TONTON SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ

Assalamualaikum.

Sana sini orang bercerita tentang drama Sayangku Kapten Mukhriz. 
Opsss Cik Rose tak ikuti sangat drama ni. Cik Rose ada sebab tersendiri kenapa tak ikuti drama ni. Tak nak lah cerita dalam entry ni " Kenapa Cik Rose tak tonton drama Sayangku Kapten Mukhriz". Wahhh gitu.

Lain kali yer Cik Rose rungkaikan. 

Saja je nak kaitkan drama tu dengan gambar kat bawah ni :


Gambar pintu gerbang Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak.

Cik Rose ambil beberapa hari lepas. Sebenarnya Cik Rose dalam perjalanan dari kampung(Kedah) nak ke rumah(Johor). Singgah kejap kat Lumut di rumah abang ipar Cik Rose. Seorang anggota Tentera Laut. Tak sempat bermalam pum sebab kejar masa. Suami Cik Rose cutinya kejap je. 

Masuk dalam tu singgah juga PERNAMA beli apa yang patut. Hihi. Tapi, tetiba feeling ala-ala Ariana Dahlia gitu. Hahaha. Opssss.. Pengaruh drama sangat! Kata tak tengok tadi? Hikhik. 

Kalau ada kesempatan akan ke sana lagi. Rumah pak cik sedara Cik Rose pun ada di Pulau Pangkor tu. 

Nak cari masa tu yang susah sikit. 

Ok, apa kena memgena entry ni dengan drama Sayangku Kapten Mukhriz? Lokasi penggambaran drama tu kan kat sini. Hihi.




Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
29 August 2016 at 10:51 ×

ciksu layan

best gak.. hihi..

Selamat QasehnyaRania dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment