Saturday, August 13, 2016

GAMBAR HANTARAN TUNANG DAN KAHWIN YANG SIMPLE


Assalamualaikum.

Tanggal 7 Ogos 2016 ( Ahad).
Pertunangan adik ipar Cik Rose, Jeefry bersama pilihan hatinya, Farah. 

Adik beradik suami Cik Rose ada 4 orang dan kesemuanya lelaki. Jadi, masa adik ipar suarakan hasrat nak tunang tu, mak mertua Cik Rose minta Cik Rose uruskan bab hantaran. 

Adik ipar Cik Rose nak tema hijau. Cik Rose yang pilih Tiffany Green ni. Nampak soft dan ada ummpp gitu. Hihi. 

Kitorang dari pihak lelaki memberi 5 bekas dan pihak perempuan membalas dengan 7 bekas. 

Masa singkat sangat. Tak sempat nak deco lebih-lebih. Yelah, suami Cik Rose habis latihan Jumaat petang. Malamnya terus cari bahan dan gerak ke Kedah dari Johor ni ha. Ada masa sehari jer iaitu Sabtu. Ahad dah nak tunang. Bertunang dengan orang dekat, satu negeri :)

Mehla tengok hasilnya. Tangan Cik Rose ni taklah sekreatif mana. Tapi, Alhamdulillah. Berjaya siapkan on time. 

1)Bekas cincin .


2) Tepak Sireh. 
Simple jer sebenarnya. Tapi, memang Cik Rose suka sangat hasilnya! Puas hati. Less is more. Cik Rose tak minat yang tinggi-tinggi tu. Macam crowded di mata Cik Rose. Lain orang lain citarasanya. 


3) Buah-buahan.


4) Coklat @manisan. 


Tadaa. Inilah hasilnya. Yang kelima ialah kek. 


Belanja lagi satu gambar.


Moga entry ni memberi inspirasi buat bakal-bakal pengantin dan bakal tunangan orang. Hikhik. 

Buat sendiri atau tempah tu pilihan masing-masing. Ikut kemampuan sendiri. Tak perlu berlebih-lebihan sebenarnya. 

Untuk adik ipar Cik Rose. Diharapkan berpuas hati dengan hasil tangan kakak iparmu ini. Terima kasih yer.

Moga hubungan ini bersambung ke ikatan pernikahan. Dan moga berbahagia selalu.



1 comment: