ROTI CANAI HUSSAIN NASI KANDAR

November 11, 2016

Assalamualaikum.

Roti canai satu!

Haaa roti canai memang sinonim sebagai hidangan sarapan bagi rakyat Malaysia. Kan? Kan?. Cik Rose rasa semua pun pernah makan roti canai kan. Roti kosong ada. Roti telur, roti sardin, roti tampal dan lain-lain. Pilih jer nak makan roti apa. 

Kalau tanya Cik Rose, roti kosong dan roti telur jadi pilihan. Nyum.nyum. 

Ni gambar roti canai telur yang Cik Rose makan masa balik kampung hari tu. Cik Rose makan di Restoran Nasi Kandar Hussain Sungai Petani. 


Sedap memang sedap. Tapi tak boleh makan selalu. Hihi. 

Inilah hidangan sarapan yang paling digemari rakyat Malaysia selain nasi lemak dan kuih muih/roti. Eh yeke? Memandai je Cik Rose. 

Korang sarapan apa pagi ni? Cik Rose makan biskut cicah air nescafe. 


You Might Also Like

1 comments

  1. Memang pun Cik Rose.. Hidangan ini Feveret rakyat Malaysia..
    Kalau Sha suka juga makan Roti canai tampal.. memang best.. cicah pula dengan kari.. Pergh!!

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion