Monday, October 17, 2016

KEK COKLAT CHEESE LARVA BERHANTU YANG MEMANG SEDAP

Assalamualaikum.

Sana sini orang dok bercerita kesedapan Kek Coklat Cheese Larva Berhantu. Berhantu sangat ke? Buka fb ada. Buka Instagram ada. Kat blog pun ada. Mana-mana je ada. Kebetulan, rakan satu pejabat Cik Rose tanya. Nak order tak kek Coklat Cheese Larva Berhantu ni. Apalagi, memang orderlah. Nak buat entah bila kan. Dari brownies tak terbuat-buat. Resepi bukan main banyak lagi save. hihi.

Pegawai di tempat kerja Cik Rose yang bukak order. Memang kitorang pakat-pakat order pada beliau. Inilah dia kek tu :

KEK COKLAT CHEESE LARVA BERHANTU

Aduhai, memang sedap rasanya. Tapi, Cik Rose tak boleh makan banyak. Memang menangis lepas makan! hihi. Nangis berat naik dengan jayanya. Dengan kek coklat, lapisan cheese, coklat lagi kat atas kek tu. Sedap memang sedap! 

Di sini Cik Rose kongsikan resepinya yer.

RESEPI KEK COKLAT CHEESE LARVA BERHANTU

BAHAN BAHAN
KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

BAHAN A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
*satukan

2 biji telur Gred A

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak

CARA CARA


Satukan BAHAN A dalam bekas
Masak atas api ( double boiler ) sehingga sebati dan gula hancur
Masukkan telur yang telah di kocok
Masukkan tepung yang telah di ayak
Masukkan adunan ke dalam bekas yang di sukai ( masukkan separuh bekas )
Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
Sejukkan kek sebentar 






LAPISAN CHEESE

250 gm Cheese ( philadhephia ) lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis

Satukan cheese dengan susu pekat. Putar hingga lembut
Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn putar lama sangat takut uht whipping mencair semula )
Simpan sedikit adunan cheese utk lorekan atas kek 



COKLAT LELEH


 300 gm coklat masakan
 300  gm UHT Whipping Cream
1 sudu makan  nutella

Satukan kesemua bahan dan Masak atas double boiler hingga menjadi ganache
Sejukkan sebentar hingga sedikit memekat



STEP MELAPIS KEK BERHANTU 


1. KEK
2.ADUNAN CHEESE ( biarkan adunan cheese mengeras dahulu, baru tuangkan adunan ganache )
3, GANACHE
4. LOREK
4 KETEBALAN ADUNAN SETIAP LAPISAN TERPULANG DAN AGAK2 SAHAJA 


sumber : KAK ZU SEMANIS GULA




Terima kasih buat yang sudi berkongsi resepi. Bolehlah Cik Rose mencuba di masa akan datang. Setakat ni, memang beli jer. Lebih mudah dan berbaloi. Sebab  makan sorang. Kalau untuk keluarga besar, mungkin lebih baik buat sendiri :)

Gambar : adalah gambar kek Coklat Cheese Larva Berhantu yang Cik Rose beli di pejabat.

 

2 comments:

  1. sdpnyaa... yui ada gak mkn 2 mggu lepas..hihih

    ReplyDelete
  2. Cikna dh try 3bulan lepas masa mula-mula viral tu, siap tempah kat N.9 lagi sebabnya masa tu kat pahang xviral lagi, sebijik cam dlm pic tu harga pun murah je RM10 berbaloi kot...;-)

    ReplyDelete