TIPS PEMILIHAN LIPSTICK YANG BAIK UNTUK BIBIR

Assalamualaikum.

Pagi ni nak cerita berkenaan kecantikan. Wahh bajet macam pakar kecantikan ker?. Eh tidak.
Cik Rose nak berkongsi mengenai lipstick dan lipbalm jer.

Lipstick dan wanita tidak dapat dipisahkan. Sinonim, kan?. Mesti nak oles sikit kat bibir. Baru nampak berseri wajah. Kalau dah make up vouge- vouge, tapi lupa nak calet lipstick sikit, tak naik orang kata seri wajah tu. hihihi.Yeke? Terpulanglah pada individu

Ada yang suka warna terang-terang. Ada yang suka warna neutral. Ada yang tak boleh pakai lipstick sebab ada alahan. 

Cik Rose pula lebih kepada warna pink cair sebenarnya. Nak nampak bibir tu natural jer. Tapi, suka je tengok orang lain pakai warna terang-terang tu. Cuma memang warna merah Cik Rose tak berani nak pakai. Sekali tu ada singgah Watson, berkenan dengan satu lipstick ni. Warna oren! Hihi. Cantik. Dah try bagai dah kat bibir. Rasa nak beli. Tapi dah kenapa entah. Ambil warna pink juga masa tu. Aduhhh bila balik rumah baru menyesal.

Ok kat entry ni Cik Rose nak kongsikan beberapa lipstick dan lipbalm koleksi Cik Rose. Kiranya yang bertuah jer dapat masuk blog ni ha. Hihi. Istimewa!

Yang pertama ialah lip balm dari MAC. Inilah koleksi pertama dari MAC yang berada dalam genggaman Cik Rose. Tendertalk Lipbalm. Memang menjadi teman baik bibir Cik Rose ni ha. Warna lipbalm ni ialah PLAY WITH ME. Korang tengok je macam pink terang kan. Tapi bila dah oles di bibir, lembut je warnanya. Yelah, sebab lipbalm kan. Cik Rose memang puas hati! Tahan lama di bibir dan lembut je. Tak mengeringkan atau terlalu lembab. So nice! Kenalah dengan harga dia tu. Tak ingat harga tepat. Tapi dalam RM8+.++. 



Yang kedua ialah Matte Balm dari Revlon. Harganya Cik Rose beli dalam RM3+.++. Tak ingat harga tepatnya. Kod warna ialah 255 ( ENCHANTING RAVISSANTE ). Warnanya ala-ala peach tapi light sangat. Yang best pakai ni sebab warna kekal lama dan jadikan bibir kita nampak penuh. Lagi satu best je bibir sebab ada mint. Segar je. Hihi. Cuma yang kurang sikit, warna ni menjadikan bibir Cik Rose sedikit pucat. Sebab tu kalau pakai Matte Balm ni, Cik Rose akan oleskan lipstick warna lain di hujung bibir. Effect ala-ala korea gitu! Hihi.



Ok seterusnya lipstick dari SILKYGIRL. Inilah lipstick pertama yang Cik Rose beli dari jenama Silkygirl. Sebab sebelum ni memang jadi teman baik Maybelline je. Hihi. Ok, warna pilihan Cik Rose bagi Lipstick Silkygirl ini adalah kod 02 ( PEACH). Jenisnya ialah Silkygirl Moisture Balm Lipcolor. Jatuh cinta! Ye cantiklah warna dia. Dan Cik Rose puas hati bila pakai. Dahla murah. Tu yang penting. Tak sampai RM20 tau. Cik Rose beli kat Watsons dalam belas-belas ringgit jer. Nanti nak cari koleksi warna yang lain pulak. Cuba tengok kat gambar bawah ni, kat tengah dia ada warna putih tu kan. Itulah lipbalm dia. Aihhhh suka!


Seterusnya jenama kegemaran Cik Rose dari anak dara hingga dah jadi isteri ni ha. MAYBELLINE. Yang akan Cik Rose tunjuk ni kod warnanya ialah CR31 jenis watweshine pure. Warna pink! Best pakai sebab lembut di bibir. Jadikan bibir kita berkilau gitu. Tapi yang kurangnya sebab lipstick ni tak tahan lama di bibir. Cepat hilang. Tapi, inilah lipstick paling Cik Rose sayang tau!


Yang kelima pula lipstick dari brang RMK. Kod warna adalah EX-01. Warna pink. Cantik pink dia. Tapi Cik Rose jarang pakai sebab sayang. Eh, boleh pulak macam tu. Hihi. Sebab dia comel jer, 1.6gram. Selalu kan 3 gram macam tu. Ni saiz mini. Tu yang sayang. 


Seterusnya MATTE FEVER dari Silkygirl. Beli ni sebab terpengaruh dengan officemate. Tengok dia pakai lawa jer dan tahan lama! Tu yang try beli. Kod warnanya 02 (DESIRE  ). Warna ni agak menyerlah sikit kalau pakai. Sebab tu Cik Rose akan padankan dengan Matte Balm Revlon yang kat atas tadi tu. Effect ala-ala korea tau. Cantik! Yang ni Cik Rose bagi 5 bintang. 


Ni pun koleksi dari Silkygirl lagi. Bila dah sekali beli Silkygirl, terus terjebak! Ni Lip Cream. Jenis Matte Junkie. Warnanya 02 ( GLAMOUR ). Yan ni agak kecewa sikit. Sebab bila pakai bibir jadi kering. Dan macam cekang je bibir bila lepas kita pakai. Pastu dia macam retak seribu kat bibir. Maaf yer. Bukan pilihan Cik Rose jenis ni. 



Yang terakhir akan Cik Rose tunjukkan ialah LIPICE SHEER COLOR - Strawberry. Teman sejati bibir Cik Rose. Natural je warna bibir. Wangi pulak tu. Memang akan dibawa ke mana-mana je. Dah berkali-kali ulang beli sebab dah habis. 


Cukuplah 8 je cerita kat sini kan. Next time cerita yang jenis lain pulak. Alhamdulillah tiada alahan di bibir Cik Rose. Cuma, Cik Rose memang tak boleh pakai lipstick jenama Simply Siti. Sebab bibir jadi gatal bila pakai. Kakak Cik Rose pulak memang tak boleh pakai lipstick. Dia lagi bibir sensitif. Yang boleh Lip Ice je. 

Ada banyak jenama yang Cik Rose teringin nak pakai. Antaranya Elianto. Nanti nak cubalah. Warna dia lawa-lawa. Tu yang geram je.


Eh kenapa Cik Rose rasa tajuk entry ni tak selari dengan isi? Hahaha. Takpelah. Asal ade lipstick tu ok la kan. Walau takde pun tips! 


Korang suka pakai lipstick apa? Jomlah share. Mana tahu best! Boleh Cik Rose cuba pulak. 



Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
3 September 2016 at 23:22 ×

wow..nice share..

Selamat Pha Is dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment