Thursday, August 11, 2016

HIKMAH DARI SAKIT

Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Cik Rose doakan moga kalian sihat sejahtera. Alhamdulillah. Diberi kesempatan lagi untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. 

SAKIT. 
Siapa boleh menduga bila seseorang itu sihat, sakit, senang, sukar, gembira, berduka dan lain-lain? Siapa kita untuk berbuat demikian? 

Setiap yang terjadi memang ada hikmah dariNya. Cuba bersabar dan redha dengan apa yang terjadi andai kita diuji dalam hal kesihatan. Oh lupa Cik Rose nak jelaskan. Dalam entry kali ini, Cik Rose nak fokus bab kesihatan. Ya. KESIHATAN. 

Mungkin pagi tadi kita baik-baik saja, tiba-tiba di waktu tengahari badan jadi panas, petanda demam. Dan mungkin petang tadi kita terbaring menanggung sakit, malamnya Alhamdulillah kita mampu untuk berjalan. Semuanya dengan izin dari Allah. 

Berbalik pada tujuan asal entry ini ditulis. 

Cik Rose agak lama tak diserang demam. Alhamdulillah. Namun, hari Isnin lepas Cik Rose mula bersin banyak kali. Kepala terasa berat. Mata terasa sakit. Itu petanda yang Cik Rose akan demam sekali dengan pakej-pakejnya. Cik Rose dah faham isyarat tubuh ini. Namun, Cik Rose gagahkam diri tak nak ambil sebarang ubat. Cuba bertahan. Hari Selasa dah makin menjadi selsemanya. Baru Cik Rose ambil ubat. Bermula dengan selsema, badan Cik Rose makin panas dan mula batuk. 

Alhamdulillah. 

Hari ini, Cik Rose makin baik. Setelah beberapa kali muntah-muntah. Lama dah tak muntah. Bila muntah, adoi sakitnya rasa. 

Kat bawah ni segala macam ada. Dengan kool fever, air badak, ubat batuk, ubat demam dan selsema. Tapi, Cik Rose tak makan pun ubat batuk tu. Cik Rose cuma ambil pati delima Gulsan. Lagi satu yang tak ada dalam gambar ialah minyak cap kapak. Hihi. Itulah teman sejati Cik Rose. Hikhik.


Ada sesetengah individu yang Cik Tose sendiri tak faham. Suka mempersoalkan jika kita jatuh sakit. Cik Rose kalau boleh tahan, Insyaallah akan turun kerja. Tapi, kalau tak dapat bertahan memang Cik Rose akan cuti/cuti sakit. Itupun jadi isu? Bila Cik Rose luahkan pada teman, teman Cik Rose menenangkan kembali rasa hati ni. Sabarlah.. biarlah. Tak kena pada mereka, memang mereka tak akan faham. Jangan salah anggap pula ya. Cik Rose bukan mendoakan perkara-perkara negatif. Cuma mengingatkan sahaja kadang kala Cik Rose sendiri pun alpa. 

Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Cik Rose. 



1 comment:

  1. gws dik.... lumrah hidup yg sihat msti akan sakit...
    nape lak ada yg mempersoalkan psl sakit nih, kalu tak sihat tak pyhla pi keje... jaga diri kita kalu dh sakit nk bt apa pun tak blh

    ReplyDelete