Wednesday, October 12, 2016

FISH & CHIP SECRET RECIPE MEMANG SEDAP

Assalamualaikum.

Terus terang Cik Rose bagitahu yang Cik Rose bukanlah penggemar Fish & Chip. Kalau nak makan ala-ala western, mesti pilih Chicken Chop. Balik-balik Chicken Chop. Dari grill ke fried. Mesti itu je yang di pilih. Lamb Chop memang tak orderlah seban Cik Rose tak makam kambing. 

Tapi, nak jadi cerita. Itulah orang kata tak kenal maka tak cinta. Kalau tak cuba kita tak tahu! 

Bulan lepas, Cik Rose ke Restoran Secret Recipe dengan kawan-kawan office bagi meraikan hari lahir seorang teman. Entah kenapa tiba-tiba Cik Rose order Fish & Chip. Bila dah order, baru terfikir. Eh, yeke ni. Biar betul. Hihi.

Tengoklah kejadian Fish &Chip dari Secret Recipe ni. Menggoda kan? Ada dua slice ikan. Nyum nyum. 


Bila dah rasa gigitan pertama, eh eh sedapnya! Jatuh cinta ni! Kenapalah tak pernah cuba sebelum ni? Sedap rupanya Fish & Chip ni. Patutla adik lelaki Cik Rose suka makan Fish & Chip. 

Kenyang makan Fish & Chip. Mahu tak kenyang, 2 slice ikannya. Alhamdulillah. 

Lepas ni, bolehlah order Fish & Chip lagi. Kena dengan selera Cik Rose. Tapi, tempat lain tak tahulah macam mana. Sebab ada sesetengah kedai yang jual Fish & Chip ni, dia hidangkan yang frozen tu. Bukan ikan betul. Yang dah dicampur tu. Ala-ala nugget.

Untuk hidangan Fish & Chip di Secret Recipe ni bolehlah Cik Rose bagi 5 bintang dan highly recommended!


6 comments:

  1. belum pernah try tapi nampak sedap ja

    ReplyDelete
  2. Saya mmmg suka makan fish n chips. X pernah lagi try fish n chips dkt secret recipe ni lagi. Berapa harga dia?

    ReplyDelete
  3. mmg sedap... aku pun suke n selalu mkn Fnc situ

    ReplyDelete
  4. MD pun jarang order fish & chips ni kalau nak makan western.. Selalu suka order beef steak.. Hehe..

    ReplyDelete