delicious

Celebrated Birthday di Starbucks

July 27, 2016


Assalamualaikum.

Ni cerita masa birthday adik Cik Rose. Kitorang jalan-jalan Kluang. Singgah Kluang Mall. Adik Cik Rose redeem sepotong kek sempena hari lahirnya. Dia ada card starbucks tu. Rupanya kita boleh dapat sepotong kek sempena birthday. Tak kisah kek apa pun. 

Adik Cik Rose suruh Cik Rose yang pilih. Nebesss nak pilih kek! Hahaha mengadanya!


Itulah dia yang menjadi pilihan. Pastu order dark mocha dan mocha paraline. Dengan tuna tomato tu. Makan bertiga. Cik Rose, adik dan abang. 

Lama juga lepak kat situ. Borak-borak mengimbau kenangan kami adik beradik. 


buah

RESEPI MANGGA ASAM BOI SEDAP

July 26, 2016

Assalamualaikum.

Baru-baru ni Cik Rose ada ambil beberapa biji buah mangga di pejabat. Ada pokok kat sana. Alhamdulillah. Dok tengok ja, teringin pula. 

Balik rumah, kupas nak makan. Masam la pulak. Ambik sebiji cicah ngan gula,garam dan kicap. Yang selebihnya perap ngan asam boi! Letak dalam peti ais. Sedap aih! Buh gula, garam dan asam boi.  


Sesekali dia mai teringin tu, macam-macam nak! Hihi.


aiskrim

MAKAN AISKRIM DI SANG KAYA, KLUANG MALL

July 22, 2016

Assalamualaikum. 
Apa khabar semua? Moga sihat sahaja yer. Cik Rose rasa nak demam pula.. tekak pun perit sikit. Tapi masih boleh bertahan 💪💪💪. 

Nak cerita tentang Sang Kaya. Korang dah rasa ke belum? 



Cik Rose selama ni dok tengok orang post pasal Sang Kaya, Sang Kaya. Tertanya juga apa yang best? Hanya tahu masa tu Sang Kaya ni aiskrim kelapa jer. 

Nak jadi cerita, minggu lepas family Cik Rose datang. Jadi, Cik Rose dan adik ikut abang pergi Kluang. Batu Pahat dengan Kluang bukan jauh mana kan. Abang Cik Rose nak mengimbau kenangan katanya. Dulu dia pernah berkhidmat di Kem Mahkota, Kluang sebelum bertukar ke Perlis. So, kitorang pun pergi bertiga. 

Singgah Kluang Mall. Nak cuci mata katanya 😎😎😎. Sekali ternampak Sang Kaya! Eh, eh dah lama teringin nak rasa. Hihi. Singgahlah beli satu jer. Konon nak rasa je kan.

Tadaaa :


Korang.... Sedap! Bagi tekak Cik Rose la... Ambik yang aiskrim dalam tempurung ni. Ada isi kelapa dengan 4 scoop aiskrim. Boleh pilih 3 topping. Aiskrim pun boleh pilih nak perisa apa. Ada pilihan original(aiskrim kelapa), coklat, teh tarik dan green tea. Cik rose pilih original dan coklat. Topping pula ada pilihan seperti kelapa parut, oat, cornflakes, jagung, kacang tumbuk dan kacang merah. 

Bagi Cik Rose, memang puas hatilah makan. Hihi. Yang macam Cik Rose ambil ni harganya RM9.90.

Kalau nak dalam cup pun ada, aiskrim kon pun ada. Cendol pun ada, shake pun ada. Macam-macamlah.. 

Bila Sang Kaya nak buka di Batu Pahat? Cik Rose tanya jer... hihi.. mungkin Cik Rose akan jadi pelanggan setia kot. 😅😅😅



perasaan

BILA HATI JADI SENSITIF

July 21, 2016

Assalamualaikum
Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Nak cerita berkenaan sensitif. 
sensitif ni berbeza-beza. Ada tahap yang boleh dikawal tahap sensitifnya. Ada yang tak dapat nak tahan, dah terjadi over sensiti kan. Subjektif gitu.

Cik Rose akui memang Cik Rose sensitif. Tapi masih dapat dikawal, bukan di tahap over sensitif. Cuma yang Cik Rose nak habaq ni bukan berkenaan diri Cik Rose sangat. Cuma, nak bagi sesetengah individu tu sedar sikit. Ishhhh janganlah korang salah sangka.. Nampak macam Cik Rose tegas pulak kan..Tapi, sebenarnya tak. Ni ingatan mesra manja jer.

Cik Rose cuma terkilan dengan sesetengah individu yang bukan main bergurau kasar, bahan orang lain kaw-kaw. Tapi, bila kena part dia, dia sentap dan over sensitif! Ishhhh this is not fair tau. Awak boleh bahan orang, perli orang, kutuk orang, gurau yang agak kasar dengan orang. Tapi bila orang lain buat benda yang sama, awak sentap tahap maksimum! Awak jadi sensitif pulak. Mula merajuk 1000 tahun... Hihi.. Janganlah begitu. Please give and take la kan.. Huahuahua.

Nak bergurau, sila lihat dahulu dengan siapa anda bergurau. Bukan semua orang boleh bergurau. Kang ada yang cakap pada Cik Rose, kalau tak boleh bergurau, gi surau. Amboi, amboi, amboi. Janganlah gitu. Tak salah bergurau. Cumanya jaga limit jer. Tapi, untuk yang tak boleh bergurau langsung tu, Cik Rose no komenlah. hihi.. Bagi Cik Rose, boleh jer bergurau. Gurauan yang lite-lite gitu. Heh heh he. Bak kata dalam satu lagu lama, "hidup kalau tak bergurau senda, hilang nikmat cinta".. hihihi.. Relax relax sudah.. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jangan ada roadblock pulak kat telinga kiri tu, tu yang tak boleh keluar. heh heh heh.

Kalau anda seorang yang suka bergurau, anda juga mesti menjadi seorang yang boleh menerima gurauan. Ingat tu. Jangan awak je syok membahan orang. Orang lain pun ada mulut wei. Hihi..

Cik Rose saja tulis isu ni, sebab ada ramai yang over sensitif, hati tisu tak kena gaya. 

Buat yang memang sensitif, tapi menjaga adab percakapan tu tak apa. Tak ada masalah. Dah memang dia menjaga gaya percakapan, setiap tutur kata. Tu yang bila orang bahan dia, dia sensitif.Kan?

Korang golongan yang mana?.

Sendiri nilai, sendiri kawal diri!

Selamat Hari Raya! Syawal ke 16 hari ni :)

 

hari raya

KERANA SEBIIJI TART NENAS

July 19, 2016

Assalamualaikum.

Kerana tart nenas ni, merata Cik Rose cari. Ramai je yang jual masa bulan puasa tu. Di kedai, di bazar ramadhan, kat online. Tapi, payah benar nak cari yang gebu gebas. Cik Rose nak yang gebu jer. hihi.

Tadaa.. Akhirnya jumpa. Kat Plaza Angsana!



Keluaran Nahar Power.

Alhamdulillah kena dengan tekak Cik Rose. 

Gebu gebas uols!

Harganya Rm28 untuk 50 biji. 

Terasa butter dia. Jem nenas dia pun sedap!

Cik Rose bagi 5 bintang. hihi.

Sebelum-sebelum ni minat biskut raya berasaskan coklat dan badam. Tahun ni, teringin tart nenas pula!

 

aiskrim

MEMORI AIS KRIM POTONG

July 18, 2016

Assalamualaikum.

Masih ada yang ingat asikrim potong?

Haritu, Cik Rose ke kedai. Sekali ternampak aiskrim potong. Masa sekolah rendah selalu beli. Perisa kacang merah, jagung, coklat. Masa tu 20 sen je.. Sekarang dah seringgit. hihi. Cik Rose beli satu. Perisa coklat. Sedap!


Menggamit memori betullah!

hari raya

KETUPAT PALAS YANG SEDAP DI JITRA

July 18, 2016

Assalamualaikum.

Wah..tajuk tak nak kalah namanya ni! hahaha.

Hari raya dan ketupat palas memang sinonim kan?.

Sape yang pandai balut ketupat palas? Jadi ketupat jantan atau betina?. Haaha.

Balik rumah mak mertua, comfirm dapat bekalan ketupat palas ni ha. Mak mertua memang buat jual. Tapi, tempahan sajalah. Ikut kilo beras pulut, bukan ikut biji. Terkejut Cik Rose dengar harga yang mak mertua jual. Memang terlajak murah gitu!

Ini antara hasil ketupat palas yang mak mertua buat untuk tempahan hari raya. Kakak ipar pun bantu balut jugak. Cik Rose?.. hihi,, Biarlah rahsia gitu! Ini yang di ambil sebelum raya. Ada juga tempahan yang di ambil hari raya. 

Alhamdulillah. Rezeki mak mertua. 
Untuk yang berdekatan Jitra, kalau nak order ketupat palas untuk sepanjang bulan Syawal ni, boleh roger Cik Rose jer. Nanti Cik Rose bagi nombor mak mertua. hihi.. Tak boleh publish sini. Kang terkejut mak mertua cheq. Hihi.

Ada yang tempah nak siap rebus, ada yang tak nak rebus. Terpulanglah yer.

Ada juga pakej dengan gulai daging. Terserahlah nak atau tidak. 

MENERIMA TEMPAHAN KETUPAT PALAS DI JITRA, KEDAH.
 


Bezday

HAPPY BIRTHDAY SAPIT!

July 17, 2016


13 Julai 2016.

Muhammad Faizzmeer Syafiq.

Selamat ulangtahun kelahiran buat adikku sayang, Sapit. 
Lahir 13 Julai 1990. Kini dah 26 tahun.

Moga dimurahkan rezeki, 
dipanjangkan usia,
dikurniakan kesihatan yang baik.


Alhamdulillah. 




Tahun ni dapat meraikan ulangtahun kelahiran Sapit di rumah Cik Rose. Family Cik Rose datang rumah selepas beraya di kampung nenek di Kuang, Selangor.

bola sepak

KEDAH TEWAS 5-0

July 17, 2016


Assalamualaikum.

Kecewa. Itu perasaan Cik Rose malam tadi. Tewas 5-0 kepada JDT. Entah mana silapnya. Sampai 5 tu!

Bersemangat Cik Rose tengok malam tadi.

Cik Rose dahlah tengok sorang jer malam tadi. Dah macam pengulas sukan mulut Cik Rose ni malam tadi. Hahaha. Sesekali gaya jurulatih pun ada!


Tak apa, walaupun tewas, Cik Rose masih di sisi pasukan Kedah. Hijau Kuning negeriku! Wahh gitu.. Setia hingga hujung nyawa katanya!

 

Positif

Zip Mulut!

July 12, 2016


Assalamualaikum.

Entry pendek jer kali ni.

Ada perkara perlu diberitahu.
Ada perkara tidak perlu dihebahkan.

Zip mulut jika keterlaluan.

Apapun, terserahlah.

Semuanya terpulang pada diri kita.

Fikir baik buruknya dahulu.

Stay positive!


Aidilfitri

SYAWAL 1437H

July 11, 2016


Assalamualaikum.

Hari ni 6 Syawal 1437H. 
Alhamdulillah..

Ada yang masih bercuti di kampung,? Ada yang sudah memulakan tugas seperti biasa? Maklumlah sekolah pun dah buka hari ni kan. Cik Rose masih bercuti hari ni. Insyaallah esok mula bekerja.

Di kesempatan ini, Cik Rose ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ini. Hari Raya menyatukan banyak hati dan jiwa. Yang jauh kita dekatkan. Hihihi.

Nanti Cik Rose updated cerita raya. Raya di mana ya? Hihi.


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion