MINUMAN YANG PERLU DIAMALKAN SELEPAS PERIOD

Assalamualaikum.

Air rebusan yang diminum selepas habis period. Ada yang dah mencuba minum air rebusan ni? Ramai yang berkongsi di facebook. Sejauh mana keberkesanannya? Benarkah boleh diamalkam oleh semua wanita, sama ada yang belum berkahwin atau belum? 

Jujurnya, Cik Rose masih belum mencuba. Asyik terlupa je nak buat. Hikhik. Dok share je di facebook, buatnya tidak. 

Kalau ada yang dah mencuba, bolehlah kongsi kesannya dengan Cik Rose.

Nak tahu apa bahan-bahannya? Jom tengok kat bawah ni :-

AIR REBUSAN SELEPAS HABIS PERIOD

Halia - besar ibu jari.
Kunyit - besar ibu jari.
Serai - 2 batang 
Daun pandan : 2helai.
Gula batu/ madu. - ikut suka.
Air 3 cawan.

Tambahan jika perlu :-
Sireh (2 helai) - untuk masalah keputihan.
Manjakani (1biji) - untuk masalah keputihan.


Rebus kesemuanya menjadi 1 cawan air sahaja. 
Minum suam-suam. 

Hanya minum sebulan sekali sahaja yer. 

Khasiatnya :- membersihkan rahim selepas period. 

Sumber - perkongsian di facebook. 


Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
19 August 2016 at 08:50 ×

boleh diamalkan ni..thanks info

Balas
avatar
admin
19 August 2016 at 09:40 ×

nak cubalah! tq sharing :))

Balas
avatar
admin
19 August 2016 at 12:34 ×

nak cuba lah nanti....

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment