goodies bag

GOODIES BAG - KENDURI KAHWIN

October 31, 2016

Assalamualaikum.

Tak sabar nak tunggu musim kenduri. Hihi. Memang feveret, nasi kenduri! Nak-nak Nasi Beriani. Alahai sedapnya. Baru-baru ni, salah seorang pegawai di tempat kerja Cik Rose adakan majlis kenduri perkahwinan anak beliau. Cik Rose balik kampung time tu. Tak dapatlah pergi. Tapi, tetap dapat goodies bag! Alhamdulillah. Taraaaa :

Dapat sebuah beg yang berisi macam-macam. Ada biskut dan kopi/teh. Kopi untuk lelaki dan teh untuk perempuan. Menarik, kan.



Adik ipar Cik Rose pun bakal melangsungkan pernikahan awal tahun depan. Cik Rose tak tahu lagi apa yang bakal diberikan buat para tetamu. Kena tanya mak mertua lah kan :)
 

perkongsian

Isnin Yang Mendung dan Mendamaikan

October 31, 2016

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi ni bangun tidur sejuk je rasa. Tengok luar tingkap, cuaca mendung tetapi ada sinaran matahari. Dalam perjalanan Cik Rose ke tempat kerja, damai je rasa. Udara segar. Angin sedikit kuat dan membuatkan mood Cik Rose baik. hihi.

Bila pagi-pagi naik motor pergi kerja, cuaca yang baik amat memainkan peranan terhadap perasaan Cik Rose. Hari ni rasa segar bertenaga! hihi. Setelah migrain semalam. Sesekali migrain menyerang. Aduhai..

Nak bagitahu yang Cik Rose dah jatuh cinta dengan wangian semburan dari Glade ni. Jenis Country Garden. 


Balik kerja petang-petang, mesti sembur dulu. Ruang tamu, bilik-bilik semua Cik Rose sembur! hihi. Rasa segar! Sesetengah wangian, Cik Rose tak berapa gemar sebab menusuk hidung. Tapi, yang jenis ni ok :)


 

bola sepak

KEPUTUSAN FINAL PIALA MALAYSIA 2016 - KEDAH LAWAN SELANGOR

October 30, 2016

Assalamualaikum.

KEPUTUSAN FINAL PIALA MALAYSIA 2016 - KEDAH LAWAN SELANGOR. Pulun Kedah Pulun! Eh awal-awal dah sokong Kedah! Hihi. Mestilah kan. Anak Kedah mesti sokong Kedah. Debaran sebentar lagi menyaksikan Kedah bakal bertemu Selangor bagi merebut Piala Malaysia 2016. Bagaikan perlawanan ulangan tahun lepas. Tapi, tahun lepas dijuarai oleh Selangor. Tahniah! Tahun ni? Harap-harap rezeki berpihak pada Kedah. Aminn. 



Malam ni jangan lupa tengok TV3. Bagi sokongan dekat pasukan masing-masing. Tapi, mesti Cik Rose dok main remote. Nak intai Zarul nyanyi kat Gegar Vaganza! Hahaha. Berbelah bahagi ke hati?


Bukan mudah nak melangkah sejauh ini. Banyak usaha dilakukan. Banyak yang perlu dikorbankan. Moga Kedah berjaya malam ni. Apapun, yang penting semangat kesukanan. Main betul-betul. Tak nak banyak sangat kekasaran. Tak best la kan. Penonton pun sama. Bagi sokongan yang jitu jangan sampai terbawa-bawa emosi amarah! 

Nak tunjuk sikit anak-anak sedara Cik Rose bersama jersey Kedah. Tapi gambar lama. Bukan gambar baru. Hikhik. Bolehla asalkan berjersey Hijau Kuning negeriku!



Pulun Kedah Pulun!
Kedah Serata-rata.
Hijau Kuning Negeriku.

Alhamdulillah. Tahniah negeriku Kedah! Juara Piala Malaysia 2016. Kemenangan dari sepakan penalti. Kedah 6 dan Selangor 5. Setelah terikat dengan jaringan 1-1. 

Ketaq aih dok tengok penalti. Sat masuk. Sat tak masuk. Hihihi. 

Alhamdulillah. Tahniah sekali lagi buat kedua-duanya, Kedah dan Selangor. Jumpa lagi di musim akan datang.







BEAUTY

3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS RAHSIA KEJELITAAN SEBENAR

October 30, 2016

Assalamualaikum.

3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS RAHSIA KEJELITAAN SEBENAR.Kulit wajah yang bersih, berseri dan sihat menjadi idaman setiap wanita. Begitu jugak dengan Cik Rose. Hari-hari tengok cermin, dok belek muka sendiri. hihi. Bila nak dapat wajah yang licin jer. Konon tak naklah gunakan make up tebal-tebal. Nak kulit muka ni flawless gitu. Biar je kulit wajah ni bernafas. Cik Rose tahu, korang pun sama kan?

Kalau tengok dekat kedai-kedai jamu, dekat pasaraya,  dalam facebook dan instagram, amboi banyaknya produk-produk untuk wajah ni. Macam-macam jenis, macam-macam jenama yang ada. Baik dari dalam negara atau pun dari negara jiran! Pengikut sesuatu jenama pun boleh tahan ramai. Tapi, kebanyakkannya Cik Rose tengok mesti ada pengelupasan. Janji pulak dalam masa 3 hari, 7 hari! Amboi, cepatnya kesan. Kadang-kadang tu teringin nak cuba bila tengok testimoni yang gempak-gempak. Siapa tak nak bila muka jadi putih mulus dalam masa seminggu je kan. Memang tergoda! Tapi, bila fikir balik. Eh tak bahaya ke untuk kulit wajah ni? Nipislah kulit ni. Takut kesan sampingannya nanti. 

Alhamdulillah, Cik Rose tak alami masalah kulit wajah yang kritikal sangat. Jujur cakap, jerawat tu adalah seketul dua di waktu-waktu tertentu kan. hihi. Kesan jerawat tu yang susah nak hilang. Aduhai.. Kulit wajah Cik Rose jenis normal, cuma bila selalu terdedah dengan penghawa dingin di tempat kerja ni, kadang kala kulit jadi kering sedikit. Minum air masak cukup liter, selesai masalah. Tapi, satu je susah nak hilangkan. Lingkaran hitam bawah mata! Mata Cik Rose ni dah macam mata panda pula sekali tengok. hikhik. Bila pergi kerja, letak bedak lebih sikit bawah mata. Tapi, tak syoklahkan. Make up tu hanya untuk menutup lingkaran gelap tu untuk sementara. Takkan duduk rumah nak berbedak bagai. Bukan Cik Rose namanya tu. Cik Rose memang mengimpikan 'natural beauty'. Tapi, nak 'natural beauty' tu, mestilah kena usaha kan.


Satu hari tu, Cik Rose ternampak satu giveaway yang kak Mialiana anjurkan menawarkan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty sebagai hadiah! Eh, eh. Bila baca keseluruhan kelebihan serum ni, macam terpikat! Calit-calit merecik , bak kata Cik Piah! Ha, itulah yang Cik Rose cari sebenarnya. Tak gemar pakai banyak sangat rangkaian produk. Sabun, krim itu, krim ini. Tapi, hasilnya tiada. Nak pula bila dutanya ialah Feeya Iskandar @ Cik Piah! Kulit dia kan cantik. Tu yang Cik Rose ambil keputusan join. Dan Alhamdulillah, rezeki. Cik Rose terpilih sebagai salah seorang pemenangnya.


Banyak kebaikan 3D Gold Stemcell Serum ni. Jom Cik Rose kongsikan yer dengan korang : 

KEBAIKAN 3D GOLD STEMCELL SERUM
  •   Membantu untuk menghasilkan kolagen.
  •   Memberikan wajah anjal.
  •   Dapat menghilangkan parut hitam dan menghilangkan jeragat.
  •   Sebagai agen pelembapan yang semula jadi.
  •   Membantu mendapatkan kulit tona sekata.
  •   Berfungsi sebagai anti penuaan.
  •   Berkeupayaan untuk menyerap masuk dalam lapisan epidermis kulit dan membawa nutrisi ke sel-sel kulit.
  •   Membantu pertumbuhan sel-sel kulit.
  •   Lindungi kulit dari perosakan cahaya UV.
  •   Mengurangkan pembentukan radikal-radikal yang merosakkan kulit.
  •   Mengecilkan liang pori.
  •   Membantu mengawal minyak muka dan menghilangkan garis halus serta kedutan muka.
  •   Membantu mencerahkan wajah dan menegangkan muka yang menggeleber.
  •   Mengurangkan kehilangan air dari kulit.
  •   Melindungi keseimbangan minyak semula jadi kulit ketika membersihkan muka.


Inilah dia 3D Gold Serum Stemcell Serum yang Cik Rose dapat sebagai hadiah tu. Wow, tengok packaging dia. Meletops! Nampak elegan setaraf dengan kelebihan serum ni! Nampak tak penutup dia yang berbentuk daun tu? Cantik tu. Mudah je nak letak dalam handbag. Tak perlu risau terkeluar ke apa ke. Memang praktikal bekas serum ni!



Gigih tau Cik Rose edit sendiri bahan-bahan yang terkandung dalam 3D Gold Stemcell Serum ni. Jom semak apa yang terkandung dalam serum ini :

                    
BAHAN-BAHAN:



Cik Rose tunjuk sikit masalah kulit wajah Cik Rose ni yer. Malu sebenarnya nak tunjuk. Tapi, kurelakan jua. Hihihi. Yang ketara ialah lingkaran hitam bawah mata dan jerawat di sekitar pipi comel Cik Rose tu. 

Masalah lingkaran hitam di bawah mata



Masalah jerawat di sekitar pipi

Cik Rose bukan saja dapat serum, krim malam juga ada. Ha, tak sabar ni nak cuba dan lihat perubahannya! Kena pakai secara konsisten ni, baru nampak ada perubahan ke tidak kan.


Cara pakai? Mudah jer. Mula-mula bersihkan dulu wajah kita. Kemudian, bolehlah tekan sikit ke tapak tangan. Dan sapu perlahan-lahan di keseluruhan wajah. Serum ni memang meresap ke dalam kulit dan tidak melekit. Lepas pakai tu, Cik Rose rasa lembut jer kulit muka ni.


SIAPAKAH YANG PERLU MENGGUNAKAN SERUM ?
  • Pengguna yang ingin memiliki kulit wajah bebas masalah
  • Pengguna yang mempunyai masalah kulit kusam dan tona tidak sekata
  • Pengguna yang inginkan kulit wajah awet muda
  • Pengguna yang memiliki wajah berminyak
  • Pengguna yang ingin menganjalkan kulit
  • Pengguna yang ingin mengecilkan pori-pori wajah

Eh lagi satu korang jangan risau kerana ianya :

★100 % Buatan Tempatan
★100 % Dijamin berkesan
★100 % Dijamin selamat
★100 % Harga mampu milik
★100 % Tanpa bahan terlarang
★100 % Dijamin HALAL
★100 % Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia – KKM

KENAPA  3D STEMCELL SERUM MENJADI PILIHAN UTAMA  UNTUK MERAWAT MASALAH KULIT WAJAH ?

1. Berkesan
2. Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan melindungi kulit dari ancaman benda asing hanya dalam 1 minggu
3. Merangsang pembaharuan kulit dan penjanaan kulit serta pemburu radikal bebas.
4. Memberikan kesan anti penuaan yang optimum dan menakjubkan!
5.Tiada PENGELUPASAN, MERKURI, HYDROQUINONE, PARABEN dan PELUNTUR.



Ok, Cik Rose mencuba 3D Gold Stemcell Serum ni lebih kurang 2 minggu. Alhamdulillah, ada kesan positif! Jerawat Cik Rose mengecut dan lingkaran hitam bawah mata berkurangan. Dan nak tahu tak, kulit wajah ni rasa lembab jer. Dah tak kering!Tu yang suka sangat tu. Flawless? On the way. Haa gitu :)



Sekarang ni Cik Rose displin menggunakannya dua kali sehari, nak hilangkan pula parut-parut jerawat yang ada. hihi. Moga Cik Rose berjaya!

Terima kasih 3D Gold Stemcell Serum dan jugak krim malamnya. hihi.



Apalagi, selfie satu! hikhik. Tersenyum lebar Cik Rose ni ha! Mahu tak senyum, masalah kult wajah dah settle kan. hihi. Calit-calit, merecik!




Jangan takut nak mencuba 3D Gold Stemcell Serum ni tau. Alhamdulillah produk ni berkesan bat Cik Rose. Bukan mudah nak mencari suatu produk yang betul-betul sesuai dengan kulit wajah kita kan. Bila dah jumpa yang sesuai, memang tak cari lain!



Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

cantik

BELI TELEKUNG AMEENA DARI NENG GEULIS

October 28, 2016

Assalamualaikum.

2 minggu lepas Cik Rose ada beli Telekung Ameena dari Neng Geulis. Tertarik nak beli lepas tengok di facebook. Berkenan pula dengan warnanya. Tapi, rupanya masa telekung ni baru keluar, ada offer hanya RM100. Oleh kerana Cik Rose terlewat, dapatlah harga RM150.00. Cik Rose beli dari lama web neng geulis. Cas postage RM8. Jadi, jumlahnya RM158.00. 


Inilah dia telekung Ameena tu. Berkenan sangat dengan warnanya. Dusty Purple. Cik Rose panggil purple belacan ja. Hahaha. 


Di bahagian dagu, dijahitkan kain cotton lembut macam kain inner neck tu.  Lepas tu di bahagian muka iaitu dahi memang selesa. Melekap jer. Kainnya dijahit getah. Jadi tak perlu nak ikat-ikat. Memang tak terlondeh. 



Ada dapat free gift. Shampoo sunsilk. Jadi la kan. Dengan voucher diskaun untuk pembelian seterusnya. 



Sesekali berbelanja, tak apalah kan. Alhamdulillah. 

Terima kasih sudi singgah blog Cik Rose. Psssst esok Deepavali. Ramai yang bercuti yer? Hati-hati dalam perjalanan yer. 

Updated: Baru lepas tengok fb neng geulis. Offer lagi RM100 pada 28 Oktober 2016. Cik Rose? Cik Rose rasa dipermainkan. Haha. Strategi apa ni. Kenapa tak diselaraskan harga betul-betul. Seolah-olah membuat hati pelanggan tidak keruan memikirkannya. Hihi. Beza RM50 kot! Banyak tu. Tak apalah.. Terima je la. Tapi, cukup sekadar itu sahaja kot buat Cik Rose. Terguris hati ni! Sabar je lah. Hihi.



nuffnang

BLOG BANYAK MEMBANTU ORANG RAMAI DALAM MENCARI MAKLUMAT

October 27, 2016

Assalamualaikum.

Siapa setuju kalau Cik Rose katakan yang media sosial banyak membantu orang ramai dalam mencari sesuatu info atau maklumat? Dalam tajuk di atas, saja Cik Rose highlight BLOG. Kerana sekarang Cik Rose menulis di blog kan.

Jujurnya, kalau Cik Rose nak tahu apa-apa, mesti Cik Rose google jer. Dan terjumpa jawapannya di blog-blog yang tertera. Dan ianya amat membantu!

Sebab tu juga Cik Rose tekad untuk meneruskan minat dalam menulis ni. Moga apa yang  Cik Rose kongsikan bermanfaat buat semua. Alhamdulilah. Ramai penulis di luar sana yang bersungguh-sungguh menulis dan mengupas tentang sesuatu isu, pengalaman, produk, servis dan lain-lain.

Kat bawah ni, keyword bagi blog Cik Rose untuk hari ini. Sumber dari akaun Nuffnang sendiri.


Kebanyakannya orang ramai mencari info kan. Contohnya apa itu paraben. Cik Rose pernah kongsikan sikit masa dahulu tentang bahaya paraben ni. Kemudian tentang handphone. Cara makan ubat, dan tentulah lirik lagu. Yang buat Cik Rose tertarik keyword terakhir tu. Tentang pembersih wanita Sumber Ayu. Alhamdulilah, melekat keyword tu yer. Ada satu entry review tentang Sumber Ayu yang Cik Rose kongsikan beberapa minggu lalu. 


Kuasa blog boleh membantu sesebuah perniagaan sebenarnya. Membantu untuk mempromosikan sesebuah jenama. Tapi, kena ingat. Kalau beriklan di sesebuah blog bukan jaminan jualan anda meningkat. Kenalah usaha lebih dengan menghasilkan produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kami para blogger boleh membantu mana yang termampu. 


Ehem, ehem... buat semua di luar sana, kalau nak beriklan di blog Cik Rose ni atau nak Cik Rose menulis review, jangan segan silu emaikan ke : ruslan.reeza@gmail.com

Sekian, terima kasih!


Karya

MADAH RASA - NUKILAN CIK ROSE

October 26, 2016

Assalamualaikum.

Pelbagai perkara yang berlaku kebelakangan ni. Menjentik kotak hati. Walau hanya sekadar jentikan kecil, cukup untuk membuatkan hati terasa bagai dirobek-robek. Sensitif benar jiwa! Lembut bak agar-agar yang bisa menghilangkan resah di tekak. 

Walau dilihat seperti kukuh berdiri. Masih tegak berjalan. Lancar berlari. 

Namun siapa sangka, ianya hancur luluh. Telah berderai. Tak mampu menyusun kembali. Tak terdaya menjadikan ianya seperti sedia kala.


Biarlah segalanya diubati sendiri. Masa bakal merawat ia. Tak apa.. usah hulurkan simpati di hadapan namun terbahak-bahak disebaliknya. Cukup... cukup hanya lirikanmu. Ianya telah memadai.. 

Warna-warni kehidupan sering kita impikan. Namun, sedarkah. Cukup hanya jika memiliki hitam putih. Kerna ianya mampu membawa sejuta rasa bahagia dalam jiwa!



maggi

MAGGI ASAM LAKSA SEDAP KE?

October 26, 2016

Assalamualaikum.

Maggi asam laksa sedap ke? Terus terang Cik Rose cakap yang sebelum ni memang Cik Rose tak pernah rasa perisa Asam Laksa. Yang jadi pilihan sebelum ni adalah perisa tomyam dan kari. Tu je jadi pilihan kalau teringin nak makan mee segera! Entah macam mana, minggu lepas Cik Rose tetiba teringin nak rasa perisa asam laksa. Semua ni gara-gara Cik Rose terlihat beberapa post kawan-kawan kat facebook. Hahaha, mudah tergodakah? 

Tengok macam sedap jer! Tu yang teringin nak rasa.  So, inilah dia rupa Maggi Asam Laksa yang Cik Rose buat :


Eh eh eh. Kenapa ada potongan epal hijau ni? Hihi. Sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana. Tekak Cik Rose ni sensitif benar! Tu yang makan dengan potongan epal hijau supaya dapat mengimbangi rasa Asam Laksa tu. Agaknya perisa ni tak kena dengan tekak Cik Rose kot. Masih dengan tomyam dan kari jer lah nampak gayanya. 

Betullah kan. Selera manusia ni berbeza-beza. Kita ni kena raikan perbezaan tu. Cik Rose nak kaitkan dengan selera seseorang tu dengan sikap mereka juga. Sedangkan selera kita pun  berbeza. Inikan pula sikap seharian kita. Memang lainlah kan. Janganlah tahu nak bercakap hal negatif sahaja berkenaan sikap seseorang. Kita kena ambil perbezaan tu dari sudut yang positif jugak kan. Eh dah macam caunselor kerrrr? Hahaha.



Makanan

SAMBAL TUMIS PETAI DAN IKAN BILIS

October 25, 2016

Assalamualaikum.

Sekarang ni di Batu Pahat hujan dan kilat. Gelap je dari pukul 4 petang. Alhamdulillah, hujan turun. 

Dok duduk hujan-hujan ni..,perut lapar pula! Haha. Dok teringat sambal tumis petai ikan bilis yang mak buat. Teringinnya! Huhu. Bestnya kalau dapat makan nasi panas, buh kicap sikit! Aduhai... boleh bertambah nasi dibuatnya. 


Cik Rose kasi zoom sikit gambal sambal tumis petai ni. Dapat merasa air tangan mak masa balik kampung 2 minggu sudah. Alhamdulillah. Syukur.

Resepi Sambal Tumis Ikan Petai dan Ikan Bilis.

Bawang merah, bawang putih dan belacan di tumbuk. Belacan tu Cik Rose bakar jap ataa dapur.

Cili kisar
Ikan bilis
Petai di potong dua. Cik Rose tak kopek kulit. Cuma kikis je kulitnya sikit-sikit.
Garam.

Cara-caranya:

Tumis bahan yang ditumbuk tadi. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar. Biar sampai pecah minyak. Masukkan ikan bilis. Biar sebentar. Kalau pekat, tambah air sedikit. Kemudian masukkan petai. Kacau dan perasakan dengan garam. Siap! 

Pssst....:

Untuk semua pembaca blog ini, minta tolong doakan buat kawan Cik Rose yang menjalani pembedahan petang tadi. Moga dipermudahkan segalanya dan cepat sembuh. Everybody at office miss you! 



perkongsian

GELABAH MINYAK HABIS!

October 20, 2016

Assalamualaikum.

Dah tidur ke tu? Yelah dah pukul 11 lebih menghampiri jam 12. Mesti ramai yang dah belayar. Hikhik. Cik Rose pula mata segar gara-gara minum susu latte! Nasib esok cuti. So, berjagalah malam ni. Elok pula tadi gi minum susu latte tu. Maklumlah memang suka yang berunsurkan kopi!

Gelabah minyak habis! 
Siapa yang ada perangai macam ni? Ha, Cik Rose la tu! Kadang tu jarum tu injak sikit je tal sampai separuh dah kalut nak isi minyak! Cik Rose naik skuter pergi kerja. Memang akan pastikan minyak tu full. Takut benar minyak habis tengah jalan. Hahaha. Imaginasi tu tinggi sangat. 


Kalau ikut gambar kat atas ni dah comfirm Cik Rose yang kiri tu kalau naik motor. Maklumlah ta pandai memandu. So tak tahu situasi kalau Cik Rose memandu. Tapi, kalau naik kereta dengan ayah atau suami, keduanya memang jenis yang kanan. "I know my car sangat!". Hahaha. Kadang Cik Rose yang over gelabah tengok lampu dok kelip-kelip. Hihi. Tapi ayah atau suami tenang jer handle situasi.  

Lain orang lain ragamnya.

Yang penting, memang betul. "We know ourself better". Kan?


kopi

APA KHASIAT KOPI PAK BELALANG

October 20, 2016

Assalamualaikum.

Korang pernah dengar tak Kopi Pak Belalang?
Cik Rose pertama kali dengar masa Suami Cik Rose bawa balik beberapa bulan yang lalu. Suami Cik Rose memang suka benar kopi ni. Dia kata rasa lain. Cergas sikit. Cik Rose apa lagi, cubalah rasa. Alamak, di tekak Cik Rose tak boleh nak masuk. hihi. Cik Rose memang tak minum. Minum seteguk je masa tu. Rasa dia lain macam. hihi. Tapi, suami Cik Rose memang suka. Siap beli beberapa kotak buat stock dari kawan dia. 

Inilah dia rupa kopi Pak Belalang ni :


Apa khasiatnya Kopi Pak Belalang ni?

Kopi Pak Belalang dihasilkan dari kombinasi unik bahan-bahan terpilih yang mempunyai nilai nutrisi den pembuatan yang tinggi malah Kopi Pak Belalng dihasilkan supaya setiap insan tidak tertinggal akan makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama sejak turun temurun lagi.

Kopi Pak Belalang bukan saja enak dan lazat rasanya tetapi ia lebih dari itu. Gabungan Habbatus Sauda, Madu, Luban, Maqui Berry, Acai Berry dan extract kopi Arabica membuka dimensi baru kepada penjagaan kesihatan anda tanpa membelakangkan permakanan islam yang mutahir. Seimbas akan cara penghasilan Kopi Pak Belalang, HACCP, GMP, Halal dan MESTI adalah piawaian yang dipatuhi dalam semua aspek penghasilan Kopi Pak Belalang. Bermula dari pemilihan bahan mentah pemprosesan, pembungkusan, kawalan kualiti, penstoran hingga ke penghantaran. Pematuhan kualiti yang ketat memastikan the essence of goodness dapat diberikan dalam setiap cawan Kopi Pak Belalang.

Kopi Pak Belalang ada sintesis dari 5 bahan utama iaitu Maqui, Acai, Habbatus Sauda, Luban dan Madu. Bahan-bahan ini mempunyai khasiat yang tinggi dari segi pemakanan dan perubatan. Kebaikan bahan ini dipadatkan dalam bentuk yang mudah diambil dan enak iaitu Kopi Pak Belalang.
 
Sumber dari : KOPI PAK BELALANG
 
 
 
 

ameng

Lirik Lagu Sejiwa - Ameng Spring

October 19, 2016

Assalamualaikum.

Demam Gegar Vaganza kan. Jadinya, Cik Rose nak kongsikan lirik lagu Sejiwa, nyanyian Amen Spring. Ada cerita di sebalik lagu ni. Bila Cik Rose dengar je lagu ni, hati jadi sayu. Teringat memori lama. Tapi, bukan memori Cik Rose. Memori seseorang. hihi. Over pulak kan Cik Rose ni. hikhik.

Ada ke #teamameng kat sini? Jom Cik Rose kongsikan lirik lagu Sejiwa nyanyian Ameng pada malam Ahad di Gegar Vaganza yang lalu.

Lirik Lagu Sejiwa Nyanyian Ameng Spring 

Pada Irama Ku Berpesan
Lagu Ini Ditujukan
Padanya Yang Tersayang



Kasihku Kau Pernah Dipersia
Lalu Ku Bawa Cintaku
Sebagai Penawarnya
Biar Lukaku Masih Terasa



Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu



Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu






 

( Korus )
Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya



Ku Ingin Selalu Di Sampingmu
Tiap Waktu Siang Melambai Malam
Bagaikan Senja Denyutan Cinta Kita
Penyambung Hadirnya



( Ulang Dari Korus )



Akan Ku Bina Istana Bahagia
Menjadi Lambang kasih Berpanjangan
Hentikan Air Mata Pedih Kerangan
Yang  Mencakar Perasaan




*sumber gambar : Kosmo Online.

 

BUBUR SUM SUM

PERTAMA KALI RASA BUBUR SUM SUM PANDAN

October 19, 2016

Assalamualaikum.

Ye, memang betul. Ini kali pertama Cik Rose rasa Bubur Sum Sum. Itupun, setelah diperkenalkan oleh rakan Cik Rose. hihi. Dorang dok sebut Bubur Sum Sum. Cik Rose tertanya-tanya. Apa tu?. Sebab memang tak pernah dengar dan makan. Satu hari, lepas makan tengahari, kami singgah di satu gerai. Ada macam-macam jenis bubur ada! Cik Rose ternampak Bubur Sum Sum. Tu yang terus beli. Nak rasa macam mana kan. Cik Rosebeli satu.

Inilah dia Bubur Sum Sum tu :
 

Ada dua lapisan. Satu putih dan satu lagi hijau. Yang hijau tu mesti pandan. Ada satu plastik kecil gula merah.


Cik Rose letak je semua air gula tu atas bubur. Hihi. Macam banyak pulak! Tak tahu cara makan dia macam mana masa tu. Tu yang main letak jer semua. Macam tenggelam pula! Eh banyak sangat ke?


Cik Rose cuba satu sudu. Rasa tepung tu tawar dan lemak-lemak. Bila dicampur air gula yang manis tu, dia balance la. 
 

Tapi, Cik Rose makan tak habis. Muak kot sebab letak banyak sangat air gula tu. hihi. Siap buang lagi air gula tu masa tu. Aduhai,. Cik Rose pun cari resepi di google. Rupanya diperbuat dari tepung beras. Nak buat sendiri mungkin tak lah kot. Beli jer kot kalau teringin nak makan :)

Di sini, Cik Rose kongsikan Resepi Bubur Sum Sum Pandan ni ye. Cik Rose ambil dari Yatiememories. Terima kasih :)

Resepi Bubur Sum Sum Pandan

 Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  •  Sedikit pewarna hijau (opt)
 SIRAP GULA MELAKA 
  •  500 g gula melaka
  •  1000 ml air
  •  2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara

  • Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  • Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  • Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  • Sajikan bersama sirap gula melaka.

Selamat mencuba Resepi Bubur Sum Sum Pandan.

p/s : Terima kasih puan empunya resepi. Gambar, Cik Rose ambil yang Cik Rose beli yer. Bukan hasil kejadian dari resepi ini. Terima kasih :) 




gegar vaganza

LIRIK LAGU RAMALANKU BENAR BELAKA - ZARUL UMBRELLA

October 18, 2016

Assalamualaikum.
 
Gara-gara terpengaruh dengan Gegar Vaganza 2016. Cik Rose dah jatuh cinta dengan lagu Ramalanku Benar Belaka. #teamzarul. Eh dah ada team pulak! Cik Rose banyak team. Tapi tu cerita di lain entry. 
 
Kali ni nak share lirik lagu Ramalanku Benar Belaka yang Zarul nyanyi pada malam pembukaan Gegar Vaganza 2016.
 
 LIRIK LAGU RAMALANKU BENAR BELAKA - ZARUL UMBRELLA

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku
Diatas dasar apa
Apakah kerna cinta
Atau pelepas sepi Cuma

Seumpama dedaunan
Yang telah gugur bertaburan
Memebiarkan ranting
Dimamah usang

Apakah semua itu
Akan terjadi padaku
Andainya benar
Maka tepatlah apa yang ku ramalkan
 
 

Waktu bersamamu banyak benar
Kenangan yang kita ciptakan bersama…
Dan satu darinya ungkapan shahdu
Bahawa aku tak kan kehilangan mu

Susah payah kita semai benih
Cinta menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan

Sia-sia lah ku bina istana cinta
Andai insan lain
Dihatimu bertahta…

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik – detik terindah
Yang kesudahan aku parah…
 
 

batu pahat

MAKAN TENGAHARI DI CRYSTAL INN HOTEL BATU PAHAT

October 18, 2016

Assalamualaikum.

Alkisahnya minggu lepas, masa waktu tengahari. Cik Rose dan kawan-kawan tak tahu nak makan kat mana. Fikir punya fikir, kitorang ke Crystal Inn. Salah sebuah hotel di Batu Pahat. Amboi, kemain yer. Makan tengahari di Hotel Cystal Inn. Sesekali bolehlah. Kalau selalu, minta ampun, mintak maaf! Hahaha.

Kitorang pergi berempat. Masing-masing order makanan dan minuman yang berlainan. Tapi, Cik Rose hanya ambil gambar menu yang Cik Rose pilih jer. Segan pula nak ambil gambar makanan member lain! hikhik.

Air pilihan Cik Rose, Ice blended Mocha with cream and oreo. Sebab Cik Rose ni penggemar mocha, cappuchino, latte segala bagai, jadinya memang sedaplah di tekak Cik Rose ni.


Makanan pula, Cik Rose memilih Fish & Chip. Rasanya? ok lah. Tapi pada tekak Cik Rose lebih sedap Fish & Chip di Secret Recipe.
Sekarang ni memang kalau makan luar, suka pula order Fish & Chip. Selera dah berubah kot!
 

Kalau yang ingin merasa hidangan ni boleh ke :

Alamat Hotel Crystal Inn : 36, Jalan Zabedah, 83000 Batu Pahat, Johor.

Warga Batu Pahat mesti tahu di mana Crystal Inn ni kan?

 

chocolate

KEK COKLAT CHEESE LARVA BERHANTU YANG MEMANG SEDAP

October 17, 2016

Assalamualaikum.

Sana sini orang dok bercerita kesedapan Kek Coklat Cheese Larva Berhantu. Berhantu sangat ke? Buka fb ada. Buka Instagram ada. Kat blog pun ada. Mana-mana je ada. Kebetulan, rakan satu pejabat Cik Rose tanya. Nak order tak kek Coklat Cheese Larva Berhantu ni. Apalagi, memang orderlah. Nak buat entah bila kan. Dari brownies tak terbuat-buat. Resepi bukan main banyak lagi save. hihi.

Pegawai di tempat kerja Cik Rose yang bukak order. Memang kitorang pakat-pakat order pada beliau. Inilah dia kek tu :

KEK COKLAT CHEESE LARVA BERHANTU

Aduhai, memang sedap rasanya. Tapi, Cik Rose tak boleh makan banyak. Memang menangis lepas makan! hihi. Nangis berat naik dengan jayanya. Dengan kek coklat, lapisan cheese, coklat lagi kat atas kek tu. Sedap memang sedap! 

Di sini Cik Rose kongsikan resepinya yer.

RESEPI KEK COKLAT CHEESE LARVA BERHANTU

BAHAN BAHAN
KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

BAHAN A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
*satukan

2 biji telur Gred A

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak

CARA CARA


Satukan BAHAN A dalam bekas
Masak atas api ( double boiler ) sehingga sebati dan gula hancur
Masukkan telur yang telah di kocok
Masukkan tepung yang telah di ayak
Masukkan adunan ke dalam bekas yang di sukai ( masukkan separuh bekas )
Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
Sejukkan kek sebentar 






LAPISAN CHEESE

250 gm Cheese ( philadhephia ) lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis

Satukan cheese dengan susu pekat. Putar hingga lembut
Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn putar lama sangat takut uht whipping mencair semula )
Simpan sedikit adunan cheese utk lorekan atas kek 



COKLAT LELEH


 300 gm coklat masakan
 300  gm UHT Whipping Cream
1 sudu makan  nutella

Satukan kesemua bahan dan Masak atas double boiler hingga menjadi ganache
Sejukkan sebentar hingga sedikit memekat



STEP MELAPIS KEK BERHANTU 


1. KEK
2.ADUNAN CHEESE ( biarkan adunan cheese mengeras dahulu, baru tuangkan adunan ganache )
3, GANACHE
4. LOREK
4 KETEBALAN ADUNAN SETIAP LAPISAN TERPULANG DAN AGAK2 SAHAJA 


sumber : KAK ZU SEMANIS GULA




Terima kasih buat yang sudi berkongsi resepi. Bolehlah Cik Rose mencuba di masa akan datang. Setakat ni, memang beli jer. Lebih mudah dan berbaloi. Sebab  makan sorang. Kalau untuk keluarga besar, mungkin lebih baik buat sendiri :)

Gambar : adalah gambar kek Coklat Cheese Larva Berhantu yang Cik Rose beli di pejabat.

 

BEAUTY

WAJAH BERSERI-SERI DENGAN CC CREAM DARI PURE BEAUTY

October 14, 2016

Assalamualaikum.

Minggu lepas Cik Rose ada terima satu parcel. Dalam hati bertanya, apakah? Sebab memang tak de beli barang online. Barang untuk review pun dah terima. Sebab tu macam blur apa ni ek? Bali rumah bukak. Sekali terpandang ada kotak warna merah. Cantiknya kota. Tertera PURE BEAUTY di luar kotak. Barang dari Pure Beauty?


Terus Cik Rose bukak. Ada satu kad disertakan jugak. Congratulations!  Owh baru teringat yang Cik Rose ada daftar di purebeauty.woop.my
 

Inilah dia hadiah dari Pure Beauty. CC Cream! Alhamdulillah rezeki. CC Cream dari Pure Beauty- Pink Flower Complex.


Bolehlah pakai untuk ke tempat kerja. Berseri-serilah wajah Cik Rose nanti. hihi. Kalau korang berminat, bolehlah dapatkan di pasaraya berdekatan, atau kalau nak senang, beli online je dari laman web Watsons! Harganya RM 44.91.


Tak sabar Cik Rose nak try ni. Bau dia pun wangi lembut jer. Mana tahu, dengan adanya CC Cream ni membuatkan Cik Rose rajin make up pagi-pagi. Tapi make up yang light-light jer la sebab kononnya nak menonjolkan 'natural beauty'. Hikhikhik.

Kalau korang nak jugak, bolehlah mendaftar di  purebeauty.woop.my.

Akim & the majistret

Lirik Lagu Lygophobia - Akim & The Majistret

October 13, 2016

Nada berjalan, mencari si irama
Menyatu di dalam siulan, dipaksi
Muka ke alam, pandanglah ke diri
Betapa kerdilnya manusia, di bumi


Langit limpah hujan, sembuhkan luka
Angin tiup awan, terangkan dunia


Bulan bicara, kaburkan penglihatan
Meraba-raba dan mencari, si dia
Matahari, terbitlah di timur
Menyuluh ke segenap gelap, di hati


Inginku terbang ke angkasa

 


Langit limpah hujan, sembuhkan luka
Angin tiup awan, terangkan dunia


Inginku terbang ke angkasa

Langit limpah hujan, sembuhkan luka
Angin tiup awan, terangkan dunia



Langit limpah hujan, sembuhkan luka
Angin tiup awan, terangkan dunia

 

BEAUTY

LOSYEN VASELINE - INTENSIVE CARE

October 13, 2016

Assalamualaikum.

Bila ke Watsons atau Guardian, mesti ada je yang nak beli. Kadang- kadang tu memang tak plan pun nak beli apa-apa. Bila keluar, eh eh ada plastik kat tangan. Hikhik. Nak buat maca mana ni. 

Baru-baru ni singgah Watsons. Terbeli satu losyen dari Vaseline. Jenis Intensive care - deep restore.


Saja cuba-cuba losyen. Sekali tertawan dengan bau losyen ni. Harum dia tak keterlaluan. So nice! Tu yang terus ambil dan gi kaunter bayar. 


Bagi Cik Rose, losyen ni ok la. Tak melekit. Meresap elok jer. Bau dia pun ok. Tak wangi sangat sampai menusuk hidung. Hihi. 

Sampai bila nak bertahan dengan losyen ni? Entahla. Sebab Cik Rose ni selalu bertukar-tukar. Hihi. Tak tetap pendirian dalam bab losyen ni. Beli losyen tak pernahnya guna sampai habis. Aduhai... korang macam mana pula? Kongsilah losyen pilihan korang?


MAKAN

FISH & CHIP SECRET RECIPE MEMANG SEDAP

October 12, 2016

Assalamualaikum.

Terus terang Cik Rose bagitahu yang Cik Rose bukanlah penggemar Fish & Chip. Kalau nak makan ala-ala western, mesti pilih Chicken Chop. Balik-balik Chicken Chop. Dari grill ke fried. Mesti itu je yang di pilih. Lamb Chop memang tak orderlah seban Cik Rose tak makam kambing. 

Tapi, nak jadi cerita. Itulah orang kata tak kenal maka tak cinta. Kalau tak cuba kita tak tahu! 

Bulan lepas, Cik Rose ke Restoran Secret Recipe dengan kawan-kawan office bagi meraikan hari lahir seorang teman. Entah kenapa tiba-tiba Cik Rose order Fish & Chip. Bila dah order, baru terfikir. Eh, yeke ni. Biar betul. Hihi.

Tengoklah kejadian Fish &Chip dari Secret Recipe ni. Menggoda kan? Ada dua slice ikan. Nyum nyum. 


Bila dah rasa gigitan pertama, eh eh sedapnya! Jatuh cinta ni! Kenapalah tak pernah cuba sebelum ni? Sedap rupanya Fish & Chip ni. Patutla adik lelaki Cik Rose suka makan Fish & Chip. 

Kenyang makan Fish & Chip. Mahu tak kenyang, 2 slice ikannya. Alhamdulillah. 

Lepas ni, bolehlah order Fish & Chip lagi. Kena dengan selera Cik Rose. Tapi, tempat lain tak tahulah macam mana. Sebab ada sesetengah kedai yang jual Fish & Chip ni, dia hidangkan yang frozen tu. Bukan ikan betul. Yang dah dicampur tu. Ala-ala nugget.

Untuk hidangan Fish & Chip di Secret Recipe ni bolehlah Cik Rose bagi 5 bintang dan highly recommended!


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion