RESEPI TELUR MASAK REMPAH

Assalamualaikum.

Pagi ni Cik Rose nak share resepi yang mudah jer. Kalau korang tak ada idea nak masak apa hari ni, bolehlah cuba ye. Mana tahu kan, cuti Hari Merdeka ni. Rasa malas nak masak sangat. Pastu, tak ada keinginan nak makan diluar. Apa lagi kan, mehlah cuba buat yang ni. Senang sangat!



RESEPI TELUR MASAK REMPAH

Bahan-bahannya:

Telur direbus -kemudian digoreng sebentar.

  • 2 ulas bawang putih dihiris halus
  • 2 biji bawang merah juga dihiris
  • Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  • Satu paket rempah kari daging
  • Sebiji bawang besar dipotong bulat.
  • Cili merah dipotong panjang.
  • Daun kari
  • Air
CARA-CARANYA

  • Tumis bawang putih, bawang merah bersama 3 sekawan tadi hingga naik bau. 
  • Masukkan daun kari dan rempah.
  • Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.
  • Bila rempah dah masak, masukkan telur rebus.
  • Kemudian bolehlah masukkan bawang besar dan cili. Kacau sedikit. Dan siap!
Selamat menjamu selera!

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
1 September 2016 at 11:33 ×

mcm telur kari jgk nih yek...

Selamat norhidana miswan dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment