KEDAH MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2016

Assalamualaikum. 

Baru sempat bersiaran. Amboi, lama cuti ni! Hihi. Tak terlambat lagi Cik Rose nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam. Cerita Aidiladha kali ini, Alhamdulillah. Dapat balik kampung sekejap. Beraya dengan suami dan keluarga. Syukur. Kitorang balik Kedah. 

Ok, sebenarnya hari ni Cik Rose nak cerita bab bola. Yang mengikuti blog Cik Rose, tahu kan. Yang Cik Rose minat bola dan selalu updated pasal bola. Cuma kadang-kadang masa membataskan Cik Rose berbuat demikian. 



Malam tadi, 17 September 2016. Pasukan Kedah menjadi tuan rumah bagi perlawanan suku akhir kedua. Kedah menentang Negeri Sembilan. Dengarnya stadium full house! Tiket habis awal. Ramai yang ambil peluang pergi stadium. Yelah, hari cuti. Lagipun tak ada live di tv. 


Alhamdulillah. Kedah menang besar menentang Negeri Sembilan. 5 jaringan gol berjaya diraih malam tadi. 

Kedah bakal menentang PDRM di peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2016. Tahniah hijua kuning negeriku! Pulun Kedah Pulun!

P/s : sumber gambar: facebook kedah.fa

Previous
Next Post »
Thanks for your comment