinta".. hihihi.. Relax relax sudah.. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jangan ada roadblock pulak kat telinga kiri tu, tu yang tak boleh keluar. heh heh heh.

Kalau anda seorang yang suka bergurau, anda juga mesti menjadi seorang yang boleh menerima gurauan. Ingat tu. Jangan awak je syok membahan orang. Orang lain pun ada mulut wei. Hihi..

Cik Rose saja tulis isu ni, sebab ada ramai yang over sensitif, hati tisu tak kena gaya. 

Buat yang memang sensitif, tapi menjaga adab percakapan tu tak apa. Tak ada masalah. Dah memang dia menjaga gaya percakapan, setiap tutur kata. Tu yang bila orang bahan dia, dia sensitif.Kan?

Korang golongan yang mana?.

Sendiri nilai, sendiri kawal diri!

Selamat Hari Raya! Syawal ke 16 hari ni :)

 
Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
21 July 2016 at 16:33 ×

mmg ada yg mcmni...
nsb lah geng2 opis akak yg ngam semua otak jenis gila2...
ckp lah topik apa jnji bukan topik politik udah

Balas
avatar
admin
21 July 2016 at 17:40 ×

Assalamualaikum,
susah jugak kalau kita je boleh bahan orang, bila orang bahan kita...sentapppp!

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment