final

SENARAI LAGU AKHIR GEGAR VAGANZA 3

November 30, 2016

Assalamualaikum.

Demam Gegar Vaganza!

Ada ke yang demam Gegar Vaganza? Cik Rose pulak yang demam betul-betul. Hahaha. Diam tak diam dah pun final Gegar Vaganza 3 ni kan. Ahad minggu depan penentuannya. Siapa bakal juara Gegar Vaganza 3? Kalau Gegar Vaganza 1, Ayai di pilih sebagai juara. Manakala Siti Nordiana dinobatkan juara Gegar Vaganza 2.

Kalau Tanya Cik Rose, tentulah Cik Rose cakap Zarul yang juara Gegar Vaganza 3. Dah kata #teamzarul kan. Hihi.

Ok, kat sini Cik Rose kongsikan lagu-lagu yang bakal dinyanyikan oleh bintang-bintang Gegar Vaganza 3 di pentas akhir. Zarul, Azharina, Gmie, Intan Sarafina, Amen dan Siti Sarah bakal berentap merebut kejuaraan.



Lagu-lagu Di Peringkat Akhir Gegar Vaganza 3.

Zarul
  •       Gerhana – Kembara
  •       Dendangan Laguku – Carefree


Azharina
  •        Mama Aku Ingin Pulang – Nike Ardila
  •        Izinkanlah –Nike Ardila


Intan Sarafina
  •       Sedetik Lebih – Anuar Zain
  •       Kemelut Di Muara KAsih – Ziana Zain


Gmie
  •      Salam Terakhir – Sudirman
  •       Bila Bulan Berwarna Biru – Arab & Aidit


Ameng
  •        Bougainvilla -Spring
  • .     Romantis – Spring


Siti Sarah
  •        Matahariku – Agnes Monica
  • .    I Will Always Love You – Whitney Houston


Macam biasa, Nabil dan Jihan pun akan nyanyi jugak malam final nanti. Mereka akan nyanyikan lagu Polaroid dari Sakura Band.



Cik Rose tak sabar nak tengok. Hihi. Moga yang terbaik akan menang nanti. All the best buat semua peserta. 

Jangan kecam Cik Rose sebab letak gambar Zarul jer. hihi



Sembang santai

HAI STALKER !

November 30, 2016

Assalamualaikum.

Bukan main tajuk Hai Stalker. Eh ada stalker ke? hihi.

Jujurnya Cik Rose rasa Cik Rose tak ada stalker. hihi. Tapi, ramai yang cakap dorang ada stalker. Wah, gittew.. Ada stalker!

Sebenarnya apa maksud stalker ni?
Stalker ni pengintip! hihi. Lebih kurang macam dia obses terhadap seseorang ni. Dia mengikuti secara senyap dengan niat yang tertentu. Ha, betul tak?

Cik Rose ada terjumpa satu gambar kat bawah ni :


Nak stalk tu baik-baik,
jangan tertekan like pula ye.
Hahaha

Malu tak habis ni. Kalau orang tu nampak kita like dan unlike semula. Motif? hihi. Korang kena belajar lagi cara nak jadi stalker yang baik. Jangan tergopoh-gapah, cuba bertenang. hihi.

Eh, jangan salah faham dengan entry ni. Tak ada kena mengena dengan diri Cik Rose. Cik Rose tak glemer untuk memiliki stalker! eh! hahaha.




perkongsian

ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA

November 29, 2016

Assalamualaikum.

Apa  khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Alhamdulillah.

Sembang santai je petang-petang hari ni. 

Nak tanya pernah tak korang menyesal dengan apa yang berlaku pada korang hari ni? Pernah tak terfikir hal ini? Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku memilih jalan ini? Eh berapa banyak kenapa dah ni. hihi.

Cik Rose tahu kadang-kadang bila kita sendirian, kita terfikir hal ini, kan? Bila kita lihat sekeliling, dan bandingkan dengan diri kita ni. Mulalah hadir satu perasaan, kan. 


Andai masa dapat kembali. Jika kita dapat putarkan kembali jarum waktu. Mesti kita nak buat yang terbaik. Pasti kita nak ubah apa yang terjadi. 

Tapi, bukan itu prinsip Cik Rose. Setiap apa yang terjadi pada kita hari ini, adalah keputusan kita. Kita yang bertanggungjawab pada diri kita. Tak perlu salahkan sesiapa di atas sesebuah keputusan yang telah  kita ambil. 

Terkadang memang Cik Rose terfikir, kenapa aku jadi macam ni dan lain-lain. Tapi, Cik Rose sekadar berfikir sahaja tanpa terbit penyesalan. Sebab Cik Rose tahu, Cik Rose dah pilih jalan ni, dan Cik Rose harus teruskan,. Berusaha lebih baik. Perbaiki diri.


Janganlah cepat putus asa. Bila diuji A dan B, kita dah mengalah. Cik Rose faham, kadang-kadang kita terasa sukar nak telan sesuatu hal, tapi cuba muhasabah dan berusaha sebaiknya. InsyaAllah ada jalan.

Tak tahu kenapa, petang ni rasa nak cakap tentang penyesalan. Sebab ada beberapa individu yang tanyakan pada Cik Rose. Tak menyesal ke pilih jalan A? Kenapa tak pilih jalan B? Tak apa. Terserah mereka nak menilai bagaimana. Yang melaluinya adalah Cik Rose.

Don't worry, Cik Rose okay :) hihi.

Terima kasih sebab ambil berat.


Family

LELAKI INGAT KE TARIKH PENTING?

November 28, 2016

Assalamualaikum.

Semalam Cik Rose ada tulis status di facebook berkenaan tarikh-tarikh berkenalan, bercinta, bertunang, berkahwin. hihi. Saja suka-suka. Copy paste je kan. Di sebalik copy paste tu, terimabau juga kenangan manis bersama insan bergelar suami, kan?

Inilah dia status dari Cik Rose semalam :


Rata-rata perempuan pasti ingat tarikh-tarikh penting dalam hidup kan. Tak kisahlah tarik birthday ke, kahwin ke, tarikh masuk kerja dan sebagainya. Alhamdulillah, Cik Rose memang jenis yang ingat tarikh-tarikh begitu. Hari lahir mak ayah dan adik beradik semuua ingat. Tarikh tunang dan nikah tu memanglah ingat. Tarikh kerja pertama pun ingat!

Tapi, itu bukan persoalannya. Nak tanya bagaimana dengan lelaki?. Kebanyakannya tak dapat nak ingat tarikh-tarikh penting tu kan. Tapi, bukan semua lelaki macam tu. Ada je yang dapat ingat :)
Betul, tak? 

Ada pasangan yang menitikberatkan bab-bab tarikh ni kan. Pada Cik Rose, ok jer kalau pasangan Cik Rose tak ingat. hihi. 


gegar vaganza

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE 7 - SEPARUH AKHIR

November 27, 2016

Assalamualaikum.

Demam Gegar Vaganza makin memuncak! Dah sampai ke peringkat separuh akhir ni. Siapa pilihan korang? Semua hebat-hebat kan. Kalau tanya Cik Rose, dah tentulaha Cik Rose ni #teamZarul . Hikhik. Selain Zarul, Gmie Dan Intan Sarafina pun ok :)

Kat sini Cik Rose nak kongsikan senarai lagu yang bakal bintang-bintan ini nyanyikan malam ni. Tak sabar! TONTON LIVE GEGAR VAGANZA MINGGU KE 7. Kat mana nak tengok? Astro Ria lah. hihi. Kalau tak ada astro, boleh tengok di youtube je. hihi. Di bawakan oleh RAKU :)

Jom tengok lagu apa yang bakal didendangkan oleh bintang-bintang ini.



LAGU DUET

Ameng ft. Aris Ariwatan
Kepadamu Kekasih (M.Nasir)

Siti Sarah ft. Misha Omar
Bunga-Bunga Cinta (Misha Omar)

Nora ft. Aizat Amdan
Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)

Azharina ft. Black
Fantasia Bulan Madu (Search)

Zarul ft. Marsha Milan
Salahkah (Rossa ft Hafiz)

Intan Sarafina ft. Ezad Lazim
Pulangkan (Misha Omar)

Gmie ft. Tomok 
Sejarah Mungkin Berulang (Newboyz)


LAGU SOLO

Ameng
Keasingan Dalam Luka (Jay Jay)

Siti Sarah
Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)

Nora
Sandiwara (Nora)

Azharina
I Wanna Dance With Somebody (Whitney Houston)

Zarul
Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)

Intan Sarafina
Siapa Sangka Siapa Menduga (Liza Hanim)

Gmie
Andai Dapat Ku Undur Masa (AXL's)



Tak sabar Cik Rose nak tengok malam ni. 

Ramai yang mempertikaikan lagu yang Nora dapat seabb lagu sendiri. Emm, entah. Minggu lepas pun kontroversi sebab pertukaran lagu dari dangdut ke rock. Mungkin percaturan Astro barangkali? Tak kisahlah, asalkan mereka dapat bawakan lagu dengan baik, tak kisahlah lagu siapa dan lagu apa. Dah kata Cik Rose ni #teamZarul kan. hihi. So,  memang akan support Zarul je. 

Jangan ada drama lagi malam ni sudahlah.

Apapun, Gegar Vaganza ni tak lengkap rasanya dengan gurauan Nabil, Jihan dan Tok Ram. Eh?. hihi.


Bezday

HAPPY BIRTHDAY FRIEND !

November 27, 2016

Assalamualaikum.

27 November 2016.

Ulangtahun kelahiran kawan Cik Rose. 

Happy Birthday Kak Anie :)

Moga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan menuju ke arah kebaikan. 


Dialah kawan yang sentiasa happy go lucky. Sentiasa menceriakan hari kawan-kawan yang lain. Love you Kak Anie!

******

Perkhabaran Duka.

PAgi tadi Cik Rose dikejutkan dengan berita dari seorang rakan blogger. Rumahnya mengalami kebakaran. Blogger ini sedang menguruskan persiapan perkahwinannya. Allahuakbar. Cik Rose mohon doa dari semua yang membaca entry ini supaya dipermudahkan jalan beliau dan keluarganya. Ujian buat beliau dan keluarganya.


***

Cik Rose masih demam dan selsema, juga batuk. Aduhai, rasa berat je kepala ni bila selsema. Mata berair je pedih. Sabarlah hati.



tidur

JADI BURUNG HANTU !

November 25, 2016

Assalamualaikum.

Hai korang!

Masalah kotak komen dah settle. Tu pun setelah bermacam-macam plan yang Cik Rose cuba. Alahai.. Takpe, kita belajar sikit-sikit kan.

Dek kerana kotak komen yang tak muncul-muncul, memaksa Cik Rose tukar template! Berapa jam dok mengadap laptop ni ha! Alhamdulillah, dah selesai. Tak sedar yang dah pukul 2 pagi. 

Ni semua penangan kopi tadi kot? Dan juga kerana sayangkan blog Inilah Realiri ni :) hihi.

Jadinya, terpaksa jadi burung hantu sementara. 



Comel je kan burung-burung kat atas ni. hihi. Tak naklah letak gambar burung hantu kan. hihi.




PENGUMUMAN

MAKLUMAN

November 24, 2016

Assalamualaikum.



Dek kerana kotak komen tak keluar-keluar, Cik Rose terpaksa fikir plan B.

Jangan terkejut tengok blog berterabur yer. Hihihi

STRESS KOTAK KOMEN HILANG!

November 23, 2016

Assalamualaikum.

Dah seminggu kotak komen hilang. Pelbagai tutorial dah cuba. Aduhai, pening Cik Rose ni. 

Hari ni tak sihat sikit. Demam panas, selsema dan batuk. Yang lain boleh tahan. Tapi, bab selsema tu yang Cik Rose kalah. Sebab bila baru nak selsema ni, dia tangkap kepala dan  mata. Mata asyik berair dan kepala sakit. Tak boleh bising-bising, rasa bengang je kepala ni! Tapi, orang cakap perlahan, Cik Rose tak berapa dengar, bila orang cakap kuat rasa nak marah pula. hihi.. Macam-macam .



Oklah. Cik Rose nak sambung google nak settlekan masalah kotak komen yang menyorok ni.

header

TUKAR HEADER BARU - AMBIL MOOD POSITIF

November 16, 2016

Assalamualaikum.

Cik Rose saja edit-edit gambar kat handphone. Sekali rasa macam nak buat header untuk blog. Dah lama tak tukar. Hihi.

Saja ambil mood. Serba baru kan. Moga aura positif tu menyerap dalam diri! Hikhik.

Cik Rose taklah sekreatif orang lain. Tapi Cik Rose mencuba. Sekurang-kurangnya, Cik Rose puas hasilkan sendiri header ni. 

Tadaaa :


Masih mengekalkan tajuk blog di header. Tambah email sebagai promosi! Eh. Hahaha. 

Purple pink warna kegemaran Cik Rose. Itulah warna yang menjadi pilihan Cik Rose sebagai warna tulisan di header tu. 

Gambar-gambar ikon comel tu membuat hati Cik Rose happy jer. 
Camera, lipstick, bedak, beg roda, cupcake, lolipop, bunga dan burung.

Ada berbagai ikon. Itulah tema blog Cik Rose. Cik Rose bisa menulis apa sahaja. Kecantikan, kesihatan, jalan-jalan, resepi mudah, haiwan, dan lain-lain. 

Apa sahaja yang Cik Rose suka akan Cik Rose abadikan di blog. Kerana minat menulis yang mendalam. Biarlah terkadang entry Cik Rose hasilkan agak ringkas, sekurang-kurangnya apa yang Cik Rose maksudkan sampai pada pembaca.

Sekian cerita header. Hihi.

Blog masih dalam proses ubahsuai dan penambahbaikan. Aduhai kotak komen tiada pula... Nak repair jap. Hihi

perkongsian

MENANTI SUPRISE BAGAI PUNGGUK RINDUKAN BULAN

November 15, 2016

SUPRISE | Assalamualaikum.

Beberapa hari Cik Rose seronok tengok rakan-rakan blogger updated dapat box of joy tu. Meriahnya! Part nescafe tu yang best. Cik Rose pun saban hari menanti Encik Poslaju. Tapi, kecewa. Hihi. Tak ada pun Cik Rose punya. 

Tapi, Alhamdulillah. Hari ni terima lagi parcel untuk direview. Terima kasih kerana sudi memilih blog Cik Rose sebagai satu medium promosi. Cewahhhh. Ayat... 


Untuk pengetahuan, Blog Cik Rose masih dalam proses ubahsuai. Janganlah korang terkejut yer. Ini hanya sementara. Bukan Cik Rose tak setia. Tapi, kenalah cari dan pilih yang terbaik kan. Untuk perjalanan blog ini juga. 


Terima kasih yer sudi berkunjung ke sini!



gegar vaganza

LIRIK LAGU FANTASIA MUSIM CINTA - IWAN

November 15, 2016

LIRIK LAGU FANTASIA MUSIM CINTA | NYANYIAN ZARUL UMBRELLA DI KONSERT GEGAR VAGANZA 3 MINGGU 6


Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan lagu rindumu


Langkah kita makin hampir
Kutahu kau menungguku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi…


( korus )

Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hari
Yang indah ini…




 






 


Gunung akan kudaki
Lautan kan aku renangi
Demi memburu mimpi
Yang pasti


Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun berpadu


Hari-hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring, sehati dan sejiwa


artis

BIODATA ZARUL UMBRELLA GEGAR VAGANZA

November 14, 2016

BIODATA ZARUL| Assalamualaikum.

Korang tengok tak Gegar Vaganza 3? Cik Rose layan jugak. Antara peserta yang Cik Rose suka ialah Zarul Umbrella dan Gmie Screen. 
Cik Rose isytiharkan Cik Rose #teamzarul . hihi.

Kat sini Cik Rose sertakan biodata Zarul Umbrella yer.  

Nama Penuh : Zarulkefli Husin


Umur : 43 tahun


Asal : Kajang, Selangor

Keluarga & Latar Belakang
Berkahwin (kali kedua); seorang anak. -Jangan nak frust ok. hihihi.

Pendidikan & Kerjaya
SPM; kini Pramugara MAS

Album
Seribu Rahmat (1995) Hujan Panas (1997)

Lagu Hit

Ramalanku Benar Belaka, Bukalah Hatimu

Kat sini Cik Rose berikan juga senarai lagu-lagu yang telah dinyanyikan oleh Zarul dalam konsert Gegar Vaganza 3.


Minggu pertama : Ramalanku Benar Belaka.
  

Minggu Kedua : Untukmu Selamanya - Visa


Minggu Ketiga : Generasiku - OAG

Minggu Keempat : Lelaki Ini - Anuar Zain. Zarul berduet dengan Faradhiya


Minggu Kelima - Kurela Dibenci - Aiman  Tino


Semoga berjaya buat semua peserta Gegar Vaganza musim ketiga ini. Terutamanya Zarul. Opsss.. hihihi.
All the best!

 

batu pahat

LONTONG SATE TERBAIK DI BATU PAHAT

November 13, 2016

Assalamualaikum.

Korang sarapan apa hari ni? Meh Cik Rose nak memperkenalkan satu menu sarapan yang best di Batu Pahat! Cik Rose tak tahu tempat lain ada atau tidak. Tapi, kali pertama Cik Rose jumpa Lontong Sate adalah di Batu Pahat. Sebab tu Cik Rose highlightkan Batu Pahat dalam entry kali ni. 

Tadaaa, Lontong Sate yang memikat selera!


Gambar lontong dalam mangkuk polistrine. Sebabnya Cik Rose bungkus makan di office. Hihi. Tapi, kalau makan kat kedai lagi marveless! Sedap makan panas-panas kan. 

Lontong dipadankan dengan sate. Tambah kuah sate lagi. Alahai, sedapnya! Korang kena cuba tau. Kali ni Cik Rose beli dari Ramly Kopitiam yang terletak area pasar Batu Pahat tu. Nyum nyum. Sedap!

Selain dari di Ramly Kopitiam, ada juga kedai lain yang jual sekitar Batu Pahat ni. Pilih jer nak makan di mana. Yang pasti memang Cik Rose bagi 5 bintang! Hahaha. Puas hati. 


perkongsian

Jangan bersedih

November 12, 2016

Assalamualaikum.

Cik Rose ingin berkongsi kata-kata di bawah ini dengan korang semua. Cik Rose ambil dari facebook. Kata-kata tersebut memang kena dengan apa yang Cik Rose rasa dan mungkin juga amat bermanfaat buat semua. 

"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka".


Benar kan? Terkadang memamg kita akan rasa sedih atau kecewa yang teramat. Namun, jangan diturut rasa itu berlebihan. Kita sendiri harus mencuba belajar menerima sebaiknya. Redha. 

Bukan mudah kan. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba.

Cik Rose selalu pesan pada hati. Setiap apa yang berlaku pada Cik Rose sudah tentu ada hikmah disebaliknya. Insyaallah. Kita cuba sedaya kudrat. Kita berdoa sungguh-sungguh. 


aiskrim

Aiskrim Cornetto - Red Velvet

November 11, 2016

Assalamualaikum.

Baru-baru ni Cik Rose ada rasa aiskrim Cornetto perisa Red Velvet. Perisa baru ek. Sebab Cik Rose baru tahu. Hihi. Tu pun adik Cik Rose yang belikan. 

Rasanya ok la. Tapi Cik Rose tetap setia dengan apa-apa aiskrim yang berperisa coklat! Hihi.


Tapi, kek red velvet Cik Rose suka. Hihi. Sedap. Mungkin pada selera Cik Rose, ianya tak sesuai dijadikan aiskrim kot? Eh memandai je. Takpe, tu pendapat peribadi Cik Rose jer. Mungkin sesetengah individu yang suka perisa ni. Mana kita tahu kan?. 

Musim hujan pun Cik Rose makan juga aiskrim. Hihi. 


Makanan

ROTI CANAI HUSSAIN NASI KANDAR

November 11, 2016

Assalamualaikum.

Roti canai satu!

Haaa roti canai memang sinonim sebagai hidangan sarapan bagi rakyat Malaysia. Kan? Kan?. Cik Rose rasa semua pun pernah makan roti canai kan. Roti kosong ada. Roti telur, roti sardin, roti tampal dan lain-lain. Pilih jer nak makan roti apa. 

Kalau tanya Cik Rose, roti kosong dan roti telur jadi pilihan. Nyum.nyum. 

Ni gambar roti canai telur yang Cik Rose makan masa balik kampung hari tu. Cik Rose makan di Restoran Nasi Kandar Hussain Sungai Petani. 


Sedap memang sedap. Tapi tak boleh makan selalu. Hihi. 

Inilah hidangan sarapan yang paling digemari rakyat Malaysia selain nasi lemak dan kuih muih/roti. Eh yeke? Memandai je Cik Rose. 

Korang sarapan apa pagi ni? Cik Rose makan biskut cicah air nescafe. 


mutiara kata

DO WHAT YOU WANT TO DO!

November 11, 2016

Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya? Moga baik-baik sahaja. Alhamdulillah, 
Yang sedang bekerja, selamat bekerja. Yang berada di negeri |Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor pula, selamat bercuti. Isikan msa yang ada dengan aktiviti yang berfaedah. Manfaatkan masa yang ada. Jangan menyesal di kemudian hari. Jangan sia-siakan masa yang ada. Kerana setiap saat amat berharga.



Sometimes You Have To Do What's Best For You And Your Life, Not What's Best For Everybody Else.


Betul, kan? Dalam hidup ni kadang-kadang kita terlalu risau memikirkan apa yang orang lain fikir atau kata. Sampaikan kita tersepit dan tertekan. No, No, No! Jangan macam tu. Jalani hidup kita dengan cara kita. Lakukan apa-apa yang boleh menghiburkan diri kita. Sampai bila nak menurut dan berkorban. Eh, eh. Cik Rose bukan bercakap tentang diri Cik Rose yer. Hanya perbualan umum je ni. Hihi. Tiada kena mengena dengan diri Cik Rose yer. 

Jangan terlalu memikirkan persepsi orang lain tau. Tapi tidaklah sampai kita jadi orang yang pentingkan diri dan seperti tiada perasaan. Bertimbang rasalah kan. Agak-agak mana yang boleh ikut, kita ikut. Yang tak dapat ikut, jangan ikut. Simple jer. 

Oklah, hingga bertemu di entry akan datang pula :)


ayda jebat

Lirik lagu OST Awak Sangat Nakal Ayda Jebat

November 10, 2016

Lirik lagu Awak Sangat Nakal | Assalamualaikum.

Lagu baru dari Ayda Jebat yang juga merupakan OST bagi Drama Awak Sangat Nakal. Drama ni sedang bersiaran di Astro Ria, pukul 10 malam. Cik Rose tak berapa mengikuti drama ni sangat. Entah kenapa. Tak macam Suri Hati Mr Pilot hari tu. Memang Cik Rose pengikut setia. hihi. Mungkin sebab drama ni baru je 3 episod. Tak panas lagi di hati Cik Rose? hahaha.



Cik Rose kongsikan lirik lagu Awak Sangat Nakal ni yer. Bagi Cik Rose lagu ni tak adalah se 'hot' lagu Pencuri Hati dulu. hihi.

Lirik lagu OST Awak Sangat Nakal Ayda Jebat 

Kamu sangat nakal
Nakal nakal nakal
Nakal nakal nakal
Nakal nakal nakal
Kamu sangat nakal

Kau buat hatiku terbang
Setiap kali memandang
Kau buat nafsuku hilang
Senyum mu asyik ku kenang

Kau buat hatiku terbang
Setiap kali memandang
Kau buat nafsuku hilang
Senyum mu asyik ku kenang

Kamu sangat nakal
Nakal nakal nakal
Nakal nakal nakal
Nakal nakal nakal
Kamu sangat nakal



BEAUTY

SAYA NAK KURUS - Program Mudah Kurus Bersama Dr Malinda

November 10, 2016



Program Mudah Kurus Bersama Dr Malinda| Assalamualaikum.

Siapa yang tak nak kurus kan? Memiliki bentuk badan yang ideal adalah idaman semua. Namun, mestilah seiring. Kurus dan sihat. Taknaklah kurus berpenyakit. Nak kurus, kena usaha.Banyak usaha yang perlu dilakukan. Tak boleh duduk saja je. Tapi, sesetengah individu dah cuba macam-macam. Senaman, ambil makan yang berkhasiat. Tapi, masih tak kurus-kurus. Jangan risau. Cik Rose akan kongsikan sesuatu yang akan buat korang tersenyum lebar :)
  

OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’.Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.

ANDA BERISIKO TINGGI JIKA :

BMI > 23
Ukuran Lilitan Pinggang Melebihi
> 102 cm (40 inch) – Lelaki
>  80 cm (35 inch) - Wanita

Anda dikatakan obese apabila :
Wanita : Peratusan lemak badan >32%
Lelaki : Peratusan lemak badan >25%

BAHAYA OBESITI

Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit :


Diabetes (Kencing manis), Hipertensi (Darah Tinggi),
Penyakit jantung koronari, Stroke (Angin Ahmar), Kanser Payudara,  Masalah pernafasan (respiratori) dan lain-lain.



Pernah tak korang cuba berdiet beberapa minggu tapi nak turun 1-2 kg pun susah? Selepas 2-3 bulan, korang give up dan kata ~ Jaga makan pun tak turun, anda give up dan kembali kepada cara hidup yang lama.Kenapa jadi macam tu?

Sebenarnya, Tak semua jenis lemak itu sama ~ Ada 3 Jenis Lemak dalam badan kita :

1) Lemak Untuk Struktur  ( Structural Fat )

'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

2) Lemak Normal (Normal Fat Reserve)

'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi spt 'Tangki Tenaga'

3) Lemak Abnormal ( Abnormal Stored Fat )



'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda !






APA ITU hCG?

hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.

hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.
Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita.Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang  tersimpan dalam badan.


BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?

Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting  dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.

Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.

Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.

Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet.
hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’.

Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.


APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal  digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.


APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?

Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot.Selain penurunan berat badan,  kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.

Sebenarnya bukan mudah nak turunkan berat badan ni. Banyak usaha perlu dilakukan. Dan tujuan utama seseorang nak kurus pun ada macam-macam. Antaranya macam PUAN FARAH. 
Jemput baca yer kisah Puan Farah ni. 
  
Untuk TESTIMONI lagi yang telah berjaya, boleh lihat di link :











Jika korang berminat boleh hubungi melalui 

WhatApps: 017 508 4430  
Email  :  drmalinda@gmail.com
Facebook : DR MALINDA

Semoga berjaya!


 #DrMalinda #MudahKurus20 #JomKurusCepat

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion