DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU - WUJUDKAH WATAK MAK LEHA DI KEHIDUPAN SEBENAR ?

December 15, 2016

Assalamualaikum.

Viral drama 7 Hari Mencintaiku sekarang ni. Sejak watak Buntat meninggal dunia hari tu. Ramai yang mula menonton. Di tambah dengan watak Pak Samad yang penyayang terhadap menantunya, Mia tetapi tegas dengan sikap isterinya, Mak Leha.

Sejujurnya, memang Cik Rose mengikuti drama ini dari episod pertama. Geram sangat dengan watak Mia pada mulanya. Terlalu berlagak! Hahaha. Sampai tahap Cik Rose geram, bila Mia marah-marah suaminya Khuzairi tu, Cik Rose 'mute' je. Tak dengar suara! Padan muka Mia sebab Cik Rose tak dengar suara dia. hikhik. Dalam masa yang sama, Cik Rose dok fikir. Ada ke lelaki macam Khuzairi di alam nyata? Terlalu penyabar! Ya, terlalu penyabar. Agaknya kalau di realiti, dah kena tinggal dah Mia tu dari awal. Eh, eh emosi pulak Cik Rose.

Dalam dok geram kat Mia, kadang-kadang Cik Rose kesian pulak. Ye la, sebab layanan mak mertua dia tu. huhu. Sedih tau. Sebagai menantu diperlakukan macam tu. MAK LEHA. Hihi. Tahniah buat pelakon Liza Abdullah sebab berjaya membawa watak Mak Leha dengan jayanya! Membuatkan Cik Rose rasa geram pada dia dan kesian dengan Mia tu, Sampai hati Mak Leha. Memanglah tindakan Mia tu melebihi batas, tapi Mak Leha pun sama naik. Sama-sama naik gitu. 

Cik Rose nak tanya, wujud tak watak MAK LEHA di kehidupan seharian kita? Kalau wujud, macam ngeri kan. hihi. Tak tahu macm mana nak berhadapan kalau kena kat diri sendiri. hihi. Garang, mulut berbisa dan tak dapat menerima kehadiran menantu. Sindir-menyindir. Aduhhh berendam air matalah kalau gitu. Minta dijauhkan. 




Kemuncaknya episod semalam, bila Mak Leha tak bagi Mia pegang Alisa. Tengok dari jauh je. Dari bawah rumah. Memang sedihlah episod semalam. Di satu sudut, memang tindakan Mia tu dah jauh tersasar bila dia tinggalkan anak dia dan tak nak menyusukan masa baru lahir. Tapi, di sudut yang lain, Cik Rose rasa sedih. Anak-anak sedara Cik Rose yang umur 5 dan 6 tahun tu asyiklah tengok muka Cik Rose masa Cik Rose layan drama ni semalam. Tak feel nak menangis jadinya. Hahaha. Tapi, laju jugak air mata Cik Rose ni mengalir. Sampai Arif cakap, eh Ija nangis. Ala, sedihlah cerita ni. Sampai Ija nangis. Jangan tengoklah cerita ni. Hahaha. Walau rasa nak ketawa, menangis juga!

Nasib baiklah watak Pak Samad tu ada. Dari awal cerita sampailah ke episod semalam, watak Pak Samad digambarkan sebagai bapa yang penyanyang. Bila dah biasa dengan kelembutan suara dan tindakan Pak Samad, sekali Pak Samad marah, habis bergegar gambar. Camera man terketar-ketar jadinya. hikhik. Tapi, memang bestla watak dia dan pembawakannya. Pak Samad ni nampak muda, boleh jadi hero! Hahaha. Itu pendapat peribadi Cik Rose. Jangan kecam yer. hihi.

Malam ni mesti lagi sedih. Tapi, malam ni bukan episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku. Ada lagi minggu depan rasanya. Watak Ila tu memang Cik Rose tak suka! Tapi, malam ni mesti banyak watak Ila tu. 

Sebenarnya, banyak pengajaran dari drama ni kan. Sama-sama ambil pengajaran dan perbaiki diri bagi mewujudkan keluarga yang harmoni.

Dalam drama ni banyak yang Cik Rose buat andaian.

(1) Andainya Mia dan Khuzairi berpindah keluar dari rumah tu dan duduk sendiri, mesti tak berlaku apa yang berlaku sekarang.

(2) Andainya Sophie tak bawa Buntat kepada Ayah Man, mesti Buntat masih hidup bersama Pak Andak dan Mak Andak.

(3) Andainya Mia jumpa kotak kasut yang terkandung surat dari ayahnya, mesti Mia tak terlalu kejam terhadap suami dan anaknya.

(4) Andainya Khalil tak ikut cakp ayahnya dan meninggalkan Mia di hari pernikahan, dah tentu tak wujud cerita 7 hari mencintaiku ni. hihi.. 

Saje je Cik Rose bermadah sendiri. masih terngiang-ngiang di telinga Cik Rose dialog Pak Samad terhadap Mak Leha. "Jangan nanti Khuzairi dapat bini baru, awak yang hilang laki."

Selamat menonton drama 7 Hari Mencintaiku.

You Might Also Like

17 comments

  1. Wahh, banyaknya andaian, Rose! Hihi akak pun sama,..time Mia melengking meroyan marah2 tu akak mute gi buat keje lain. Tukar scene baru tgk balik 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Rose tak tahan. Tu yang tutup suara

      Delete
  2. wah menghayati sungguh ya..dah last ni baru PC rajin sikit tengok..masa awal-awal kadang tengok..kadang tidak...masing-masing berjaya menghayati watak..moga kita ambil pengajarannya..

    ReplyDelete
  3. dr segi naratif cerita ni berjaya mengkotakan maksud di sebalik 7 hari mencintaiku....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum cik rose...mmg best jln cerita ni...selagi x habis drama ni...sakit hati n mmg geram jer tengok watak mak leha n ila tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam mama. betul.. Kadang-kadang ok Mak LEha, tapi banyak yang over. menjadi wataknya. buat kita geram. hihi

      Delete
  5. Kannnnn. Tapi uyul start tengok pun masa Buntat mati. Ahhh nanti nak tgk dari ep1 laaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a ramai yang tengok start watak Buntat meninggal..

      Delete
  6. bab no.4 tue setuju...kalau x memang xda lah ceta ni...MV pun suka ayat pak samad

    ReplyDelete
  7. huwaaaaa..blur masa dorang share buntat2..dah lama tak layan drama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yeke.. Hihihi.. takpe, sekarang dah tahu siapa Buntat yer

      Delete
  8. bersungguh btl cik rose yek menghayati sampai bercucuran airmata

    akak tak penah tgk pun drama nih dik, jd lps viral psl buntat tu pun mmg tak tgk jgk jd tak tau jln cite hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihiihi Rose memang. kalau tengok drama ke ape ke yang sedih-sedih, senang je nangis.

      Delete
  9. eca baca novel ne dlu nangis2...emosi pulak, tapi xminat langsung tgk dramanya.

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS