Sunday, October 30, 2016

3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS RAHSIA KEJELITAAN SEBENAR

Assalamualaikum.

3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS RAHSIA KEJELITAAN SEBENAR.Kulit wajah yang bersih, berseri dan sihat menjadi idaman setiap wanita. Begitu jugak dengan Cik Rose. Hari-hari tengok cermin, dok belek muka sendiri. hihi. Bila nak dapat wajah yang licin jer. Konon tak naklah gunakan make up tebal-tebal. Nak kulit muka ni flawless gitu. Biar je kulit wajah ni bernafas. Cik Rose tahu, korang pun sama kan?

Kalau tengok dekat kedai-kedai jamu, dekat pasaraya,  dalam facebook dan instagram, amboi banyaknya produk-produk untuk wajah ni. Macam-macam jenis, macam-macam jenama yang ada. Baik dari dalam negara atau pun dari negara jiran! Pengikut sesuatu jenama pun boleh tahan ramai. Tapi, kebanyakkannya Cik Rose tengok mesti ada pengelupasan. Janji pulak dalam masa 3 hari, 7 hari! Amboi, cepatnya kesan. Kadang-kadang tu teringin nak cuba bila tengok testimoni yang gempak-gempak. Siapa tak nak bila muka jadi putih mulus dalam masa seminggu je kan. Memang tergoda! Tapi, bila fikir balik. Eh tak bahaya ke untuk kulit wajah ni? Nipislah kulit ni. Takut kesan sampingannya nanti. 

Alhamdulillah, Cik Rose tak alami masalah kulit wajah yang kritikal sangat. Jujur cakap, jerawat tu adalah seketul dua di waktu-waktu tertentu kan. hihi. Kesan jerawat tu yang susah nak hilang. Aduhai.. Kulit wajah Cik Rose jenis normal, cuma bila selalu terdedah dengan penghawa dingin di tempat kerja ni, kadang kala kulit jadi kering sedikit. Minum air masak cukup liter, selesai masalah. Tapi, satu je susah nak hilangkan. Lingkaran hitam bawah mata! Mata Cik Rose ni dah macam mata panda pula sekali tengok. hikhik. Bila pergi kerja, letak bedak lebih sikit bawah mata. Tapi, tak syoklahkan. Make up tu hanya untuk menutup lingkaran gelap tu untuk sementara. Takkan duduk rumah nak berbedak bagai. Bukan Cik Rose namanya tu. Cik Rose memang mengimpikan 'natural beauty'. Tapi, nak 'natural beauty' tu, mestilah kena usaha kan.


Satu hari tu, Cik Rose ternampak satu giveaway yang kak Mialiana anjurkan menawarkan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty sebagai hadiah! Eh, eh. Bila baca keseluruhan kelebihan serum ni, macam terpikat! Calit-calit merecik , bak kata Cik Piah! Ha, itulah yang Cik Rose cari sebenarnya. Tak gemar pakai banyak sangat rangkaian produk. Sabun, krim itu, krim ini. Tapi, hasilnya tiada. Nak pula bila dutanya ialah Feeya Iskandar @ Cik Piah! Kulit dia kan cantik. Tu yang Cik Rose ambil keputusan join. Dan Alhamdulillah, rezeki. Cik Rose terpilih sebagai salah seorang pemenangnya.


Banyak kebaikan 3D Gold Stemcell Serum ni. Jom Cik Rose kongsikan yer dengan korang : 

KEBAIKAN 3D GOLD STEMCELL SERUM
  •   Membantu untuk menghasilkan kolagen.
  •   Memberikan wajah anjal.
  •   Dapat menghilangkan parut hitam dan menghilangkan jeragat.
  •   Sebagai agen pelembapan yang semula jadi.
  •   Membantu mendapatkan kulit tona sekata.
  •   Berfungsi sebagai anti penuaan.
  •   Berkeupayaan untuk menyerap masuk dalam lapisan epidermis kulit dan membawa nutrisi ke sel-sel kulit.
  •   Membantu pertumbuhan sel-sel kulit.
  •   Lindungi kulit dari perosakan cahaya UV.
  •   Mengurangkan pembentukan radikal-radikal yang merosakkan kulit.
  •   Mengecilkan liang pori.
  •   Membantu mengawal minyak muka dan menghilangkan garis halus serta kedutan muka.
  •   Membantu mencerahkan wajah dan menegangkan muka yang menggeleber.
  •   Mengurangkan kehilangan air dari kulit.
  •   Melindungi keseimbangan minyak semula jadi kulit ketika membersihkan muka.


Inilah dia 3D Gold Serum Stemcell Serum yang Cik Rose dapat sebagai hadiah tu. Wow, tengok packaging dia. Meletops! Nampak elegan setaraf dengan kelebihan serum ni! Nampak tak penutup dia yang berbentuk daun tu? Cantik tu. Mudah je nak letak dalam handbag. Tak perlu risau terkeluar ke apa ke. Memang praktikal bekas serum ni!



Gigih tau Cik Rose edit sendiri bahan-bahan yang terkandung dalam 3D Gold Stemcell Serum ni. Jom semak apa yang terkandung dalam serum ini :

                    
BAHAN-BAHAN:



Cik Rose tunjuk sikit masalah kulit wajah Cik Rose ni yer. Malu sebenarnya nak tunjuk. Tapi, kurelakan jua. Hihihi. Yang ketara ialah lingkaran hitam bawah mata dan jerawat di sekitar pipi comel Cik Rose tu. 

Masalah lingkaran hitam di bawah mata



Masalah jerawat di sekitar pipi

Cik Rose bukan saja dapat serum, krim malam juga ada. Ha, tak sabar ni nak cuba dan lihat perubahannya! Kena pakai secara konsisten ni, baru nampak ada perubahan ke tidak kan.


Cara pakai? Mudah jer. Mula-mula bersihkan dulu wajah kita. Kemudian, bolehlah tekan sikit ke tapak tangan. Dan sapu perlahan-lahan di keseluruhan wajah. Serum ni memang meresap ke dalam kulit dan tidak melekit. Lepas pakai tu, Cik Rose rasa lembut jer kulit muka ni.


SIAPAKAH YANG PERLU MENGGUNAKAN SERUM ?
  • Pengguna yang ingin memiliki kulit wajah bebas masalah
  • Pengguna yang mempunyai masalah kulit kusam dan tona tidak sekata
  • Pengguna yang inginkan kulit wajah awet muda
  • Pengguna yang memiliki wajah berminyak
  • Pengguna yang ingin menganjalkan kulit
  • Pengguna yang ingin mengecilkan pori-pori wajah

Eh lagi satu korang jangan risau kerana ianya :

★100 % Buatan Tempatan
★100 % Dijamin berkesan
★100 % Dijamin selamat
★100 % Harga mampu milik
★100 % Tanpa bahan terlarang
★100 % Dijamin HALAL
★100 % Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia – KKM

KENAPA  3D STEMCELL SERUM MENJADI PILIHAN UTAMA  UNTUK MERAWAT MASALAH KULIT WAJAH ?

1. Berkesan
2. Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan melindungi kulit dari ancaman benda asing hanya dalam 1 minggu
3. Merangsang pembaharuan kulit dan penjanaan kulit serta pemburu radikal bebas.
4. Memberikan kesan anti penuaan yang optimum dan menakjubkan!
5.Tiada PENGELUPASAN, MERKURI, HYDROQUINONE, PARABEN dan PELUNTUR.



Ok, Cik Rose mencuba 3D Gold Stemcell Serum ni lebih kurang 2 minggu. Alhamdulillah, ada kesan positif! Jerawat Cik Rose mengecut dan lingkaran hitam bawah mata berkurangan. Dan nak tahu tak, kulit wajah ni rasa lembab jer. Dah tak kering!Tu yang suka sangat tu. Flawless? On the way. Haa gitu :)



Sekarang ni Cik Rose displin menggunakannya dua kali sehari, nak hilangkan pula parut-parut jerawat yang ada. hihi. Moga Cik Rose berjaya!

Terima kasih 3D Gold Stemcell Serum dan jugak krim malamnya. hihi.



Apalagi, selfie satu! hikhik. Tersenyum lebar Cik Rose ni ha! Mahu tak senyum, masalah kult wajah dah settle kan. hihi. Calit-calit, merecik!




Jangan takut nak mencuba 3D Gold Stemcell Serum ni tau. Alhamdulillah produk ni berkesan bat Cik Rose. Bukan mudah nak mencari suatu produk yang betul-betul sesuai dengan kulit wajah kita kan. Bila dah jumpa yang sesuai, memang tak cari lain!



Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

10 comments:

  1. Wow nampak perubahan good luck

    ReplyDelete
  2. Best kan bila ade perubahan....hehe..meh ler singgah2 nona punyaaaa

    http://nonasani.blogspot.my/2016/10/kulit-sihat-bersama-3d-gold-stemcell.html

    ReplyDelete
  3. wow...nampak licin dah kulit muka tu..tahniah

    ReplyDelete
  4. Salam..Singgah dari Giveaway Review yang sama http://www.akifimtiyaz.com/2016/10/kulit-wajah-flawless-hanya-dengan-3d.html

    semoga berjaya..

    ReplyDelete
  5. Slm daripada Fiza. Semoga berjaya.. Singgah BW dr segmen yang sama.. http://ourmemoria.blogspot.my/2016/10/wajah-menawan-dengan-3d-gold-stemcell.html

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..nampak perbezaanya tu

    ReplyDelete
  7. Salam. Terima kasih hantar entri review produk Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

    Entri ini telah disenaraikan. Good Luck!

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  8. tahniah cik rose meang dan jumpa produk yang serasi

    ReplyDelete