doa

DOA NABI IBRAHIM

April 21, 2016

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua :)

Pagi ni, Cik Rose nak kongsikan Doa Nabi Ibrahim agar dikurniakan keturunan yang Soleh.. 


Usaha dan doa seiring. 



Bolasepak

KEPUTUSAN PERLAWANAN T TEAM VS KEDAH

April 20, 2016

Assalamualaikum.

Tengok bola tak malam ni? Siaran langsung di TV3, Selangor menentang Pulau Pinang. TV9 pula tunjuk Felda lawan PDRM. Cik Rose yang menyokong Kedah ni tengok updated di fb je la. Hihi. 


Setakat entry ini ditulis, masih seri antara Kedah dan T Team.. 
Nanti Cik Rose updated semula ya! Moga ada sinar kejayaan buat Kedah. 
Pssss: jangan keliru antara perlawanan Liga Super dan Piala FA yer ;)

Updated 11.05 malam : Kedah tewas kepada T Team dengan jaringan 4-1.





Al-Fatihah

DOA KEPADA ALLAH

April 20, 2016


Assalamualaikum.

Selamat pagi. Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan yang baik sahaja.

Pagi ini, marilah kita membaca Al Fatihah untuk dihadiahkan buat emak ayah kita. Buat orang-orang yang kita sayang. Buat orang-orang di sekeliling kita. Juga buat mereka yang telah meninggal dunia.



Minggu lepas, Cik Rose menerima berita emak Cik Rose di kampung yang diuji dengan masalah kesihatan. Bergegas Cik Rose pulang dari Batu Pahat ke Kedah menaiki bas. Hati ni hanya Allah sahaja yang tahu, Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Setelah beberapa hari berikhitiar, Alhamdulillah. Dengan izin dariNya, mak Cik Rose beransur baik. 
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Jangan pernah menyalahkan sesiapa. Jangan pernah menyerah. Sentiasa berusaha dan berdoa. Insyaallah ada jalan.


Moga kita lebih saling sayang-menyayangi antara ahli keluarga. Jangan ada jurang yang memisahkan kasih sayang itu.


lirik lagu

Lirik Lagu Di Amaran Mama - Hazama

April 07, 2016


Assalamualaikum.

Hari ni nak share lirik lagu baru nyayian Hazama iaitu Di Amaran Mama. Macam pelik je mula-mula dengar lagu ni. Dah lama-lama, melekat pulak! Hihi.



Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Awas datangnya seseorang

Dia ada sakti
Bikin duniamu
Senang-senang saja bergoncang

Mamaku kata lagi
Awasi orang ini
Dia kan jadi segalanya

Membuat kau ketawa
Juga akan berduka
Dan dalam kekuasaannya

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Cinta akan berkunjung datang

Tanpa engkau sangka
Dia di depan mata
Menyambut hatimu terbang pergi

Tanpa aku sangka
Kau di depan mata
Menyambut hatiku terbang pergi

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya


pendapat

PENDAPAT, KOMEN, ATAU KRITIKAN?

April 06, 2016

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik :)

Dah jadi lumrah, semua nak bercakap bila ada sesuatu isu besar yang berlaku. Semua nak tunjuk hebat, siapa yang lebih tahu dan siapa yang lebih arif.

Perkara sedimikian amatlah membimbangkan. Jika isu itu bukan dalam bidang kita, lebih baik kita tak terlebih-lebih ke hadapan untuk mengulas, kan. 





Sekadar pendapat dari Cik Rose. 

Begitu juga bila ada ihak yang melakukan kesilapan. Dengan pantas kita menyalahkan dan mahu menghukum tanpa mengetahui hal sebenar. 

Bayangkan jika hal itu berlaku pada diri kita, bagaimana pula rasanya? Apa pun, fikirlah dengan akal yang waras dan jangan terlalu mengikut perasaan secara melulu.



giveaway

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500

April 06, 2016



Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini

bola sepak

TAHNIAH KEDAH MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR PIALA FA 2016

April 06, 2016


Alhamdulillah. Tahniah buat negeriku, Kedah. Berjaya ke peringkat separuh akhir Piala FA 2016. Kemenangan dengan agregat 2-1 menentang Sabah tempoh hari.

Inilah dia barisan pemain Kedah menentang Sabah di peringkat suku akhir : 



Para penyokong hijau kuning yang sentiasa memberi semangat buat pasukan Kedah!


Kedah bakal menentang JDT di peringkat separuh akhir. Separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman pada 16 April ini. Manakala perlawanan separuh akhir perigkat kedua di larkin pada 30 April 2016.


Satu pesanan Cik Rose, walau pasukan apapun yang kita sokong, jangan melampaui batas. Jaga adab dan saling menghormati satu sama lain. Sukan menyatukan kita semua :)


Sumber gambar : fb KedahFA.




lirik lagu

LIRIK LAGU ASYIK - DAMASUTRA

April 05, 2016



Layan perasaan dengar lagu ni. Sesekali jiwang kan. hihi. Menusuk kalbu.

LIRIK LAGU ASYIK - DAMASUTRA

Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
Cintamu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Dan hanya kepadamu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu


blog

JEMPUT KE BLOG EKSA JKDM BATU PAHAT

April 04, 2016


Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya?.. Moga sihat sahaja yer. 

Korang tahu tak EKSA itu apa?.. Haa kalau dulu sibuk dengan 5S. Sekarang ni EKSA pula. Menggantikan 5S. 

Cik Rose ditugaskan untuk mengendalikan blog EKSA Jabatan.Faktor pemilihan Cik Rose, Cik Rose tak pasti. Mungkinkah sebab Cik Rose ada blog sendiri?. hihi.. Apapun, Cik Rose cuba sebaiknya untuk menerangkan tentang EKSA di blog tersebut. Memaparkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di Jabatan. Yang pasti gambar Cik Rose tak ada di blog tersebut. Cik Rose kan low profile. Hahaha.. 

Jemput singgah yer :

BLOG EKSA KASTAM BATU PAHAT

Terima kasih :)


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS