MAKAN AISKRIM DI SANG KAYA, KLUANG MALL

July 22, 2016

Assalamualaikum. 
Apa khabar semua? Moga sihat sahaja yer. Cik Rose rasa nak demam pula.. tekak pun perit sikit. Tapi masih boleh bertahan 💪💪💪. 

Nak cerita tentang Sang Kaya. Korang dah rasa ke belum? 



Cik Rose selama ni dok tengok orang post pasal Sang Kaya, Sang Kaya. Tertanya juga apa yang best? Hanya tahu masa tu Sang Kaya ni aiskrim kelapa jer. 

Nak jadi cerita, minggu lepas family Cik Rose datang. Jadi, Cik Rose dan adik ikut abang pergi Kluang. Batu Pahat dengan Kluang bukan jauh mana kan. Abang Cik Rose nak mengimbau kenangan katanya. Dulu dia pernah berkhidmat di Kem Mahkota, Kluang sebelum bertukar ke Perlis. So, kitorang pun pergi bertiga. 

Singgah Kluang Mall. Nak cuci mata katanya 😎😎😎. Sekali ternampak Sang Kaya! Eh, eh dah lama teringin nak rasa. Hihi. Singgahlah beli satu jer. Konon nak rasa je kan.

Tadaaa :


Korang.... Sedap! Bagi tekak Cik Rose la... Ambik yang aiskrim dalam tempurung ni. Ada isi kelapa dengan 4 scoop aiskrim. Boleh pilih 3 topping. Aiskrim pun boleh pilih nak perisa apa. Ada pilihan original(aiskrim kelapa), coklat, teh tarik dan green tea. Cik rose pilih original dan coklat. Topping pula ada pilihan seperti kelapa parut, oat, cornflakes, jagung, kacang tumbuk dan kacang merah. 

Bagi Cik Rose, memang puas hatilah makan. Hihi. Yang macam Cik Rose ambil ni harganya RM9.90.

Kalau nak dalam cup pun ada, aiskrim kon pun ada. Cendol pun ada, shake pun ada. Macam-macamlah.. 

Bila Sang Kaya nak buka di Batu Pahat? Cik Rose tanya jer... hihi.. mungkin Cik Rose akan jadi pelanggan setia kot. 😅😅😅



You Might Also Like

6 comments

  1. nampak menarik jer,
    letak pulak dalam tempurung memang nampak sedap ler,
    harap-harap bleh rasa gak nnti.
    kena ingt nama nie

    ReplyDelete
  2. tak pernah rasa lagi.. huhu.. terliur pulak tengok pict cik rose tu..

    ReplyDelete
  3. terlio la pulak nengok. takpa lepas ni SB gi korek peti sejuk, aiskrim kontena nestle tinggal sejemput saja lagi..

    ReplyDelete
  4. Dap dap dap! Sekali sekala layan sangkaya ni yummmyummm!

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS