cpuv

CPUV NUFFNANG HINGGA 31 MEI 2016

May 31, 2016


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih ada cpuv yang on going. Walau bergerak perlahan, ada peningkatan. hihi. Ni sehingga hari ni, 31 Mei 2016. Di penghujung bulan Mei. 


Volkswagen Tactical Sales, Dove Salon Media Launch, Watsons, Volkswagen Vento, Mc Donald's Family, U Mobile.
 
Sedih sebab hujung bulan hari ni, tapi tak boleh cah out! huhu.


 

lirik lagu

LIRIK DEKAT TAPI JAUH - FORTEEN-OST Mr Boss Miss Stalker

May 31, 2016



LIRIK DEKAT TAPI JAUH - FORTEEN-OST Mr Boss Miss Stalker

Tidak pernah ku merasa
Tak tentu arah batinku menyiksa
Sejak ketemu dirimu
Degup jangtungku makin laju

Aku tak suka berpura
Sekiranya mahu akan ku kejar
Tetapi teragak juga
Andai terjatuh air muka

Kamu di depan mataku
Dekat tapi jauh
Jauh dari dakapanku
Namun teringin ku mengenali
Mengenali hati

Aku cuba menghampiri
Dekat tapi jauh
Jauh dari pantauanmu
Harus ku mencuba lebih lagi
Mengenali kasih
Dekat tapi jauh

Tak mahu dalam hatiku
Terburu-buru tidak menentu
Mungkin ku beriya-iya
Tapi kau hiraukan saja

Kamu di depan mataku
Dekat tapi jauh
Jauh dari dakapanku
Namun teringin ku mengenali
Mengenali hati

Aku cuba menghampiri
Dekat tapi jauh
Jauh dari pantauanmu
Harus ku mencuba lebih lagi
Mengenali kasih
Dekat tapi jauh

Na na na na na
Dekat tapi jauh
Na na na na na
Na na na na na
Dekat tapi jauh

Kamu.. dekat tapi jauh
Jauh dari dakapanku
Namun teringin ku mengenali
Mengenali hati

Aku cuba menghampiri
Dekat tapi jauh
Jauh dari pantauanmu
Harus ku mencuba lebih lagi
Mengenali kasih
Dekat tapi jauh
 

minuman

STARBUCKS - MENU PILIHAN KAMI

May 31, 2016

Assalamualaikum.

Sekali sekala layan starbucks. Bukan selalu, kan. Hari tu kebetulan ada hal di Kluang, singgah Kluang Mall Cari barang. Tu yang beli tu. 

Pilihan Cik Rose, Dark Mocha Frappuccino® Blended Beverage.



Ni pula pilihan cik abang, hot Cappuccino.


Sesekali minum, terasa puas! Kalau selalu, jemu kan. Poket pun nangis. hahaha.




Durian

MENGIDAM DURIAN TEMBAGA

May 31, 2016


Assalamualaikum.

Alkisah beberapa minggu sudah. Cik Abang teringin nak makan durian. Belum musim lagi abang! Cari sekitar Batu Pahat, payah nak jumpa. Kalau ada pun, mahal bukan main. Bukan berkira bab makan. Tapi, agak-agaklah nak tekan harga pada rakyat jelata macam ai ni. Hahaha..

Dah namanya rezeki, kebetulan kawan dia ada ke Jb untuk ambil isteri di kampung. Apalagi, minta tolong dia tengok di Pasar Borong Pandan. Alhamdulillah. Dapat durian tembaga. 3 biji, Rm 50. Ok la dari di sini harganya. 

Sedap! Cik Rose pula memang suka durian isinya warna kuning :)






Puaslah berdua makan 3 biji durian. hihi..

Alhamdulillah.. 

sabar menanti musim durian. Bila dah musim, harga pun jatuh. Ha tu yang Cik Rose suka.

Sape penggemar durian mesti tak sabar kan :)

 

lirik lagu

Lirik Lagu Hang Pi Mana – Khalifah

May 31, 2016

Assalamualaikum.

Salah satu lagu yang masuk telinga Cik Rose sekarang ni. hihi. Cepat je nyanyi sekali sebab rancak lagu ni kan. Nak-nak pulak loghat kampung sendiri kan. Hahaha.. 

Macam biasa, Cik Rose kongsikan liriknya yer.


Lirik Lagu Hang Pi Mana – Khalifah

Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana


Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana

Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga


Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta

Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana


Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana


Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga


Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga


Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa


Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar


Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana

Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi jaga saja


Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana


coffee lover

NESCAFE LATTE COCONUT MEMANG SEDAP!

May 30, 2016

Assalamualaikum.

Kalau sebelum ni saya ada review tentang Nescafe Latte Mocha. Boleh baca di sini --> NESCAFE LATTE MOCHA SEDAP KE ? 
Kali ni nak review Nescafe Latte Coconut pulak.

Sedap ke tidak?. Sejujurnya sedap! Kena dengan tekak Cik Rose. Aroma kelapa dia tu menusuk jiwa. Hahaha.. Minum panas-panas, alahai sedapnya :) Rasa nescafe dan kelapa dia tu seimbang tau. 

Tapi, selera kita kan berbeza. Ada yang suka, ada yang tidak. Bagi Cik Rose, sedap dan boleh diulang minum. Cuma, bukanlah hari-hari kan.

perubahan

TUKAR TEMPLATE BARU

May 30, 2016


Assalamualaikum.

Selamat pagi. Apa khabar semuanya. Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik.
Minggu lepas sajalah tengok-tengok blog. Sekali rasa nak tukar template. Buat sendiri jer, walau hasil biasa-biasa je, Cik Rose puas hati. Sebab hasil tangan sendiri. hihi.

Tapi, ada satu masalah. Pageview jatuh merudum pula. Nak sedapkan hati sendiri, cakap je 'ala, mula-mula je macam ni. Dah lama nanti ok.' Hahaha.. 
 

Dia jadi ".my". Jadi Cik Rose dah follow tutorial kembalikan ke ".com". Sebenarnya ia mempengaruhi tak pageview blog kita?

Help me :)

 

lirik lagu

Lirik Lagu Sudah Ku Tahu - Projector Band

May 30, 2016


Assalamualaikum.

Sana sini orang dok nyanyi lagu Sudah Ku Tahu nyanyian Projector Band ni. Dengan di aplikasi Smule nya. Siapa tak kenal Khai Baha kan? Tak kurang jugak yang karaoke sendiri walaupun suara tak sampai nak tarik part chorus. hikhik. Takpe, yang penting usaha! hihi. 

Tapi, sejujurnya lagu ni bukanlah menjadi kegemaran Cik Rose. Tak tahu kenapa. Tak boleh masuk dengan jiwa. Baik penyanyi asal mahupun sape-sape yang nyanyi semula. Jangan marah yer penggemar lagu ni. Di sini, Cik Rose kongsikan liriknya buat semua yang mencari-cari. 
 
Release_Projector_Sudah-Ku-Tahu 

 Lirik Lagu Sudah Ku Tahu - Projector Band

Seringkali aku menduga
 
seringkali ini terjadi
 
segala rahsia sudah ku tahu
 
rupanya aku tak dicintai

 
Untuk apa kau buat ku begini
 
segala apa yang telah ku lakukan
 
Airmataku mengalir dipipi
 
segala yang ku korbankan tuk dirimu

 
Mengapa masih lagiku
 
bediriku menunggu cintamu
 
mengapa masih adamu
 
menyakiti di siang malam
ku
aku terima cintaku dipersiakan wooo !!!

 
C/O Sayang !! 
 
aku kau lupa
 
aku kau luka
 
tanpa kau sedar
 
Sayang !!
 
selamat tinggal
 
akukan pergi
 
buat selamanya
 
Aku pasti kau bahagia tanpaku selamanya.







disclaimer

Disclaimer

May 29, 2016

Assalamualaikum.

Semua penulisan di dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dan tiada kena mengena dengan individu atau kumpulan tertentu.

Blog Inilah Realiti Bukan Fantasi telah ditubuhkan pada 31 Oktober 2011. Sebarang peniruan atau penyalinan tajuk blog, gambar pada blog dan isi blog adalah tidak dibenarkan jika tidak mendapat kebenaran penulis.



about

About

May 29, 2016

Assalamualaikum.

ini mula dibina pada 31 Oktober 2011. 


Sebenarnya sebelum blog ini, ada blog yang lain. Namun hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam, orang kata.

Namun, Alhamdulillah. Blog ini kekal hingga hari ni.

Minat dalam bidang penulisan yang menggerakkan Cik Rose untuk membina blog ini. Sekadar berkongsi pengalaman dan luahan rasa untuk kenang-kenangan di hari mendatang.

Moga penulisan Cik Rose membawa impak yang positif buat pengunjung blog ini.

Terima kasih sudi hadir dan memeriahkan blog ini.


minuman

NESCAFE LATTE MOCHA SEDAP KE?

May 26, 2016

Assalamualaikum.


Inilah dia nescafe baru. Latte Mocha. Sedap ke tak? Korang dah rasa ke belum?

Cik Rose dah rasa. Sedap memang sedap. Tapi rasa dia more tu chocolate. Rasa nescafe tu tak de. Bagi penggemar nescafe macam Cik Rose ni dah tentulah nak rasa keenakkan haruman nescafe kan. Hihi. Buat yang kurang gemar rasa nescafe, bolehlah cuba. Dia soft jer. 

Untuk Cik Rose, lagi gemar yang nescafe white coffee. 

Tapi, Cik Rose bukanlah amalkan minum hari-hari. Jangan salah anggap yer. Kadang-kadang je minum ;)


keyword

KEYWORD BLOG : SUMBER NUFFNANG

May 24, 2016

Assalamualaikum.
 
Oleh kerana dah agak lama tak jengah blog sendiri dan juga akaun Nuufnang, hari ni tergerak hati nak tengok. Sajalah nak tengok duit nuffnang ada peningkatan ke tidak. hihi. Mengharap dan terus mengharap. Hikhik.
 
Jadi, inilah dia keyword popular sepanjang bulan lepas :


Alhamdulillah, entry "Kenapa Mata Asyik Berkedip-kedip" masih menjadi pilihan pembaca blog ni.. Ramai yang singgah hasil carian google di entry tu :)

Terima kasih buat semua yang masih sudi bertandang ke sini ya!

 

Segmen

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

May 24, 2016





Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Bezday

9 MEI 1988

May 11, 2016


Assalamualaikum.


~9 MEI 1988~

9 Mei 2016, genap usia 28 tahun. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. 
Usia semakin hari semakin meningkat. Diberikan kesempatan masih bernafas di Bumi Allah. Alhamdulillah. 

Terima kasih emak. Kerana melahirkan. Terima kasih emak dan ayah. Menjaga, mendidik, mencurah kasih sayang, berkorban demi membesarkan anakmu ini.Sentiasa di sisi dalam apa jua keadaan, walau kini kita terpisah dek jarak. Jarak hanyalah jarak.  Alhamdulillah.

Terima kasih suami. Menjadi teman hidup sedari  30 September 2011 hingga kini. Moga berkekalan hingga akhirnya. Alhamdulillah.

Terima kasih adik beradik, teman bergaduh, teman berbual, teman berkongsi apa sahaja. Along, Ayie, Kakyang, dan Sapit. Alhamdulillah.

Terima kasih anak-anak sedara. Boleh Mak Uda menumpang kasih dan manja. Nel, Nya, Koci, Mahdi dan Adik. Alhamdulillah.

Terima kasih buat teman-teman. Memberikan kata motivasi, tempat meluahkan perasaan, berkongsi suka duka. Alhamdulillah.

Moga apa yang kita kecapi, tidak membuatkan kita alpa dan terus hanyut. Moga semua yang terjadi membawa kesan yang positif dan baik buat kita semua. Moga kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam. 

Walau terkadang kita jatuh, rebah, alpa, hanyut... Moga kita bisa bangkit kembali berdiri teguh. 

Moga kita tidak memandang rendah keupayaan, kelemahan yang di sekeliling kita. Moga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan apa yang terjadi.

Psss : Terima kasih buat semua yang memberikan ucapan dan yang mendoakan yang baik-baik untuk saya. Sama ada secara terus, atau melalui facebook, whatsaap, dan lain-lain. Alhamdulillah. Terima kasih banyak. Ingatan dari anda membuat saya rasa bersyukur, kerna masih ada yang berada di sisi saya :) Alhamdulillah.


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion