Kuih Keria Antarabangsa Melaka Viral hingga ramai yang mencari !

Assalamualaikum.

Viral Kuih Keria Antarabangsa Melaka. Bukan kata orang sekitar Melaka, yang luar Melaka pun sanggup datang dari jauh semata-mata ingin merasa sendiri kesedapan kuih keria tu. Ibu-ibu yang memgidam pun gagahkan diri untuk merasa kuih tu.

Bila Cik Rose buka facebook, banyak yang share pasal kuih keria tu. Eh sedap ke? Kenapa ramai yang sanggup ke Melaka mencari kuih tu? Sampaikan sekarang ni kalau nak beli ada limit pula. Tak boleh beli banyak. Wahhh tahniah pada pengusaha Kuih Keria Antarabangsa tu. Cik Rose tak tahu sangat kenapa kuih keria tu viral. Tapi Cik Rose ada baca di facebook, kuih tu viral lepas Hanis Zalikha pergi. Eh yeke?

Dek kerana terpengaruh dengan viral tersebut, Cik Rose pun mencari-carilah di Batu Pahat ni. Macam teringin juga nak rasa. Kuih keria salut gula melaka. Sedap sangatkah? 

Satu hari, officemate Cik Rose ada beli kuih keria gula melaka ni. Kena order dulu. Bukan ready stock. Wah gitu! Dapatlah Cik Rose rasa juga. Ohhh gini rasa dia. Hikhik.

Dan beberapa hari lepas tu, rakan sekerja Cik Rose pun buka order. Dia buat sendiri. Dek kerana teringin, Cik Rose pun order jugak!


Tadaaa.. Inilah dia Kuih Keria Gula Melaka Ala-ala Kuih Keria Antarabangsa Melaka tu!

Nyum nyum. Hikhik.

Sedap. Terima kasih kak Diana! 
Untuk yang berada di sekitar Batu Pahat, Johor, kalau nak rasa kuih keria ni bolehlah ke facebook kak Diana :Diana Raziman . Bukan kuih je, kek, brownies semua ada! 

Oleh kerana kuih keria ni tengah viral, maka permintaan keledek semakin tinggi kan! 

Korang dah rasa ke kuih keria antarabangsa Melaka tu?


Previous
Next Post »

9 comments

Click here for comments
16 December 2016 at 20:30 ×

Kuih keria ni guna keledek lenyek..hihi

Balas
avatar
admin
16 December 2016 at 21:54 ×

Macam mana nk contact dia? Fb dia tk boleh add pun

Balas
avatar
admin
16 December 2016 at 21:55 ×

Macam mana nk contact dia? Fb dia tk boleh add pun

Balas
avatar
admin
16 December 2016 at 23:08 ×

Cuba cari Diana Raziman di fb. Jumpa tak? Cuba pm :)

Balas
avatar
admin
17 December 2016 at 07:02 ×

itulaa husna tgk viral semacam pulak kuih keria gula melaka ni, teringin pulak.. kalau tak silap kak saidila ada up resepi, nanti boleh try.. hihiihi.. nak pergi beli jauh sgt..:D

Balas
avatar
admin
18 December 2016 at 00:14 ×

Resepi dah kumpul. Tapi Rose tak terbuat. Hihi

Balas
avatar
admin
18 December 2016 at 00:17 ×

Tula.. jauh nak gi. Nasib ade yang jual berdekatan area rumah kak Rose ni..

Balas
avatar
admin
18 December 2016 at 22:34 ×

mmg sedap kuih keria gula melaka..klu guna gula biasa kurang sikit umphhhhnya tu..nanti nak cuba buat lak sendiri.

Balas
avatar
admin
19 December 2016 at 17:12 ×

Sedap woo kuih keria nie.. rugi sapa tak makan.. ehehe

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment