Petua Menghilangkan Sakit Senggugut

Petua Menghilangkan Sakit Senggugut|Assalamualaikum.
Petang ni Cik Rose ingin berkongsi petua atau tips untuk hilangkan sakit senggugut. Hanya wanita yang mengalami senggugut je tahu macam mana rasa sakit tu. Aduhai. Rasa nak berguling-guling jer. Setiap orang tak sama tahap sakitnya. 
Ada kawan Cik Rose yang sakit senggugut tahap kena baring jer, tak boleh nak buat apa. Ada yang tahap kena makan ubat tahan sakit, kalau tak makan memang tak dapat nak tahan. Ada pula yang sakitnya akan hilang kalau tuamkan perut. Ada pula yang sekadar sengal-sengal biasa. Dan yang beruntung, yang memang tak tahu macam mana rasa sakit senggugut tu. Ini pengalaman kawan-kawan Cik Rose je ye.
Setiap dari kita berbeza-beza. Sakitnya pun berbeza. Untuk lelaki, jangan nak kata wanita ni mengada-ngada, sakit senggugut je pun. Eh, eh jangan tau. Cuba fahaminya. Alhamdulillah, kalau dapat yang memahami.


Petua Menghilangkan Sakit Senggugut
1)Urut bahagian bawah perut korang secara perlahan dengan menggunakan hujung jari. Juga boleh sapukan sedikit minyak angin untuk mengurangkan rasa sakit. Yang ni memang kena buat, tindakan segera kan. Alhamdulillah, akan rasa sedikit lega nanti.
2)Tuam bahagian bawah perut untuk menghilangkan rasa sakit senggugut. Korang boleh gunakan cara tradisional seperti bertungku ataupun boleh gunakan pad pemanas yang biasanya dijual di farmasi.
3) Amalkan minum air panas untuk menghilangkan rasa sakit senggugut. Amalan meminum air panas ini juga dapat membantu melancarkan proses haid. Sebolehnya elakkan minuman yang manis kerana ini boleh membuatkan senggugut menjadi dua kali ganda sakitnya.
4) Amalkan mandi dengan air panas sewaktu haid terutamanya ketika mengalami sakit senggugut. Air panas dapat menghilangkan rasa sakit senggugut.
5) Amalkan diet seimbang ataupun amalan pemakanan yang sihat. Lebihkan pengambilan bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.
6) Amalkan senaman ringan sewaktu sedang mengalami sakit senggugut. Senaman sebegini mampu menghilangkan rasa sakit yang dialami. Jangan lakukan senaman yang berat dan elakkan mengangkat benda-benda yang berat sewaktu sedang haid kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan kepada rahim.

Itu antara petua-petua dan tipsnya yer. Bolehlah korang amalkan yer :)

Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
4 December 2016 at 16:17 ×

No 3 tu memang berkesan.. selalu buat..

Balas
avatar
admin
4 December 2016 at 22:33 ×

Akak selalu, selain tuam bawah perut dan betis,..makan pil chi kit teck aun tu :)

Balas
avatar
admin
5 December 2016 at 11:16 ×

dulu2 masa anak dara selalu senggt, mmg wajib kene...
skrg sejak dh tua dh ada anak kadang senggugut kadang takde...

tp dulu mak akak penah ckp, masa dia dh ada anak senggugut hilang sndiri...
akak pun mcmtu jgk kot

Balas
avatar
admin
6 December 2016 at 03:45 ×

husna tgk org yg ada senggugut nih, selalunya diorang akan terbaring je, tak boleh buat apa.. huhuhuhu..

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment