ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA - INILAH REALITI

Tuesday, 29 November 2016

ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA

Assalamualaikum.

Apa  khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Alhamdulillah.

Sembang santai je petang-petang hari ni. 

Nak tanya pernah tak korang menyesal dengan apa yang berlaku pada korang hari ni? Pernah tak terfikir hal ini? Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku memilih jalan ini? Eh berapa banyak kenapa dah ni. hihi.

Cik Rose tahu kadang-kadang bila kita sendirian, kita terfikir hal ini, kan? Bila kita lihat sekeliling, dan bandingkan dengan diri kita ni. Mulalah hadir satu perasaan, kan. 


Andai masa dapat kembali. Jika kita dapat putarkan kembali jarum waktu. Mesti kita nak buat yang terbaik. Pasti kita nak ubah apa yang terjadi. 

Tapi, bukan itu prinsip Cik Rose. Setiap apa yang terjadi pada kita hari ini, adalah keputusan kita. Kita yang bertanggungjawab pada diri kita. Tak perlu salahkan sesiapa di atas sesebuah keputusan yang telah  kita ambil. 

Terkadang memang Cik Rose terfikir, kenapa aku jadi macam ni dan lain-lain. Tapi, Cik Rose sekadar berfikir sahaja tanpa terbit penyesalan. Sebab Cik Rose tahu, Cik Rose dah pilih jalan ni, dan Cik Rose harus teruskan,. Berusaha lebih baik. Perbaiki diri.


Janganlah cepat putus asa. Bila diuji A dan B, kita dah mengalah. Cik Rose faham, kadang-kadang kita terasa sukar nak telan sesuatu hal, tapi cuba muhasabah dan berusaha sebaiknya. InsyaAllah ada jalan.

Tak tahu kenapa, petang ni rasa nak cakap tentang penyesalan. Sebab ada beberapa individu yang tanyakan pada Cik Rose. Tak menyesal ke pilih jalan A? Kenapa tak pilih jalan B? Tak apa. Terserah mereka nak menilai bagaimana. Yang melaluinya adalah Cik Rose.

Don't worry, Cik Rose okay :) hihi.

Terima kasih sebab ambil berat.


12 comments:

  1. Mungkin ada...dan mungkin tak ada..
    sebab mungkin hari ini kita dah buat yang terbaik untuk hari ini...
    esok mungkin kita akan menjadi lebih baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. lebih baik kita berusaha berubah jadi lebih baik kan :)

      Delete
  2. masa mmg tak blh undur jd hadapi dgn redha... gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak.. cuma sesekali perasaan tu datang..

      Delete
  3. pernah !! tapi tak perlu sesali apa yang telah terjadi. pilihan telah diambil

    ReplyDelete
  4. its ok cik rose apa yg kita buat skang pun dah ketentuan Ilahi... jangan putus asa dan salahkan diri sendiri. Allah tahu apa yng terbaik buat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. setiap yang tejadi ada hikmahNya

      Delete
  5. kekadang ada juga terpk..tapi cepat2 istighfar dan move on.. :)

    jemput singgah dan follow my blogshop, ada pucci yang cantik2..

    http://mymodestycloset.blogspot.my/

    jom exchange link nak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan Cik Rose, kadang-kadang je terfikir. tapi, memang takkan sesali. cuma jadikan ia sebagai pengajaran di masa akan datang

      Delete
  6. Kita dah pilih..so kerna terima..apa yg bakal kita perolehi..senyum selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Cik Akak. nak buat macam mana kan :) kita kena bertanggungjawab dengan apa jua pilihan kita.

      Delete