mutiara kata

JALANI APA ADANYA

January 29, 2016

Assalamualaikum.

Ada saat kita gembira, ada saat kita bersedih. 

Setiap cabaran, harungi saja. InsyaAllah, ada kemanisan di hujungnya.


Sesekali diuji dengan dugaan yang berat, rasa terduduk sekejap. Cuba muhasabah diri kembali.. Air mata mengalir deras! 

Tak apa, masih ada yang syaang :)

Sekadar tulisan, tak ada kena mengena dengan perasaan Cik Rose :)





Bezday

ULANGTAHUN KELAHIRAN MAK

January 28, 2016


Assalamualaikum.

28 Januari.

Mak,
Selamat ulangtahun kelahiran mak.



27 yang lalu, mak lahirkan Ija. Terima kasih mak. Kasih sayang mak sentiasa ada untuk Ija. 



Moga mak dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan bahagia selalu.




Jarak hanyalah jarak. Kasih dan cinta kita tetap kukuh, kan mak?




Berbual di telefon untuk melepaskan rindu, Alhamdulillah.

Doa sentiasa Ija kirimkan buat mak :)



Sayang mak!

Sumber gambar : Pakcik Google.




doa

DOA NABI ZAKARIA - USAHA MENDAPAT ZURIAT

January 28, 2016


Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya hari ni? Moga semuanya sihat sahaja yer.

Pagi ni Cik Rose nak kongsikan satu doa. Iaitu Doa Nabi Zakaria. Usaha buat kita untuk memperolehi zuriat. Moga dipermudahkan. Sama-sama kita amalkan. InsyaAllah.
 




Setiap pasangan yang berkahwin mempunyai keinginan memiliki zuriat. Setiap wanita ingin mengandung. Namun, kita hanya merancang, Allah yang menentukannya. Setiap dari kita miliki cerita tersendiri. Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita. Kita usaha sedaya upaya, jangan pernah berputus asa. InsyaAllah, ada jalan. 

Cik Rose sendiri diuji, dan masih berusaha. Moga dipermudahkan buat semua yang sedang berusaha ingin memiliki zuriat sendiri. Jangan sedih-sedih yer. (Tapi hati wanita ni lembut. Cik Rose sendiri pun masih menangis bila dikaitkan hal zuriat ni. ) Hati ni cepat benar terasa. hihi. Tak ape, air mata tu kan macam terapi buat diri kita. Bila dia dah keluar, lega rasa hati. Alhamdulillah.

Doakan buat Cik Rose dan semua yang menanti agar dimurahkan rezeki untuk mengandung :)


Ilmu

AMALKAN MEMBACA TIGA QUL

January 27, 2016


Assalamualaikum.

Cik Rose kongsikan di sini buat kita semua. Moga bermanfaat. Sama-sama kita membacanya, sama-sama kita dapat pahala, kan :)


Ayah Cik Rose selalu ajar dulu. Sebelum tidur, baca Al Fatihah dan tiga Qul ini. Dah jadi amalan hingga kini. Tapi, bukanlah menjadi amalan sebelum tidur sahaja, bila teringat je terus Cik Rose baca. 

Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Aminn.




doa

DOA NABI AYYUB KETIKA DITIMPA PENYAKIT KRONIK

January 27, 2016

Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya?. Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Pagi ni Cik Rose nak kongsikan satu doa. Iaitu Doa Nabi Ayyub ketika ditimpa penyakit kronik. Cik Rose ambil dari perkongsian di facebook. Moga bermanfaat buat kita semua. Sama-sama kita amalkan. Kita berusaha dan berdoa. Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang.



Saat kita diuji, sabarlah. Jangan berputus asa yer. Peringatan buat diri  Cik Rose juga. 


darah

NAK DERMA DARAH?

January 26, 2016

Assalamualaikum.

Ramai yang tak tahu jenis darah yang boleh diderma dan boleh di terima oleh mereka. Ada yang keliru kan?. 

Kat sini, saya kongsikan ringkasan tentang jenis darah yang boleh diterima dan boleh korang dermakan. Tak semua jenis darah boleh menerima jenis darah yang lain. 


Ada yang pernah dermakan tak?. 

Jangan lupa menderma darah yer. Dapat juga kita membantu mereka yang memerlukan :)





gaji

TARIKH PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2016

January 26, 2016


Assalamualaikum.

Pagi ni nak kongsikan jadual pembayaran gaji bagi tahun 2016 untuk penjawat awam. Haa, bila dah tahu, bolehlah rancang perbelanjaan secara berhemahkan?. 



Moga bermanfaat :)



giveaway

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

January 22, 2016


Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

kesihatan

TIPS KEKAL SIHAT DI MUSIM PANAS

January 16, 2016

Assalamualaikum.

Sekarang ni musim panas. Jadi, kena jaga kesihatan tu. 

Haa, kat sini Cik Rose sertakan tips kekal sihat di musim panas. Cik Rose ambil dari fb Kementerian Kesihatan. 


a) Banyakkan minum air kosong.
b) Guna kipas/penghawa dingin.
c) Lebihkan masa dalam rumah dan hadkan aktiviti luar.
d) Pakai losyen pelindung suria.
e) Kurangkan minuman berkafien.
f) Pakai pakaian yang ringan dan longgar.
g) Tidak duduk dalam kereta  yang bertutup tanpa penghawa dingin.
h) Minum minuman isotonik.
i) Pakai topi @ payung. 


Sekarang ni kat Batu Pahat, petang-petang hujan lebat. 



comel

Bila Si Comel Menyusu Botol!

January 16, 2016


Assalamualaikum.
Ni kisah si comel yang keluarga mertua Cik Rose jaga. Banyak kucing yang mereka pelihara. Kat bawah ni salah satunya. Yang paling manja! Tengoklah tu, minum susu dalam botol. Dah tu, nak minum atas riba je. Pandai pegang sendiri pulak tu! Alolo....comelnya. 


Boleh pulak masa tulis entry ni, Cik Rose terlupa nama dia! Haha.

Si comel ni memang minum susu dalam botol je. Kalau letak dalam bekas, dia tak nak :)

Tapi, masa bulan 12 baru ni. Cik Rose ada balik kampung. Dia tak sihat. Sian dia. Cik Rose dan suami ada bawa dia ke veterinar kerajaan, tapi tak sembuh. Kesokkannya bawa ke klinik swasta. Terus kena tahan wad sebab kena buat operation. Sabar ye comel! 

Sebenarnya dia kena buasir. Terkeluar kat dubur dia. Sedih tengok dia menahan sakit. Mungkin dia ada makan apa-apa kat luar sampai kena cirit-birit yang membawa kepada buasir tu. Yang pernah jaga kucing mesti tahu kan. 

Nak tahu tak, mak mertua saya ni memang dari dulu dok jaga kucing. Dia cakap, sepanjang bertahun-tahun dia jaga kucing, ini kali pertama jadi macam ni. Tak pernah lagi jadi kat kucing-kucing dia.

Lagi satu, mak mertua saya bukan jaga kucing tertentu je. Semua jenis ada. Kucing kampung ka, kucing bulu kembang ka, semua ada!

Keluarga mertua saya memang minta jaga kucing. Cuma menantunya ini tak boleh dekat dengan kucing. Takut. Hahaha. Lagi satu alahan pada bulu kucing. Dulu masa kecik pernah kena cakar dek kucing. Tu yang takut semacam. Hahaha.



2016 - NAFAS BARU INILAH REALITI

January 16, 2016


Assalamualaikum.

2016.

Semangat baru, azam baru, nafas baru, wajah baru.
Wah wah, semua nak baru yer. 

Saja berikan nafas baru pada blog sendiri. Sebagai inspirasi untuk rajin menulis. Lagipun, secara tiba-tiba trafik blog menjunam. Oh no! Perubahan harus dilakukan. Kena cari idea baru macam mana nak tingkatkan trafik blog ni. hihi. 

Dua hari dok beri perhatian pada blog kesayangan ni. Akhirnya, nekad nak ubah sendiri. Inilah hasilnya. 

Simple je. Janji senang mata ni melihat :)

Lupa pula nak screenshot wajah blog terdahulu.

Moga memberi perubahan yang positif :)


Karipap

RINDU KARIPAP AIR TANGAN MAK!

January 15, 2016


Assalamualaikum.

Petang-petang ni mulalah nak mengunyah. Tetiba rindu nak makan karipap yang mak buat! Sedapnya kalau dapat.

Alhamdulillah, masa cuti sekolah hari tu, mak Cik Rose duduk rumah Cik Rose dengan anak-anak sedara sekali. Dapatlah rasa mak masak. Macam-macam mak masak. Dari lauk hinggalah ke kuih.  Kat bawah ni antaranya, iaitu karipap pusing. 


Terima kasih mak! 

Sayang mak! 

Macam biasa, resepi pun dah ambik. Cuma tak terbuat je lagi.. hahaha.



Brownies kedut

BROWNIES KEDUT YANG SEDAP!

January 15, 2016


Assalamualaikum.

Brownies kedut! Siapa pandai buat angkat tangan ✋✋✋

Alkisahnya, Cik Rose ni asyikla dok simpan resipi brownies kedut yang orang dok share kat fb. Buatnya idak lagi. Haha.

Satu hari tu, officemate Cik Rose iaitu Kak Ani bawa datang office. Alahai sedapnya rasa dia. Resepi pun dah ambik. Hew hew. Peram jugak resepi tu.

Lepas tu, Cik Rose ade beli brownies di fb. Ingatkan brownies kedut. Terus order satu loyang. Haha. Bila dapat, inilah dia rupanya brownies tu :


Sedap tu memang sedap. Tapi, tak kedut.. kecewa Cik Rose.

Tapi, syukur Alhamdulillah memang sedap pun. Cuma tekak ni nak makan brownies kedut :)

Nampaknya kena buat sendiri ni. Jadi ke tak kalau buat sendiri nanti? Hahaha.



biskut

CHOCOLATE CHIP HAZELNUT COOKIES

January 14, 2016


Assalamualaikum

Ada tak yang dah pernah rasa biskut ni?

Haritu Cik Rose gi beli barang dapur sikit. Lalu kat bahagian biskut. Sajelah ambik biskut Hershey's ni. Tak pernah beli sebelum ni. Ada macam-macam jenis. Tapi, Cik Rose ambik yang ni:-


Balik rumah tu, buat air panas. Nak makan dengan biskut ni. Ok lah rasa dia. Tapi, kalau suruh saya pilih, saya pilih chipsmore! Eh tetiba. Hahaha.

Yelah, lain orang, lain seleranya :)
Sebab tu, ada macam-macam jenis biskut di pasaran. Yelah, selera kita lain-lain. Kalau dah semua sama je selera, memang sejenis je biskut di pasaran. Ye ke idak?...





fesyen 2016

Fesyen Baju Terkini dari Zalora!

January 13, 2016


Assalamualaikum.

Perkembangan penggunaan teknologi moden semakin mencapai kemuncak. Di mana-mana sahaja kita boleh rasa kemudahan yang lebih moden hasil daripada kebaikan teknologi baru yang serba canggih. Contoh paling mudah ialah shopping. Kalau dahulu kita terpaksa keluar untuk pergi beli sesuatu hatta ianya hanyalah barang yang remeh seperti barang dapur, barang keperluan asas dan macam-macam lagi. Alahai, banyak masa yang kita kena gunakan. Dengan letih lagi. Namun kini keadaan sudah berubah sama sekali. Kita sudah boleh shopping secara online! Yeay! Cik Rose salah seorang daripadanya. Suka shopping online. Jimat masa dan tenaga! Main klik-klik je.

Trend shopping online kini sudah melanda Malaysia dan ia semakin popular dalam kalangan rakyat di negara ini. Antara website online shopping Malaysia yang paling popular ialah butik fesyen online yang menjadi kegemaran ramai pencinta fesyen Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai fashionista. Anda pun tak terkecuali, kan?

Lihat saja antara rekaan yang digayakan oleh model di bawah ini, menarik kan. Kemas, moden dan stylista gitu!




Kini anda tidak lagi perlu keluar untuk dapatkan produk fesyen kegemaran anda. Sebaliknya anda boleh beli dan dapatkan koleksi fesyen baju terkini wanita secara dalam talian. Malah pembelian anda itu boleh dibuat secara terus dari rumah atau mana-mana sahaja yang anda rasa selesa. Wow, bukankah ini kedengaran sangat menarik? Semuanya di hujung jari anda! Namun anda harus bijak memilih. Sebagai pembeli pasti anda lebih teruja untuk membeli di laman sesawang yang menawarkan lebih banyak koleksi baju terkini wanita yang cukup meluas.




Wanita zaman sekarang mempunyai cita rasa ke atas fesyen yang sangat tinggi jika hendak dibandingkan dengan dahulu. Generasi wanita kini yang lebih urban lebih mengutamakan trend fesyen baju terkini dalam pilihan mereka. Apa yang penting ialah rekaan ke atas sesuatu baju itu. Wanita kini lebih berminat untuk memilih pakaian wanita yang hadir dengan rekaan moden, segar dan sesuai dengan arus fesyen semasa yang sedang hangat dalam pasaran. Ini membolehkan mereka menggayakan baju wanita yang sedang trending atau popular. Dengan erti kata lain mereka dapat menggayakan penampilan yang terbaru dan membuatkan mereka menjadi perhatian ramai yang melihat! Selain itu, penampilan yang menarik juga dapat memberikan keyakinan buat wanita, kan?. Apalagi, jomlah tengok-tengok apa yang terbaru di tahun 2016 ni. Pastinya tidak akan menghampakan anda sebagai penggemar fesyen!


lirik lagu

Lirik Lagu Ragu-Ragu – Syed Shamim & Tasha Manshahar

January 13, 2016

Lirik Lagu Ragu-Ragu – Syed Shamim & Tasha Manshahar
Di sudut hatiku ini
Apa yang ku rasa
Kau tak percayakan ku
Ku cuba untuk fahami
Apa yang kau rasa
Untuk kita berdua

Jangan khuatir dengan diriku
Kerna aku mampu menjaga diriku sendiri

Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap di sini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Aku engkau miliki
Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap di sini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Engkau yang aku cintai

Hariku diselubungi
Apa yang ku rasa
Buat ku jadi gila
Akan ku cuba fahami
Apa yang kau rasa
Untuk kita berdua

Jangan khuatir dengan diriku
Kerna aku mampu menjaga diriku sendiri

Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap di sini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Aku engkau miliki
Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap di sini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Engkau yang aku cintai

Baru ku rasa
Hatimu dan hatiku kini bersatu
Adakah mungkin
Perasaan ini kekal buat selamanya

Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap di sini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Aku engkau miliki
Jadi tak mahu ragu-ragu sayang
Aku tetap di sini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Engkau yang aku cintai


cuaca panas

NESCAFE AIS KAW !

January 13, 2016


Assalamualaikum.

Cuaca panas sekarang ni, asyik nak minum ais ja! Aduhai... Tak boleh amal selalu. Nanti sakit tekak. Tapi, tak mampu tolak bila tengok nescafe ais ni!


Lega tekak bila dapat nescafe ais. Maklumlah coffee lover. Wahhh gitu.

Apalagi, jom minum!




bahagia

ERTI BAHAGIA BAGI WANITA !

January 13, 2016


Assalamualaikum.




Hihi.. Jangan di tanya mengapa Cik Rose makin emm emm. Berani nak tanya?... hahaha.

Gambar kat atas tu sebagai hiasan saja. Tak mewakili perasaan Cik Rose. hew hew.

Sekarang ni kan, bila jumpa teman lama, semua pakat dok tanya 'wahh makin berisi la..hati senang ni.' Cik Rose senyum je :)

Ada pula yang saje je nak ambik hati Cik Rose.. Senyum-senyum cakap, 'Eh Ros dah kuruslah'. 'Badan Ros dah susutlah. 'Baju Ros dah longgarlah.' Hahahah. Ketawa je Cik Rose dalam hati ni. Saje je kan, hihi.. Perlilah tu. hihi. Berkatalah benar. Cik Rose tak apa-apa. haha. Memang kenyataan!

Sebenarnya orang tak tahu betapa bersungguhnya usaha Cik Rose nak turunkan berat badan ni. Tapi, tulah Cik Rose ni tak sampai hati nak menghancurkan hati orang. Malam sebelum tidur, dah nekad dah. Esok aku nak diet, nak exercise supaya dapat turunkan berat badan aku ni. Tapi, bila Cik Rose sampai tempat kerja, officemate ajak gi sarapan. Cik Rose tak sanggup nak hampakan perasaan dia. So, ikutlah gi sarapan. Balik dari sarapan tu, cakap dalam hati, 'tengahari ni tak yah makanlah. Diet.' Bila tiba tengahari, ada je pelawaan dari teman-teman. Tak gamak hati ni nak menolak. Takut teman berkecil hati. Gi makan.. Hahaha. Balik rumah, dah insaf ni tak nak makan. Tapi, segala macam makanan atas meja tu dok panggil-panggil. Apalagi, tanpa membuang masa, Cik Rose menjamu selera. Tak elok membazir, kan? Bila tiba time nak tidur, mulalah berazam kembali, esok aku kena diet!

Dan begitulah hari-hari yang berlalu sampai hari ni :)

Bila nak insaf ni Cik Rose?.. haha.

Sebenarnya, Cik Rose tak salahkan teman-teman yer. Nafsu Cik Rose ni yang tak dapat dikawal. hihi.. Cik Rose tak kuadddd... hew hew..

Apapun, diri kita, kitalah yang perlu mengubahnya. Jangan nak salahkan orang sekeliling atau keadaan yer!

Sendiri mau ingat!



indonesia

Lirik Lagu Gamma1 - Hidup Segan Mati Tak Mau

January 12, 2016




Penyanyi : Gamma1
Tajuk Lagu : Hidup Segan Mati Tak Mau

Howww Hoooooo
Semuanya telah kuberikan
Harta cinta dan kasih sayang
Apa yang belum kau dapatkan
Bahkan nyawa ku pertaruhkan
Kini kau hilang bagai ditelan alam
Aku disini tersakiti

Hidup segan mati tak mau
Saat aku pisah dari mu
Pahit rasa nya gula
Manis rasa empedu ku rasa

Engkau pergi tanpa berita
Habis kisah tutup cerita
Menagis dalam tawa
Senyum dalam derita kurasa... kurasa

Apa yang belum kau dapatkan
Bahkan nyawa ku pertaruhkan
Kini kau hilang bagai ditelan alam
Aku disini tersakiti

Hidup segan mati tak mau
Saat aku pisah dari mu
Pahit rasa nya gula
Manis rasa empedu ku rasa

Engkau pergi tanpa berita
Habis kisah tutup cerita
Menagis dalam tawa
Senyum dalam derita kurasa
Howww Hoooooo

Howww Hoooooo
Hidup segan mati tak mau
Saat aku pisah dari mu
Pahit rasa nya gula
Manis rasa empedu ku rasa

Engkau pergi tanpa berita
Habis kisah tutup cerita
Menagis dalam tawa
Senyum dalam derita kurasa
Kurasa howwwwww 


lirik lagu

Lirik Lagu Sayang – Faizal Tahir

January 11, 2016


Lagu Sayang – Faizal Tahir

Tiada yang lebih terindah
Selain kita, kau dan aku bersama
Biar ku sentuh dan rasa
Kasih yang mesra
Hanya kita yang tahu

Tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu denganmu

Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang tidur saja sayang
Setia di sini ku menjaga
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Waktu dan usia berlalu
Saksi padamu dewasa dan sempurna
Setiap air matamu hancur hatiku
Mahu kau senyum selalu

Biar luka diubati waktu
Tuhan selalu denganmu

Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang tidur saja sayang
Setia di sini ku menjaga
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Selamanya kau bidadariku
Takkan pudar senyumanmu yang pertama
Selamanya tetap kau sempurna
Sayang sayang

Sayang
Oh sayang tidur saja sayang
Lupakan saja semalam

Kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Sayang tidur saja sayang

kopi

KOPI TARIK KAW !

January 11, 2016


Assalamualaikum.

Selalunya memang akan beli nescafe tin je kalau teringin nak minum kopi segera. Kalau balik kampung dari Johor ke Kedah pun, memang akan beli nescafe je. Buat hilang mengantuk nak teman husband yang memandu. Perisa mocha, latte atau original!

Tapi,  masa balik kampung bulan 12 haritu, try beli yang lain. Wonda Coffee! Sebab masa tu wonda coffee buat promosi. Beli perisa Kopi Tarik.


Rasanya? Sedap! Hihi. 

So, lepas ni boleh tukar-tukar dah, antara nescafe dengan kopi tarik ni. Hew hew...



lirik lagu

LIRIK LAGU KEKAL BAHAGIA- IPPO HAFIZ (OST CINTA SI WEDDING PLANNER)

January 10, 2016




Lirik Lagu Kekal Bahagia - Ippo Hafiz

Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku [2x]
Kekal bahagia selamanya [2x]
Bahagia


batu pahat

NASI LEMAK CIK CHOM BATU PAHAT

January 10, 2016


Assalamualaikum.

Apa khabar semua?. Moga berada dalam keadaan yang baik yer.

Dah 2016 baru na publish entry Nasi Lemak Cik Chom. hihi. Baru perasan masih dalam draf. hew hew.. Maafkan ku!

Sehingga ke hari ni, rasanya dah 4 kali makan di sini. Viral di facebook tahun lepas kan?. Mesti ramai yang terjah kedai ni, kan?,

Tiap kali pergi, ramai je orang. Beratur agak panjang jugak :) 
Ada beberapa pilihan lauk yang boleh di cuba. Antaranya sotong raja, ikan siakap, ayam goreng, ayam chicken chop, puyuh dan telur. Setakat ni, pernah cuba sotong raja jer. Alhamdulillah, sedap!

Banyak hidangan dia. Tiap kali makan, saya kena kongsi. Tak larat nak habiskan. Ada sekali tu, pergi dengan kawan yang datang dari JB. Ambil sorang satu, akhirnya tak habis sebab kenyang.. Sayangnya.. huhu.

Inilah dia nasi lemak Cik Chom tu :


Timun digantikan dengan buah epal hijau. Nyum nyum. 

Bab air pulak. Memang kena kongsi sebab dihidangkan dengan gelas besar. Terlupa pulak nak ambil gambar. Harga pun double la :)

Buat warga Johor, terutamanya Batu Pahat, bolehlah singgah yer.

Alamatnya :

16, Jalan Kencana 1A/1,
Taman Pura Kencana,
83300 Seri Gading, 
Johor.

Keterangan lanjut, bolehlah jenguk ke laman facebook Warung Nasi Lemak Cik Chom  .


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion