SUMBER AYU PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH KINI BERWAJAH BARU


Assalamualaikum.

Sebut je Sumber Ayu, mesti ramai yang pernah mendengar dan dapat agak produk ni tentang apa, kan?

Ye, Sumber Ayu adalah pembersih kewanitaan dari daun sirih. Cik Rose nak tanya dari hati ke hati ni. Korang pernah guna ke pencuci bahagian intim? Tak kisahlah jenama apa. Cik Rose faham ada yang guna pembersih khas, ada yang guna sabun je. Tapi, kena ingat. Kita haruslah menjaga bahagian intim kita ni sebaiknya.



Untuk pengetahuan semua, bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal bagi jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan atau rasa tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk ekosistem semula jadi memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan intim daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Jadi, amat penting bagi kita menjaga bahagian intim supaya keseimbangan semula jadi kekal terjaga dan mengelakkan daripada sebarang jangkitan. 


Nak jaga tu macam mana? Kenalah usaha mencari yang terbaik, kan. Sebab tu, kena pilih Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ni. Produk ni memang sesuai bagi semua wanita tak kira peringkat umur korang.

Kat sini, Cik Rose nak beritahu tentang rangkaian produk Sumber Ayu. Ada enam wangian menarik dan pelbagai. Ha, boleh pilih mengikut citarasa masing-masing lah kan.



Yang pertama ialah Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Orkid 


- Haruman segar dari kuntuman orkid,memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari.Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.


Yang kedua pula Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar

- Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari.Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.


Yang ketiga ialah Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral

- Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu.Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.


Yang keempat Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk



- Aroma semulajadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimun agar kekal sepanjang hari.Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggur.


Yang kelima pula ialah Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir

- Bauan herba yang harum serta memberikan segerana sepanjang hari.Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di alam kehidupan.


Yang keenam ialah Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity



- Aroma manis buah buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari.Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria,lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.


Kat sini Cik Rose sertakan harga bagi Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu ni. Jangan risau yer. Harganya memang mampu milik dan tak tinggi mana. Cik Rose rasa tak salah untuk kita gunakan sedikit wang bagi penjagaan diri kita juga, kan. Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).



Rangkaian penjagaan pembersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.Produk produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama dan farmasi. Tak susah pun tau nak cari.

Jangan lupa dapatkan Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu.

 

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
1 September 2016 at 20:29 ×

menarik..banyakbpilihan ikut kesesuaian. bagus

Selamat umminani dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment