lirik lagu

Lirik Lagu Katakan – Harris Baba (OST CINTA 11 SYARAT)

June 29, 2016



Lirik Lagu Katakan – Harris Baba (OST CINTA 11 SYARAT)

Tiada apa lagi perlu ku katakan
Kerna kau tahu semua
Tak pernah ku berahsia

Dan mungkin satu saja yang takkan terjelas
Rasa yang aku rasakan
Hanya untuk kau saja

Sampai sudah waktu yang lama ku tunggu
Biar lama tetap saja kau ku tunggu

Katakan kata padaku
Kita kan bersama harungi semua darling
Tiada lain ku mahu
Hanya kau satu untukku
Hanya kau satu untukku

Tiada lain mampu membahagiakan ku
Ku mengharap kau pun sama
Sampai mati ku setia

Sampai sudah waktu yang lama ku tunggu
Biar lama tetap saja kau ku tunggu

Katakan kata padaku
Kita kan bersama harungi semua darling
Tiada lain ku mahu
Hanya kau satu untukku

Doaku semoga kau dan aku
Selamanya kan bersama
Di hatiku hanya kau yang satu
Sempurnakan diri aku

Katakan kata padaku
Kita kan bersama harungi semua darling
Tiada lain ku mahu
Hanya kau satu untukku

Katakan kata padaku
Bersama harungi semua darling
Tiada lain ku mahu
Hanya kau satu untukku
Hanya kau satu untukku
 
 

Viral

ISU VIRAL DAN SABAR

June 29, 2016


Assalamualaikum. 

Apa khabar semuanya. Moga sihat saja yer.

Dalam seminggu dua ni, banyak sungguh isu-isu dala negara kita hingga menjadi viral. 

Dari isu politik, agama, kesihatan, sosial dan lain-lain. 

Apa yang Cik Rose perhatikan, bila ada je sesuatu isu yang viral, ramai yang tak nak kalah. Maksudnya, yang tak terlibat dalam satu situasi tu pun, nak jugak memberikan komen/pendapat. Tak salah nak berikan pendapat/komen. Tapi, mintak tolong sangat supaya menulis atau meluahkan pendapat berlandaskan ilmu yang ada dalam sesuatu bidang. Jangan terlalu mengikut perasaan. Jangan selalu menggunakan perkataan 'benda ni dah jadi kat anak kawan jiran aku punya member bla bla bla'.. hihi. Maksud Cik Rose, benda tu tak sahih pun. Tapi dek kerana tak nak ketinggalan, tu yang komen jugak. Hihi.

Kadang-kadang bila terbaca, kita pula yang rasa nak jawab balik. Tapi, jangan cepat melatah. Sabar. Sabar itu kuncinya. Tahan diri dari terlibat dalam kemelut yang akan mengeruhkan keadaan. 

Cik Rose pun hampir terjebak tadi. Baca satu post di fb, terasa panas jer. Astagfirrahalazim.
Nasib tersedar. Terus klik 'x'. Hikhik. Biasalah, kita ni manusia. Ada perasaan dan pendapat sendiri. Namun, cuba belajar berlapang dada dan menerima pendapat orang di sekeliling kita. 

Bila kita positif, berkawan dengan individu positif, dalam suasana positif, InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja. 

Kawal emosi, kawal hati, kawal kata-kata, kawal tingkah laku. 


kesihatan

TANDA PENYAKIT BUAH PINGGANG

June 27, 2016

Assalamualaikum.

Perkongsian dari facebook Kementerian Kesihatan.

Beekenaan Buah Pinggang. Tanda dan gejala, langkah pencegahan, dan cara mengesan penyakit buah pinggang.

Jom kita lihat :


Tanda dan Gejala penyakit buah pinggang:-

  • Badan berasa mudah letih.
  • Hilang selera makan, rasa loya dab muntah.
  • Kerap kencing terutamanya waktu malam.
  • Bengkak pada kaki dan muka.
  • Sukar bernafas.
  • Gatal pada seluruh badan.
  • Pucat.

Cara untuk mengesan penyakit buah pinggang (ginjal) pada peringkat awal.

  • Ujian air kencing.
  • Pemeriksaan tekanan darah.
  • Ujian darah.

Langkah-langkah pencegahan :-

  • Menjalani pemantauan, atau saringsn kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah.
  • Mengawal paras gula dan kolestrol dalam darah.
  • Memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetes adalah baik.
  • Jangan makan ubat sembarangan tanpa arahan dari doktor.
  • Mengamalkan cara hidup yang sihat - makan secara sihat, berhenti merokok dan bersenam.


Moga bermanfaat buat semua.


kesihatan

PETUA UNTUK MEMERAHKAN BIBIR

June 27, 2016

Assalamualaikum.

Memiliki bibir yang merah memang menjadi idaman setiap wanita kan. Kadang kala, bila selalu memakai lipstick, membuatkan bibir kita kering dan berubah warna sama ada pucat atau kehitaman.

Nak buat macam ni? 

Dah try pelembab bibir pun masih tak berubah?

Jangan risau. Ada lagi caranya. Hihi 

Guna madu.


Yes, M.A.D.U.

Caranya, sapukan madu asli pada bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. InsyaAllah nanti bibirkita akan menjadi kemerahan seperti memakai lipstick!

Selamat mencuba.

Moga bermanfaat.

kesihatan

PETUA HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

June 26, 2016

Assalamualaikum.

Mesti ramai yang mengalami masalah leban bawah mata kan? Orang selalu gelarkan ' mata panda '. Oh no! 

Banyak faktor lebam bawah mata ni. Antaranya tak cukup tidur, tidur yang tak berkualiti, pencuci muka yang tak sesuai, dan banyak lagi kan.

Ramai yang ambil keputusan mudah, tutup dengan cc cream, foundation, bedak. Bila cuci make up, nampak semula mata panda tu, kan?

Apa kata cuba petua mudah. 

Guna uncang teh!



Lepas korang bancuh air teh tu, uncang teh tu jangan buang. Simpan. Berguna tau. 

Caranya, letak uncang teh yang dah digunakan tu pada mata dan biarkan seketika. Ada yang kata letak semalaman. Tapi, macam susah kan. Cik Rose tahu korang tidur lasak. Hihi. 
Kirang cuba buat 3 kali dalam seminggu. 

Lagi satu cara, guna timun.


Potong timun yang baru keluar dari peti ais. Ambil potongan timun tu lekap kat mata. Sejuk je rasa. Selain fungsi dia boleh merehatkan mata kita yang letih tu, boleh juga menghilangkan lebam bawah mata. Yang ni Cik Rose selalu buat.

Selamat memcuba!

Moga bermanfaat.


perkongsian

SERING SAKIT KEPALA?

June 26, 2016

Assalamualaikum.

Cik Rose kongsikan 3 jenis sakit kepala. Ambil dari fb. Ada beza setiap jenis sakit kepala ni. Ada migrain, ada cluster, ada tension.  Tapi, susah juga nak bezakan jenis sakit ni. Tak sure yang mana satu Cik Rose rasa masa sakit kepala dulu. Asyik fikir mungkin migrain. Tapi, ada banyak jenis sebenarnya.


Jaga kesihatan diri dan keluarga, ya!


Family

Beli KIT KAT PERCUMA BEAR COMEL

June 25, 2016

Assalamualaikum.

Wahh sekarang ni kalau beli Kit Kat percuma satu bear comel! 

Tengok tu anak sedara Cik Rose siap bergambar nak tunjuk kat Mak Ude dia ni ha.. oh Mak Ude jeless. Hihi


Mak Ude nak jugak bear tu. Mak Ude tak beli sebab tak berapa nak makan Kit Kat. Terlalu manis bagi Cik Rose. Nanti sakit gigi. Betul tau. Pernah gigit chunky keluaran Kit Kat juga. Sakit gigi masa gigit. Huhu. 

Lain orang, lain citarasa. 

Hormati perbezaa kita :)


chicken chop

Makan Di Restoran Lesung, Sungai Petani

June 25, 2016



Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita tentang Restoran Lesung di Sungai Petani. Restoran ni kira baru jugaklah. Cik Rose pergi makan kat situ beberapa hari sebelum puasa, masa balik kampung hari tu. Restoran ni di Bandar Laguna Merbok. Kedudukan dia strategik jugalah, sebab terletak di deretan kedai di tepi jalan Bandar Laguna Merbok.

Kat kedai ni ada masakan panas(goreng-goreng) , western food, dim sum, dan pau. Banyak jugak pilihan. Sesuai kalau kita pergi dengan keluarga yang besar dan mempunyai selera yang berbeza. Wahh gitu! hihi. Boleh je pilih nak makan apa kan.

Malam tu Cik Rose dan kakak order Chicken chop. Abang order Lamb Chop. Adik order Fish and Chip. Anak sedara order sandwich dan pau. Lepas tu, kitorang bungkus mee goreng dan mee kuah untuk mak ayah. Bagi selera kitorang, western food dia memang sedap! Cuma part mee goreng tu kurang sikit. Yelah kan, selera kita kan berbeza-beza. 

Inilah dia Lamb Chop tu:


Ini pula Chicken Chop :


 Gambar menu lain tak sempat ambil sebab kusyuk makan. hihi..

Kalau korang yang berada di Sungai Petani, atau yang berdekatan, boleh la berkunjung ke Restoran Lesung ni yer. 

Alamatnya :

No 6 & 8, Lorong BLM 1/2, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah.

 SUMBER GAMBAR : GOOGLE

Servis pun pantas tau. Kalau Cik Rose balik kampung, Cik Rose akan berkunjung lagi ke sini.

 

doa

Doa Lailatul Qadar

June 24, 2016


Assalamualaikum

Cik Rose kongsikan doa Lailatul Qadar untuk semua.


Moga bermanfaat.


cantik

Shawl oren sunkist!

June 24, 2016

Assalamualaikum.

Alkisahnya sehelai shawl!
Kenapa dengan shawl ni?


Abang Cik Rose menang contest di group fb. Hadiahnya ialah sehelai shawl. Warna? Oren sunkiat je Cik Rose panggil. Hihi..

Abang Cik Rose nak hadiahkan buat Cik Rose. Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan!.


cpuv

CPUV ON GOING DI NUFFNANG

June 23, 2016

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 

Cik Rose buka akaun Nuffnang, dan masih ada yang masih on going hari ini. Ada satu lagi pertambahan iaitu SHELL HELIX 2016.


RIBENA MOMENTS
TNB CAMPAIGN
SME-MICROSOFT
DENTSU-HONDA CITY
KLEENEX VANILLA
SHELL HELIX 2016
 
Moga terus meningkat angkanya.
Terima kasih NUFFNANG!



 

 

Bezday

Happy Birthday Adik!

June 23, 2016

Assalamualaikum.

Cerita semalam - 22 Jun. 
Hari ulangtahun kelahiran anak sedara Cik Rose, Muhammad Arif Fikri atau panggilan manjanya, Adik. 

Dah genap 5 tahun. 
22 Jun 2011.


Moga membesar menjadi anak yang soleh, sayang!

Mak Ude love you!



chicken chop

Restoran Leboss Sungai Petani

June 23, 2016

Assalamualaikum.

Maaf yer pagi-pagi ada gambar makanan yang menyelerakan. hihi.

Ni cerita beberapa hari sebelum bulan puasa tau. Cik Rose balik kampung sat. Kakak belanja makan kat Restoran Leboss. 

Apa yang boleh Cik Rose cakapkan, memang sedap makanannya. Saiz hidangannya besar. Pelabagai menu western ada. Pekerja yang mesra dan pantas. Suasanan restoran yang best!

Cik Rose tunjukkan antara hidangan yang kitorang order.

 Chicken chop with blackpaper sauce. 
-Untuk makluman, kalau kita pilih menu chicken chop, lamb chop atau fish and chip, kita boleh pilih 2 sidedish. Antaranya nasi goreng, macaroni cheese, potato chips, salad, mix vegetable, garlic bread. Ada lagi yang Cik Rose tak ingat. hihi.
So, pilihan Cik Rose ialah chicken chop dengan sos blackpaper ditambah nasi gorang dan potato chips.
Sedap! 


Yang ni pulak pilihan adik Cik Rose, Fish and Chip. Dia pilih mix vegetable dan salad. Pun sedap!


Ni pilihan kakak Cik Rose, chicken chop with mushroom sauce. Dia pilih garlic bread dan potato chips sebagai menu tambahan. Sedap tau rasa mushroom sauce tu!


Dan kami juga bungkuskan Nasi goreng kampung untuk anak sedara. Pun sedap. Ada sate lagi! Besar-besar pula isi ayam dia. 

Untuk yang berada di Sungai Petani, Kedah atau yang berhampiran, bolehlah singgah yer. 

Ni alamatnya :

201, 202, Jalan Lagenda 7, Lagenda Height, Sungai Petani, 08000, Sungai Petani, Kedah.

Selamat mencuba!



Makanan

REDEEM QUAKER OAT 3 IN 1 DI WOOP

June 23, 2016


Assalamualaikum.

Inilah dia Quaker oat 3 in 1. 
Alhamdulillah, dah selamat sampai pada 21 Jun lepas. Cik Rose redeem di woop.my


Tak pernah cuba sebelum ni. Dah dapat ni bolehlah rasa. Kalau kena dengan tekak Cik Rose nanti boleh beli. Hihi. 

Sangat mudah yang ni. Campur air panas je. Jenis segera punya. Tengok kat bungkusan dia menarik sungguh! Nanti boleh campur buah-buahan sikitlah. 

Alhamdulillah, rezeki Ramadhan. 


8share

TUKAR HANDPHONE LAMA DENGAN IPHONE DI MAXIS!

June 22, 2016


Assalamualaikum.

Malam-malam ni Cik Rose nak cerita tentang handphone! Cepat je perjalanan kemajuan handphone sekarang ni kan. Baru je keluar model A hari ni, minggu depan dah ada model B. Belum sempat tengok B, dah ada C pula! 

Untuk individu macam Cik Rose ni, tak kisah sangat. Selagi masih ok, Cik Rose guna je sampai ia tak dapat berfungsi! Guna sampai habis. Haa gitu konsepnya. 

Tapi , berlainan dengan pencinta gajet kan? Sentiasa mengejar latest model. Baru up-to-dated gitu! 

Lain pula pencinta keluaran Apple. Iphone sentiasa di hati.


Bagi pencinta Iphone menganggap Iphone berada dalam kelas yang tersendiri. 

Untuk korang yang guna handphone selain Iphone, tapo berminat nak try pakai Iphone. Ha, meh Cik Rose nak share caranya! 

Tak yah beli baru. Korang pergi Maxis  berdekatan, bawa handphone yang korang pakai sekarang ni. Trade in! Ye, trade on je.


Memang berbaloi-baloi!

Nak tahu lebih lanjut cara nak trade in ke Iphone? 

Boleh baca kat sini :

Tawaran yang menarik bagi pencinta gajet ni!



ramadhan

REZEKI RAMADHAN : KERJASAMA KALI KEDUA BERSAMA ZALORA.

June 22, 2016


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 

Cik Rose dapat jemputan dari wakil pihak ZALORA untuk berkerjasama semalam. Ini kali kedua buat Cik Rose.


Boleh baca entry tu kat sini yer : WARNA EYESHADOW KETIKA RAYA.

Rezeki Ramadhan. Dapat duit raya RM100. Alhamdulillah. Tapi, masih mencari-cari lagi nak beli apa di ZALORA. Mungkin nak guna baucer tu lepas raya kot. Takut beli sekarang, lambat sampai pulak. Hehehe..

Hai ZALORA! Jangan segan-segan nak berkerjasama lagi dengan Cik Rose yer ;)


CATERING

CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI DAN MERBOK

June 22, 2016


Assalamualaikum.

Meh cakap kat Cik Rose. Sape yang kata lelaki ni tak pandai masak?. hihi.
Cik Rose dikelilingi lelaki yang pandai masak tau. Ayah pandai masak. Suami pandai masak. Dan yang Cik Rose nak ceritakan dalam entry ni, berkenaan adik lelaki Cik Rose. Memang pandai masak. Cik Rose pun kalah! Cakap je nak makan ape, InsyaAllah dia boleh masakkan. Dan hasilnya sedap!

Tengoklah kat bawah ni. Dia masak nasi hujan panas, ayam masak merah, daging masak hitam dan acar nenas & timun. Nasi tu memang kitorang request nak colour tu.


Tengok kejadian nasi. Tak lembik, tak keras, Sedang-sedang elok jer. Cik Rose pun tengah belajar lagi dengan dia. hihi.


Kasi zoom sikit nasi hujan panas ni :


Ayam masak merah yang super duper lazat!Tengok, Cik Rose ambil gambar dalam kuali terus. Tak sempat bubuh dalam mangkuk. Hahaha. Tak menyempat nak ambik gambar!


Daging masak hitam! Yang ni kesukaan semua ahli keluarga! Ya Allah, sedap! Adik Cik Rose tak  guna resepi mak tau. Dia olah sendiri. Bile kitorang adik beradik tanya resepi, tak nak cakap! Sampai hatimu tau, Sapit! Tak kira, balik cuti nanti, nak suruh dia masak lagi dan nak curi-curi tengok dia letak bahan apa. hikhik.


Zoom sikit! Lembut je dagingnya ni. Cik Rose bagi 5 bintang :)


Gambar acar nenas dan timun lupa nak ambil awal-awal. Alih-alih dah nak habis, baru teringat nak ambil gambar. hihi.. Jadilah kan :)


Sekarang ni, memang adik Cik Rose ni ambil tempahan untuk sebarang majlis, seperti kenduri kecil-kecilan, majlis pertunangan, majlis akad nikah, majlis hari lahir, majlis berbuka puasa, moreh, mesyuarat dan jamuan. Ala, kalau nak buat makan sendiri sesama ahli  keluarga pun boleh je. 

Untuk yang berada di sekitar Merbok, Semeling, Bedong dan Sungai Petani, bolehlah hubungi adik Cik Rose ni untuk tempahan. Nama dia Faizzmeer Syafiq. Tapi, kitorang panggil Sapit jer. hihi.

Boleh hubungi nombor di bawah yer :

Sapit = 017-4194990

Puan Radziah (mak ) = 017-2735576


InsyaAllah dijamin sedap dan segar. Menunya pelbagai. Tapi, yang selalu orang tempah ialah Nasi Beriani, Nasi Arab, Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas, Nasi Ayam dan Nasi Tomato. 

Pelbagai jenis puding pun ada. Yang hot ialah Puding Oreo. Nanti dari semasa ke semasa, Cik Rose kongsikan gambar yer. 

Terima kasih sudi membaca entry ni.




minuman

JOM BUAT SENDIRI CHOCOLATE ICE BLENDED

June 22, 2016

Assalamualaikum.

Hari ni nak share cara mudah menyediakan ice blended di rumah. Terpulang nak perisa apa. Cik Rose buat perisa coklat! Senangnya. Tak perlu beratur di kedai menunggu pesanan ice blended!

Jom kita tengok caranya :

Bahan yang diperlukan hanyalah air kotak susu coklat. Boleh pelbagaikan perisa. Cik Rose guna Dutch Lady Coklat. Dan ais kiub. 




Masukkan dalam blender. Terus blend.


Siap!. Hahaha.. mudahkan :)


Pandangan dari atas :


Senangkan. Ice blended Coklat homemade gitu!

Islam

Bila Habis Waktu Sahur?

June 22, 2016



Bila Habis Waktu Sahur?

Ada orang yang bersahur terlalu awal sedang waktu subuh masih beberapa jam lagi. Ini tidak menepati amalan Nabi s.a.w. Baginda Nabi s.a.w melewatkan bersahur sehingga tinggal baki beberapa minit sebelum masuk waktu subuh. Kata Zaid bin Thabit:
“Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Waktu sahur pula berterusan sehingga masuk waktu Subuh. Selagi tidak masuk waktu Subuh seseorang masih boleh bersahur. Masuknya Subuh adalah waktu imsak (bermula puasa) yang sebenar, bukan beberapa minit sebelum itu. Ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda. Kata isteri baginda ‘Aishah r.aha:
“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis Muslim pula, baginda bersabda:
“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.
Hal ini selaras dengan kenyataan al-Quran: (maksudnya):
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

SUMBER : DRMAZA.COM

 

lirik lagu

Lirik Lagu Baru Ezad Lazim - Demi Cinta

June 22, 2016

Assalamualaikum.

Mendayu je Cik Rose nak dengar lagu baru dari Ezad ni. 

Kat sini Cik Rose kongsikan liriknya yer.

Lirik Lagu Demi Cinta - Ezad Lazim

Ku sedar ku berdosa
Kerna sering menyakitimu
Membuatkan kau terluka
Berteman rasa kecewa


Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu


Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta


Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu


Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

 

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

 

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

 

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

 

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

 

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

 

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia


eyeshadow

Warna Eyeshadow Sesuai Ketika Raya

June 21, 2016




Assalamualaikum.

 Lagi berapa minggu je lagi kita semua akan menyambut Hari Raya dan sudah semestinya ramai diantara kita yang sudah mula membuat persiapan, kan? Dari pembelian perhiasan rumah, tempahan kuih raya, baju raya yang baru dan banyak lagi. Cik Rose pun tengah sibuk ni. Mana nak buat dulu ni. hihi.Well, ada satu perkara lagi yang harus diambil berat oleh ramai wanita – jenis makeup raya yang sesuai! Mesti semua nak berseri-seri di pagi raya, kan?

Jika sebelum ini korang tak pernah ambil berat jenis teknik solekan yang bersesuaian dengan tona kulit korang dan event yang korang pergi, apa kata Raya tahun ini korang tampil dengan sedikit kelainan dan tampil dengan lebih menyerlah? Ha, for starting, kita KIV dahulu teknik solekan bahagian muka yang lain dan sekarang kita fokus kan pada bahagian yang terpenting iaitu mata. Korang tahu tak pemilihan warna eyeshadow adalah sangat penting dan boleh memberikan impak yang besar pada keseluruhan rupa paras korang?





 
Pilihan terbaik adalah warna-warna yang lembut seperti pastel dan earth colours. Stick to teknik solekan natural yang sesuai untuk semua jenis acara dan tidak mengira apa jua tona kulit muka anda. Nampak natural beauty gitu!


Selain itu, korang juga boleh menggunakan warna bronze atau pilihan warna keemasan untuk penampilan yang lebih glamour but don’t over do it ok? Janganlah over pulak, nanti jadi meriah sangat mata tu! hihi.



Dan warna eyeshadow yang WAJIB korang elakkan adalah warna-warna yang terlalu terang.Tentu sekali big no untuk teknik smokey eyes.NO NO NO! Teknik solekan sebegini hanya sesuai kalau korang hadiri jamuan makan malam dan seumpamanya. Di pagi raya, biar make up natural jer. Baru terserlah kecantikan sebenar korang, kan.
 

Remember, just stick to natural makeup during this Raya!

Jom cantik sama-sama yer :)

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion