SUP SITAM SUP TERBAIK DI BATU PAHAT

Assalamualaikum.

Mana penggemar sup ni? Makan panas-panas, sedapnya! Buat sendiri memang puas hati. Tapi, kalau tak berapa nak handal buat sup atau tiada masa nak masak, dah tentu kita pilih makan kat kedai je kan. 

Hari Isnin lepas, Cik Rose dan suami gi makan sup. Badan baru baik demam, memang nak cari sup je. Baru ada selera!  

Dah setahun lebih duduk Batu Pahat, tak pernah lagi singgah kedai sup ni. Dengar member office cerita sedap. Kat mana tu? Tentulah SUP SITAM CORNER! Orang Batu Pahat mesti tahu kat mana kan? Senang jer nak cari. Betul-betul kat depan HSBC BANK, dan bertentangan dengan Pejabat Pos. Dekat Jalan Rahmat. 

Sampai je situ, memang ramai orang. Suami Cik Rose order Sup Gearbox. Cik Rose pula Sup Biasa Daging. Tapi, nasi putih tak ada tau. Roti ada. Memang kat kedai ni makan sup dengan roti. Mabelessss rasanya! Nyum nyum nyum. Cik Rose makan juga nasi lemak yang siap bungkus. Comel jer. Hihi. Makan sebungkus nasi lemak tu dengan sup daging. Bahagia rasa!

Meh Cik Rose belanja gambar sup yer.

Ni sup gearbox. Ada 4 puntung! Memang puas makan kata suami. 


Ni pula sup daging pilihan Cik Rose. Sedap sangat bagi tekak Cik Rose. Hihi. Dagingnya pun banyak. Lembut aih dagingnya!


Tadaaa. Inilah dia nasi lemak tu. Comel jer bungkusan dia. Sedap rasa sambal tu. Nasi tu pun memang nasi lemak, wangi. Bukan nasi putih. 


Cik Rose bagi 5 bintang. Wahhh.. hihi. Jujur ni. Nanti nak pergi ulang makan kat sana. 

Siapa-siapa yang datang Batu Pahat, mesti singgah sini tau! Jangan tak singgah pulak. Cik Rose sertakan alamatnya yer :-

Lokasi : Jalan Rahmat, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor. (Depan HSBC BANK / bertentangan dengan Pejabat Pos.)

Ok, sekian cerita Cik Rose. Hihi.




Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
26 August 2016 at 11:53 ×

Alahai.. Jauhnya lah tempat makan nie..
Bilalah nak ke Johor lagi nie..

Balas
avatar
admin
26 August 2016 at 14:00 ×

Makaseh belanja gambar tuh..lapar lah pulak..hahaa

Balas
avatar
admin
26 August 2016 at 14:03 ×

Wahhhh.....terus rasa nak buat sup tulang weekend ni...dapnyaaaaaa

Balas
avatar
admin
26 August 2016 at 15:12 ×

nengok sup tuh pun dh tau sedap... pekat likat

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment