SATAY MELETOP BATU PAHAT

August 28, 2016

Assalamualaikum.

Cerita makan-makan kali ni. 
Siapa suka makan satay? Haa mesti ramai yang jawab ye kan? Siap angkat tangan tu ha. Hihi.

Cik Rose pula makan satay tapi bukan di tahap 'suka giler'. Hihi. Suami pula memang suka! 

Ada satay ayam, daging, kambing, babat dan lain -lain. Cik Rose suka satay ayam jer. Yang lain tak makan. 

Ni ha kat Batu Pahat ni, syurga makanan. Hihi. Macam-macam ada. Sebelum ni pernah Cik Rose tulis tentang Mee Racun, Mee Udang, Nasi Lemak Sotong Viral tu(Chik Chom) , Roti Nan Cheese & Ayam Tandoori, Nasi Beriani. Kali ni nak kongsikan satay pula.

Ramai yang berniaga satay. Dan banyak tempat makan yang jual satay. Tapi, Cik Rose dan suami selalu makan di satu gerai ni. 

Di Restoran Ceria Maju di Bandar Batu Pahat. Orang Batu Pahat mesti tahu. Restoran Ceria Maju di Jalan Rahmat. Tapi, Restoran ni dah pindah tau. Sebaris dengan KWSP tu. Satay ni bukan Restoran Seri Maju punya. Tapi ada gerai kecil kat situ. Kira macam berniaga sekali lah. Eh berbelit pula Cik Rose cerita. Hihi.

Tadaaa. Inilah satay tu : 



Nyum nyum. Satay ayam 10 cucuk dan satay daging 10 cucuk. 1 cucuk, 70 sen. Jumlahnya RM14. 

Alhamdulillah. Sedap. Kena dengan selera kami. 

Memang ke sini kalau nak makan satay. Tak cari lain dah. Hikhik.


You Might Also Like

5 comments

  1. Sedapnyaaa satay...selalu makan satay kat area Muar sebab adik duk situ...

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tu..

    Salam kenal dari Mama Jue.. Mama Followers #1113

    ReplyDelete
  3. sedap nya lahai..
    selallu makan sate dkt taman tasik sebelah rumah ni. pon sedap

    ReplyDelete
  4. T.kasih krn menyukai satay kak lynn...jika ada kelapangan bole la dtg terus ke restoran satay kak lynn di kg merdeka #0177445547 kak lynn

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS