SUSU KURMA FARM FRESH MEMANG SEDAP

Assalamualaikum.

Pernah minum tak Susu Farm Fresh perisa kurma? Alkisahnya susu ni jadi viral dan amatlah terhad. Cik Rose sendiri pun teringin nak rasa. Lama dok tahan. Sabar je tengkok member post di fb susu kurma ni. Alahai, sedapnya dalam bayangan Cik Rose ni ha. 

Sekali tu, Cik Rose ke Aeon Big Batu Pahat. Sekali Cik Rose ternampak susu Farm Fresh! Gembira rasa hati. Tapi, perisa kurma tak ada. Yang ada hanya susu biasa, coklat, latte, dan yogurt. Cik Rose ambil yang susu biasa tu satu. Sedap! Suami Cik Rose buat minum campur dengan kopi o. Ala-ala kat hotel pulak rasa. Hihi. Bancuh kopi o kosong, pastu campur susu! Hihi.

Minggu lepas, dok sembang ngan kawan office. Sekali terkeluar bab susu kurma ni. Ya Allah, dengan pantas Cik Rose order 2 botol. Inilah dia :


Macam mana rasanya? Sedap ke tidak?  Bagi Cik Rose, sedap. Tapi bila dihayati rasanya, nak macam cendol pun ada. Ke tekak  Cik Rose je rasa macam cendol? Entahlah. Tapi memamg sedaplah. Tak rugi membeli. Patutlah ramai yang beli sampai stock tak cukup!

Bila Cik Rose post di instagram dan facebook tentang susu ni. Ada teman-teman Cik Rose menyangka yang Cik Rose jual susu kurma ni. Sebenarnya tak. Cik Rose pun beli dari kawan. Yang ni 700ml. Harganya RM8. Yang 1 liter pula RM10. Tapi, stock 1 liter dah habis. 

Alhamdulillah+


Previous
Next Post »

11 comments

Click here for comments
9 September 2016 at 08:42 ×

yui xsuka sgt yg kurma.. tp hat len mmg gemar..

Balas
avatar
admin
9 September 2016 at 08:54 ×

yup memang rasanya seakan cendol..sedap kan..sekarang hanya homedealer jer yang menjual susu kurma nih.. kat kedai dan pasaraya belum ada lagi..

Balas
avatar
admin
9 September 2016 at 09:31 ×

Kakak teringin juga nak rasa asyik nampak dlm blog sana-sini
Cik Rose beli di mana tu?

Balas
avatar
admin
9 September 2016 at 09:55 ×

tulah dh ramai kwn2 cite psl susu nih... nk try cari jgk lah...

Balas
avatar
admin
9 September 2016 at 14:44 ×

xpernah cuba lagi..slalu minum yg latte tu..nanti bolelah cuba ni

Balas
avatar
admin
10 September 2016 at 07:13 ×

Oh. Ros setakat ni pernah rasa perisa kurma dengan susu biasa tu je . Lain kali nak try latte pulam

Balas
avatar
admin
10 September 2016 at 07:14 ×

Kalau di Batu Pahat, susu brand farm fresh dah masuk pasaraya Aeon Big. Cumq perisa kurma je tak perna nampak. Perisa lain dah ada ;)

Balas
avatar
admin
10 September 2016 at 07:15 ×

Ros beli dari kawan office. Cari di fb. Ada yang ambil order kak..

Balas
avatar
admin
10 September 2016 at 07:16 ×

Cuba jangan tak cuba kak. :)

Balas
avatar
admin
10 September 2016 at 07:16 ×

Latte? Nak try jugakla.. hihi. Ramai juga yang kata latte sedap.

Balas
avatar
admin
21 September 2016 at 03:35 ×

selalu juga beli susu brand farm fresh ni
cma bru bru ji heran juga sebab baca sana sini kecih susu kurma tu
cba cri tp cuma homedealer je yg jual, kan !

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment