KESAN PENGAMBILAN INTEEMOR DARI EPHYRA

Assalamualaikum.

Nak bercerita mengenai INTEEMOR dari EPHYRA. 
Beberapa bulan lepas, Cik Rose ada mencuba makan Inteemor ni. Aduhai, lambat pulak tulis dalam blog. hihi.Baru teringat nak berkongsi di blog. Benda yang baik, apa salahnya kita kongsikan bersama, kan?

Cik Rose sebenarnya tergoda dengan testimoni yang dikongsi di facebook dan instagram. Tu yang ajak kakak Cik Rose kongsi beli. Sebab masa tu ada promo beli 3 botol. Murahla bila dikira harga sebotolnya. Tapi, tak ingat pulak berapa yer. Cik Rose beli melalui instagram seseorang. 

Tengoklah, warnanya ungu. Warna kegemaran Cik Rose. Eh, apa kena mengena dengan review ni?.

 

Cik Rose mencuba kerana masa tu selalu sangat letih bila bangun pagi. Dah kenapa? Takkan pertambahan usia kot. Muda lagi ni. hihi. Bukan malas bangun pagi tau. Tapi, rasa letih semacam seolah-olah tak cukup tidur. Tapi, bila dikira bilangan jam yang Cik Rose tidur, macam dah ok sangat! So, ambik keputusan cuba Inteemor ni dengan harapan badan rasa lebih bertenaga.

Cik Rose mencuba. Apa yang Cik Rose rasa setelah habis sebotol Inteemor ni?

  • Badan rasa bertenaga! Yeay. Itulah yang Cik Rose nak pun sebenarnya kan. Bangun pagi tu terus bangun. Takdelah rasa macam nak sambung tidur ke kan. Tak rasa letih dah macam sebelumnya. Alhamdulillah.
  •  Memang lawas. Hihi. Setiap hari membuang dengan jayanya mengikut jadual. Maksudnya pada waktu yang sama, setiap hari. Alhamdulillah.
  • Tidak mengalami sakit perut sebelum period. Tahu-tahu dah period. Sebelum ni, memang rasa sedikit sakit perut. Tapi, lepas amalkan Inteemor ni, Alhamdulillah.     


Kenapa Cik Rose mencuba sebotol jer? Bila dah habis sebotol, dah tak beli. Tu yang tak minum dah. hihi. Eh apa punya alasan ni. hihi. 
Tak bukan.. Cik Rose ni jenis yang tak konsisten kot. Cepat tergoda dengan promosi. Bila dah habis Inteemor, tergoda produk yang lain pulak. Aduhai...

Ni Cik Rose kongsikan kebaikan Inteemor yang Cik Rose ambil dari website EPHYRA yer. Tapi, Cik ROse tak ambil semua. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh ke laman web EPHYRA. 

KEBAIKAN INTEEMOR DARI EPHYRA

  • Mengatasi masalah keputihan
  • Menghilangkan kegatalan dan bau
  • Mengetatkan, menegangkan dan merapatkan otot faraj
  • Memberi tenaga dan kecergasan
  • Membuang toksin dalam badan
  • Melawaskan sistem penghadaman
  • Melancarkan perjalanan dan kitaran haid
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan masalah bau badan
  • Anti penuaan dan mencantikkan bentuk badan
  • Membakar lemak berlebihan
  •  Menghalang jangkitan kulat dan virus
  • Meningkatkan pertahanan sistem imunisasi dalam badan

Sebenarnya nak ambil apa-apa suplimen pun, kena displin. Kena amal setiap hari. Konsisten. Jangan jadi 'hangat-hangat tahi ayam'.

 
Previous
Next Post »
Thanks for your comment