Thursday, September 22, 2016

Sembang Santai : Prestasi Blog dan Ucapan Maaf

Assalamualaikum.

Malam ni cerita santai-santai jer. Dua minggu kebelakangan ni, agak sibuk juga dengan macam-macam hal. Banyak cerita yang hendak dipotretkan dalam blog sendiri, namun perlu bijak mengatur ayat. Bukan apa, segalanya perlu ketelitian kan. Tak nak sekadar tangkap muat.

Syukur Alhamdulillah. Prestasi blog makin meningkat. Bukan mudah untuk capai apa yang Inilah Realiti Bukan Fantasi dapat hari ini. Alhamdulillah Cik Rose bersyukur. Tak perlu nak dibandingkan dengan blog yang lain. Masing-masing punya kelebihan dan keunikan tersendiri. Gaya penulisan yang berbeza menjadi identiti sesebuah blog. Dalam menulis, tak pernah terdetik ada yang membaca dengan nada yang berbeza lalu menyebabkan seseorang individu terasa hati. Jika ada, Cik Rose minta maaf. Jika tiada, terima kasih. Hihi. 

Tahun 2016 penuh warna dalam kalendar Cik Rose. Lengkap ada suka, ada duka. Ada manis, ada pahit. Banyak yang belum dicapai. Kena agresif sikitlah nampaknya untuk capai apa yang telah diazamkan. Tak boleh pelan-pelan kayuh dah. Hikhik.

Cerita Raya Aidiladha masih belum dikarang. Cerita sukan jabatan pun masih dalam draf. Hihi. 

Tapi, kalau nak Cik Rose review boleh jer. Email terus ke : ruslan.reeza@gmail.com. 

Insyaallah harga yang berpatutan dengan kualiti yang berbaloi-baloi!

Terima kasih!


3 comments: