KEYWORD MINGGU INI!

Assalamualaikum.

Apa pula yang dicari pembaca-pembaca blog Cik Rose yer. Saja tengok-tengok keyword untuk minggu ni pula.



  • cpu handphone sansung rosak.
  • Lirik lagu dekat tapi jauh.
  • Lirik lagu Negaraku Faizal Tahir.
  • Biodata Azhar Azhael.
  • Dedak golden eagle
  • Kadar zakat fitrah 2016.
  • Lirik pagu Demi Cinta Ezad.
  • Akibat takpakai cermin mata.
  • Durian tembaga
  • Gaji kilang Apollo.



Banyak genre yang ada. Fakta , lirik lagu , makanan dan lain-lain.

Moga penulisan Cik Rose dalam blog ni bermanfaat untuk semua. Moga dapat memberikan jawapan pada persoalan yang mereka cari. 

Dalam menulis ni, kenalah betul-betul. Dari segi faktanya atau dari segi pengalamannya. Agar sesuatu ilmu itu dapat dikembangkan dan diguna pakai. Takut sangat kalau tersalah info. Banyak kesannya kan. 

Copy paste. Blogger copy paste. Hentikanlah amalan copy paste. Sebiji sebiji pula tu. Lainlah kalau ambil sedikit input dan olah semula. Tapi, lirik lagu memang akan samalah kan. Hihi. Sebab tu kalau kita ambil sesuatu dari sumber lain, bagilah credit pada sumber asalnya. 

Cik Rose pernah jumpa gambar yang Cik Rose ambil sendiri digunakan oleh peniaga di facebook. Gambar keropok lekor yang dah digoreng! Sah-sah itu pinggan Cik Rose dan gaya potongan keropok lekor tu  Cik Rose ingat. Nak berniaga, berniagalah. Jangan gunakan sumber lain dan menipu pembeli mengatakan itu hasilnya. Terkedu juga Cik Rose tengok masa tu. Eh tu gambar aku! Hihihi. Tapi, tak sampai hati nak tegur masa tu.

Korang pernah alami tak? 



Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
24 September 2016 at 12:28 ×

pernah pergi kedai makan kt taman tasik datuk keramat, time belek buku menu, nmpak pic siap ade watermark lagi. tp bukan ciksu punya lah, mmber blog gak..
jaakhecik punya gambar.

Selamat QasehnyaRania dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment