lirik lagu

LIRIK LAGU OST BIAR AKU JADI PENUNGGU - RONNIE HUSSEIN MENANTI JANJI

December 30, 2016

Assalamualaikum.

Drama Biar Aku Jadi Penunggu. 
Korang tengok tak? Cik Rose layan juga drama ni. Awalnya macam slow sikit bagi Cik Rose. Tapi bila dah sampai episod 3 dan 4, dah mula dah momentumnya. Sedih pula episod 4. Best lakonan Janna Nick. Dia tak menangis. Tapi reaksi wajah dia tu boleh buat Cik Rose nangis. Hikhik. 

Kesian watak Iffat Hamani. Menanti dan terus menanti. 4 tahun tu tanpa khabar berita. Ni yang buat Cik Rose nak cari novelnya. 

Ost drama Biar Aku Jadi Penunggu ni pun best. Nyanyian Ronnie Hussein. Menanti Janji. Lagu pun sedih. Terbuai-buai emosi bila dengar!

Jom. Cik Rose kongsikan lirik lagu Menanti Janji ni. 


LIRIK LAGU MENANTI JANJI (OST BIAR AKU JADI PENUNGGU) - RONNIE HUSSEIN

Telah lama ku rasa sebegini
Meniti masa silih berganti
Ku harapkan engkau datang kepadaku
Walau sekadar mimpi

Ku cuba untuk mengejar kamu
Makin ku genggam ia terlerai
Sedari diri kian menjauh
Jauh terpisah dari diri kamu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu





Ku cuba untuk mengejar kamu
Makin ku genggam ia terlerai
Sedari diri kian menjauh

Jauh terpisah dari diri kamu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu

Sedihkan lirik lagu ni? 
Jom sama-sama kita dengar lagu Menanti Janji dari Ronnie Hussein ni : 

Nak cari novel.. nak cari novel. Hikhik.



diet

DIET CARA MUDAH KURUS DALAM MASA YANG SINGKAT

December 29, 2016

Assalamualaikum.

2016 bakal menuju ke penghujungnya. Beberapa hari je lagi nak bertemu 2017. Cik Rose bukan nak cerita bab Azam tau. Ramai yang tanam azam pada awal tahun. Dan berapa ramai yang dapat kecapinya? Berapa ramai azamnya jadi realiti? Atau hanya tinggal azam jer. Cik Rose tak pernah ada azam sangat. Cuma ada sedikit perancangan atau target sahaja. 

Kurus. Ramai yang berazam nak kurus pada awal tahun. Dan berapa ramai yang dapat turunkan berat badan sebelum tiba hujung tahun? Tahniah bagi yang berjaya. Bukan mudah nak kurus. Displin tu kuncinya kan. Jangan buat sekerat jalan, macam hangat-hangat tahi ayam jer.


DIET.
Ramai yang berdiet. Cuma, caranya berbeza. Ada yang cuba diet kalori. Ada yang cuba diet ATKIN. Cubalah yang sesuai dengan badan korang. Jangan paksa diri kalau tak mampu kan. hihi. 
Jangan diet je, tapi tak de aktiviti fizikal pula. Kena senaman juga. 

Dekat facebook ramai yang share senaman untuk kurus. Ada gambar, ada video. Hihi. Cik Rose pun rajin share. Eh share je?. Buat ke tidak ni. Opsss No komen!

Kat bawah ni salah satu cara senaman yang boleh bakar lemak-lemak degil korang. Jomlah cuba :)


Banyak sebenarnya cara senaman yang boleh kita buat. Cuma nak dengan tak nak jer. 

10 cara turunkan berat badand dengan mudah! Wahhh mudah ke tidak ni? 


  • Aktifkan diri. berjalan, berjalan dan berjalan.
  • berhenti makan dengan banyak. Kunyah perlahan-lahan.
  • Jangan elak sarapan. Mesti sarapan setiap hari. Untuk bekalkan tenaga pada tubuh badan.
  • Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
  • Cuba senaman YOGA.
  • Buat aktiviti luar macam joging ke, berbasikal ke.
  • Work out. Kalau tak nak pergi Gym, buat kat rumah jer.
  • Pantau berat sendiri. 
  • Berhenti minum air bergas!
  • Makan buah-buahan. Serat penting untuk badan kita.



Alalala.. pandai bagi tips jer Cik Rose ni. Nak buat tu, aduhai. Sekerat jalan. Apa nak jadi ni? 
Moga Cik Rose kuat! hihi.

Jalani gaya hidup yang sihat. Sihat dalaman dan sihat luaran gitu. Jom sama-sama sihat! 



coffee lover

Sehari Tak Minum Kopi Rasa Tak Bertenaga |Adakah ketagihan yang berbahaya?

December 28, 2016

Assalamualaikum.

Selamat malam! Sape pencinta kopi? Coffee lover? Angkat tangan sikit. Kita geng. Hikhik. 

Kalau difikir balik, dulu Cik Rose bukanlah suka gila-gila kopi. Minum tu minum, tapi sekadar minum. Ada minum, tak ada tak apa. Ha gitu konsepnya. Tapi entah kenapa, bila dah kahwin semuanya berubah! 

Cik Rose jadi suka kopi! Nescafe la lebih tepat!. Tak minum nescafe sehari rasa tak sah. Kena gak minum. Pagi ka, tengahari ka, malam ka. Sehari sekali kena minum. Kalau dapat pagi, dah ok. Kalau pagi tak dapat, malam cari. Sampaikan kalau makan luar pun order nescafe. 

Cik Rose takde masalah tak dapat tidur kalau minum nescafe/kopi. Minum tak minum tidur gitu jugak. On time. Hahaha. Cuma Cik Rose ada masalah tidur kalau dah mengantuk, dok tahan mata. Tak tidur time mengantok. Kalau tak tidur time rasa mengantuk, hadapilah akibatnya. Mata jadi segar tak nak tidur dah. 

Iklan jap. Gambar di bawah sekadar hiasan. Boleh tengok website LAZADA kalau nak beli. Nescafe dengan aroma pandan! Klik je banner atas blog Cik Rose tu. Hikhik.


Ok, kembali ke cerita kopi.

Cik Rose pun tak tahu kenapa selera berubah ke arah kopi. Masuk warung order nescafe ais. Gi restoran mamak order nescafe tarik. Gi Secret Recipe order cappucino iced. Gi starbucks order dark mocha. Gi Lanoon order mocha latte. Eh semua kopi!

Tapi...tapi... Cik Rose mula fikir. Normalkah Cik Rose suka minum kopi? Sampai satu masa, Cik Rose cuba stop terus kopi/nescafe. Sehari dua tu rasa letih tau. Mungkin sebab dah terbiasa minum. Sekali tak minum. Tu yang rasa lain. Cik Rose gagal. Kembali ambil kopi semula. 

Baru Cik Rose sedar. Cik Rose tak boleh terus stop megejut. Cik Rose kena cuba slow-slow nak kurangkan. 

Cik Rose cuba strategi baru. Cik Rose tak beli stock kopi atau nescafe kat rumah. Pergi kedai Cik Rose kurangkan. Cik Rose mula berubah ke teh o dan barley. Alhamdulillah berjaya lupakan kopi. Tak dapat minum pun tak apa dah.

Cuma kan... baru-baru ni Cik Rose dah beralih arah ke kopi ais! Sedap. Awatla depa buat kopi ais kaw ni? Mana tahan... hahaha. Dah la sekarang ni kalau Cik Rose gi kedai akan order kopi ais! Pssssst neslo ais pun sodap! Hahaha.

Nasib di Batu Pahat tak ada Starbucks! Kalau ada agaknya selalulah Cik Rose pi beli Dark Mocha Frap ke, Java Chip Choc ke. Aihhhh dah la tak nak cerita bab tu la. Terliur dah Cik Rose! Hikhik.

Persoalan serius yang Cik Rose nak tanya, bahaya tak kalau ketagih kopi ni? Cik Rose ada baca yang nak minum kopi tu boleh cuma jangan lebih dari 2 cawan. Kalau macam tu, Cik Rose bukanlah dan tak pernah berada dalam kategori ketagihan kopi! Normal rupanya Cik Rose ni.

Korang macam mana? Suka tak kopi?

EZBUY

10 Barang Yang Perlu Korang beli dari ezbuy !

December 28, 2016

Assalamualaikum.

Shopping..Shopping..
20.12.2016 haritu dah gaji. Apalagi, perasaan nak shopping tu membuak-buak. hihi. Buka website shopping. Mulalah tak keruan. Ada sale sempena Krismas, sale akhir tahun. Jom la shopping.

Cik Rose ada buka website ezbuy. Aduhai, banyaknya pilihan barang-barang. Korang cakap je nak apa. Baju, kasut, mak up, barang perhiasan, sukan, teknologi. Hai....semuanya ada. Sale pula gila-gila. Diskaun! Sebagai pembeli, mesti kita nak yang terbaik kan.

Dalam dok tengok tu, Cik Rose ada juga berkenan beberapai item. Meh Cik Rose kongsikan apa yang Cik Rose berkenan. Dan Cik Rose rasa korang pun patut dapatkannya!

1) SET BERUS MAKE UP

Bila buka website ezbuy, ini benda pertama yang Cik Rose tengok tau. Berkenan di hati. Set berus make up. Cik Ros enak belajar -belajar make up jugak. hihi. Ala simple-simple jer. Bila tengok harganya, aduhai murahnya! RM 9.59, diskaun 86%. Boleh tengok kat sini BRUSH MAKE UP.



2) BEG 

Geramnya tengok. Cik Rose rasa harganya berpatutan. Dan trendy! Cik Rose ni jenis tak kisah jenamanya. Asalkan cantik di mata, dah ok. Diskaun 70%! Kalau korang nak jugak boleh ke sini SURGE BACKPACK









3)EYESHADOW KOREA!

Wah eyeshadow korea! Mestilah cari yang korea. Cik Rose tengah demam Korea! hihi. Berkenan sangat sebab jenis shimmer dan ada warna purple di situ! Korang boleh tengok di EYESHADOR SHIMMER. Yang pasti, harganya tu memang murah! RM 13.45. Kat mana lagi nak beli, kalau bukan di ezbuy! Jom korang, kita cantik sesama! 


4) LIPSTICK JELLY COLOR

Pertama kali Cik Rose jumpa lipstick jelly. Berkenan pulak nak cuba. Macam cantik jer. Ada dua pilihan warna. Harganya hanya RM 33.79 je! Tak sabar nak cuba sendiri. Boleh dapatkan di sini LIPSTICK GEL.



5) FRAME

Cik Rose ni takdelah pandai nak hias-hias rumah. Tapi, bila pergi rumah kawan-kawan, tengok alahai cantiknya. Kemasnya dinding rumah dorang. Bila Cik Rose terpandang frame-frame yang ada di ezbuy, terus berkenan. Cantik juga, yang penting lebih murah kan. Cuma RM 62.07, diskaun 59% tau. Memang berbaloi pada Cik Rose . Boleh tengok di sini FRAME .




6) CARPET 

Ynag ni memang nak kena beli. Boleh letak dalam bilik anak. Khaskan untuk bilik dorang belajar atau main. Yeay! Dah jumpa. Bilik dorang nanti nampak lebih kemas! Cik Rose rasa berbaloi. RM 137.24, dengan diskaun sebanyak 39%. Boleh beli di sini yer : CARPET



7) TOYS

Sekarang ni, anak-anak sedara Cik Rose ada kat rumah. Jadi, memang Cik Ros enak cari suatu permainan untuk dorang. Dalam masa yang dorang bolehlah belajar kan. Hai, mesti anak-anak sedara Cik Rose suka! Tengok di sini yer : TOYS EZBUY.


8) ALAT TULIS HELLO KITTY

Sekarang ni, Cik Rose teringin pulak nak bersolek bagai. Tengok kengkawan office semua cantik-cantik! Tapi, Cik Rose ni setakat ada alatan yang basic jer. Sebab tu, Cik Rose rasa yang Cik Rose perlu dapatkan set alatan make up macam lat bawah ni!HELLO KITTY




9) KASUT

Macam manalah tak geram bila tengok website ezbuy ni. Tengoklah kasut kat bawah ni. Aduhai menariknya. Tapi, mampu ke Cik Rose pakai kalau beli? Tungguuuuuu... hikhik. PEN DORAEMON





10) WARM SHOES WOMEN WINTER BOOT!

Cik Rose memang tak pernah ada boot. Sesekali teringin jugak. Hati dah jatuh cinta dengan boot ni. Warna dii cantik. Tak sabar nak beli! Kalau korang nak, boleh juga beli di sini : BOOT WANITA



Berbaloi ke shopping di ezbuy?

Mesti korang risau kan nak shopping luar Malaysia. Bimbang harga penghantaran melebihi atau lebih tinggi dari harga barang yang korang beli kan. 

Eh jangan risau... meh Cik Rose bagitahu macam mana caranya. Hikhik.

Di ezbuy, korang boleh dapatkan harga penghantaran yang murah dan berbaloi! Hanya RM 8.80. Ye, betul. Jangan tak percaya. RM 8.80 sahaja. Tak kisah tentang berat, berapa bilangan barang, berapa besar, semua hanya RM 8.80. Believe me! Cuma, korang hanya perlu lihat di barang yang korang nak beli tu, ada tak tulis Prime. Macam gambar lat bawah ni :


Cuba korang tengok perbandingan kat bawah ni.  Kalau ikutkan dengan berat sebanyak 31 KG, kos shipping adalah RM 341. Oh tidak! Tapi, kalau korang pilih Prime , hanya RM 8.80. Kat situ korang dah jimat sebanyak RM332.20. Boleh shopping macam-macam dengan jumlah tersebut kan.


Kalau shopping melalui handphone pun boleh. Jangan risau. Mudah kan. 





Macam mana nak tahu barang yang kita nak tu Prime atau tidak? Senang je, sebelum pilih barang, korang klik je di kotak Prime. Lepas tu, akan tertera pelbagai pilihan barang yang ada pakej Prime tu.



Ok kat sini Cik Rose nak beritahu macam mana korang nak dapatkan keistimewaan ni? Macam mana nak shopping dengan kos shipping hanya RM 8.80?  Mudah jer. Jom daftar! Percubaan sebulan hanya RM 18.80. Dan setahun pula RM 188.00. Bila dah daftar, korang boleh shopping dengan senang hati tanpa memikirkan jumlah kos shipping yang mahal.




Jomlah daftar, dan dapatkan voucher bernilai RM15. Kalau nak daftar, boleh klik link ni yer ---   FREE 15 VOUCHER



Ada juga barangan-barangan yang ada diskaun 50%. Boleh banner di bawah yer :


Pssssstt.. Tawaran menarik dengan hanya RM 19.90! Wahh ni yang best. Jom klik banner di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut!



Selamat membeli belah!


lirik lagu

LIRIK LAGU MENGAPA DIRINDU LAGU YANG MENGGAMIT MEMORI

December 27, 2016

Assalamualaikum.

Cik Rose suka sangat lagu ni tau. Penyanyi asal Saloma. Uji Rashid pun ada rakamkan semula. Tapi, Cik Rose suka juga versi Nadia AF. 

Lagu ni menggamit memori Cik Rose. Mendayu-dayu jer Cik Rose suka tau. 

Macam biasa, Cik Rose kongsikan liriknya yer.

LIRIK LAGU MENGAPA DIRINDU LAGU YANG MENGGAMIT MEMORI

Anak punai anak merbah,
Terbang turun buat sarang,
Anak sungai pun berubah,
Ini pula hati orang mengapa dikenang


Asal kapas jadi benang,
Dari benang dibuat baju,
Barang lepas jangan kenang,
Sudah jadi orang baru mengapa dirindu


Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan dihati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan dihati




Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu acheh
Jangan kesal jangan kenang,
Kalau hati rasa pedih mengapa bersedih


Kalau pinang masih muda
Rasanya pahit sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti mengapa dinanti


Patahkan tumbuh hilang berganti
Lukakan sembuh kalau diubati
Patahkan tumbuh hilang berganti
Lukakan sembuh kalau diubati

sayang mengapa dirindu


cuti

KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN UNTUK PENJAWAT AWAM BERMULA 1 JANUARI 2017

December 27, 2016

KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN UNTUK PENJAWAT AWAM BERMULA 1 JANUARI 2017 |Assalamualaikum.
Pagi ni Cik Rose nak kongsikan tentang kemudahan Cuti Kuarantin untuk semua penjawat awam. Alhamdulillah.


Kalau sebelum ni ibu bapa perlu mengambil cuti rehat kan kalau anak menghidap penyakit berjangkit. Mungkin ada juga Ketua Jabatan yang menggunakan budi bicara untuk memberikan cuti tanpa rekod. Semuanya bergantung pada jabatan masing-masing.



Ok, jom tengok pekeliling baru ni iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016 -KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN 


Diberi kemudahan untuk menjaga anak yang menghidap penyakit berjangkit (diperakukan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta yg menyatakan anak perlu dikuarantin). 


Tempoh yang diluluskan maksimum lima (5) hari.





Syarat anak dikuarantin:



i. Bawah 18 tahun; dan 
ii. Bawah 21 tahun jika masih belajar. 

Senarai Penyakit Berjangkit:



1. HFMD; 
2. Demam Denggi & Denggi Berdarah; 
3. Campak (Measles);
4. Chickenpox; 
5. Difteria; dan 
6. Malaria.

Cara memohon, perlu lengkapkan:



1. Borang Permohonan Cuti Kuarantin (lampiran B dalam pekeliling). 
2. Perakuan oleh pegawai perubatan Kerajaan @ swasta. 

Tarikh kuat kuasa 1 Januari 2017.




Sekian, perkongsian dari Cik Rose.




lirik lagu

Lirik Lagu Siapa Sangka Siapa Menduga Nyanyian Liza Hanim

December 26, 2016

Assalamualaikum

Cik Rose tak perasan sebenarnya Liza Hanim nyanyi lagu ni dulu. Minat juga lagu-lagu nyanyian Liza Hanim. Antara yang Cik Rose suka Andainya Aku Bersuara, Kerana Terlalu Menyintaimu dan Gelisah Mimpi. 

Tapi, masa Intan Sarafina dapat lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ni, macam sedap pula. Tu yang sekarang selalu pasang juga lagu ni. 

Jom Cik Rose kongsikan liriknya dengan korang.

Lirik Lagu Siapa Sangka Siapa Menduga Nyanyian Liza Hanim


Bertahun sudah berdua bersama
Menempuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan
Bukan kehendakku
Tabah kuhadapi dengan mu
Itulah yang kupertahankan

Tak dapat dinafikan
Berbagai dugaan
Datang secara tiba-tiba
Apa erti makna tersembunyi
Istana yang dibina teguhnya sementara
Kau mengundurkan diri dariku



( korus )
Tinggallah aku kini seorang diri
Kesana dan kemari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi

Siapa sangka siapa menduga
Engkau berubah tiada kupinta
Kerana hidup bahagia sentiasa
Tanpa sengketa

Yang kukesalkan dan tak kulupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana kusungguh menyayangi mu

Hidup aku berteman
Rinduku tak pernah padam
Terkilan berpanjangan
Sambil menyapu air mata




Bezday

24 DISEMBER HARI LAHIR SATU-SATU ABANG CIK ROSE

December 26, 2016

Assalamualaikum.

Kira ni macam entry throwback lah ni. Throwback untuk abang Cik Rose. Satu-satunya abang yang Cik Rose ada. Mohamad Fazzli.

Dah menginjak ke usia 32 tahun.

Ayie, 
Happy belated birthday!
Moga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan menuju kebaikan.


Moga terus maju dalam kerjaya. Moga terus tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang. Sayang kau, Ayie!




7 HARI MENCINTAIKU

EPISOD AKHIR 7 HARI MENCINTAIKU ADAKAH MIA AKAN TERIMA KHUZAIRI

December 22, 2016

Assalamualaikum.

EPISOD AKHIR 7 HARI MENCINTAIKU - ADAKAH MIA AKAN TERIMA KHUZAIRI ?

Mesti semua tertanya-tanyakan? Malam ni jawapannya. Episod akhir 7 Hari Mencintaiku. Segala persoalan akan terjawab.  Apakah maksud pemulangan bekas cincin  yang Mia kirimkan untuk Khuzairi? Cik Rose pun berdebar-debar semalam. Bila nampak orang lain yang dukung Alisa, Eh, mana Mia ni? Jeng..jeng..jeng.

Tapi, hati Cik Rose merasakan bekas cincin tu kosong. Korang rasa macam mana pulak? Yang dah baca novel mesti dah tahu jawapannya kan. Cik Rose pun ada juga baca sinopsis akhir novel 7 Hari Mencintaiku ni. Ada kenalan Cik Rose yang kongsikan di facebook. 

Malam ni juga, Helmi akan berkahwin dengan Sophie. Kak Popi. hihi. Buntat yang panggil Kak Popi. Comel je Helmi dengan Sophie. Macho jugak Helmi ni sebenarnya. Manja je semalam dok bersayang-sayang dengan Sophie. Tengoklah gambar kat bawah ni, 'family photo'. Semua tersenyum :)


Pak Samad. Lepas ni ramai yang akan merindui Pak Samad! Eh? Yeke. Hahah. Jujur, Cik Rose suka watak Pak Samad tau. Tegas dan penyayang. Insiden rumah bergegar masa Pak Samad marah tu, mesti ramai yang ingat! Takut Mak Leha masa tu. hihi. 

Nad, adakah Nad akan bersatu dengan Dr Zaidi? Ehh,, Memandai je Cik Rose ni nak satukan semua orang. Hahaha. Tapi Nad memang comel!


Mia. Mia yang dulu bukanlah Mia yang sekarang. hihi. Dulu, CIk Rose tak suka Mia. Terlalu sombong dan berlagak. Perlahan-lahan Mia berubah. Menjadi lebih baik. Sayang Mia! Banyak penderitaan yang Mia tanggung. Sekelip mata Mia kehilangan orang yang  dia sayang. huhu.


Sophie a.k.a Kak Popi. Seorang yang sentiasa positif dan baik. Walau keluarga dia bertentangan dengan pendirian/sikap dia. Sophie sentiasa membantu Mia dan berada di sisi Mia. Sophie ni boleh buat kawan. Kalau korang ada kawan macam Sophie, jangan lepaskan. hikhik. 


Mak Leha! waduh..waduh.. Macam mana nak cakap ek?. Takut kalau dapat mak mertua macam ni. hahaha. Tapi, Mak Leha ni penyayang jugak sebenarnya. Dia jadi macam tu sebab dendam lama pada mak Mia dulu. Di akhir episod ni, dah nampak dah kelembutan dia. Semua mesti rindu Mak Leha kan. Siapa kat sini #teammakleha ?.


Dah sampai episod akhir pun kan. Pada Cik Rose, drama ni sarat dengan pengajaran. Hubungan kekeluargaan dan suasana harmoni di kampung. Watak Pak Andak pun Cik Rose suka. Sentiasa sabar dan sayangkan Mak Andak walau Mak Andak dah jadi macam tu kan. Kesian Mak Andak, tak dapat terima pemergian anaknya, Ayu. 

Sepanjang tengok drama ni, air mata Cik Rose mudah je jatuh. Hahaha.. Deras mengalir. Cerita macam ni memang Cik Rose sukalah. Ada scene sedih-sedih. Nak pulak bila degan lagu Dayang Nurfaizah tu. Lelaki Teragung. 

~Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga
Oh kekasih ~


Sama-samalah kita nantikan malam ni yer. Episod akhir 7 hari mencintaiku.


best

#MyTravelokaEscapade- Honeymoon di Sabah dengan Mr Army !

December 21, 2016

Assalamualaikum.

Bulan madu di Sabah! 

Ecewahhh berbunga-bunga hati Cik Rose ni tau. Cik Rose tengah 'counting days' ni. Jam di dinding terus berdetak aahhh.. Kakiku juga terus berjalan aahhh... hihi. Kenapa nak kira-kira hati bagai ni?. Cik Rose ni tak sabar menunggu 1 Januari 2017. Menunggu kepulangan Mr Army Cik Rose. Beliau menjalankan tugas selama hampir 4 bulan. Wahh mana tak sabar kan. Rindu jangan cakap. Perasaan bercampur baur. Nervous pun ada. Hihi.Maklumlah lama tak jumpa. Mohon jangan muntah ek dengar ayat madah Cik Rose kali ni. Psssss nak bagi pesanan penaja sikit, hati kena kental kalau nak berkahwin dengan tentera. Dalam kes Cik Rose ni, tentera lah kan. Tapi, sebenarnya ramai juga kawan-kawan Cik Rose yang terpaksa berjauhan dengan pasangan atas tanggungjawab pada tugas, macam anggota keselamatan yang lain, kerja kapal dan lain-lain. Semoga terus tabah buat isteri dan anak-anak yang berjauhan dengan insan bergelar suami/ayah. 

So, sekarang ni Cik Rose dok survey-surveylah nak bercuti di mana. hikhik. Moga Mr Army dapat cutilah yer. Maklumlah, tanggungjawab pada tugas tu berat dan Cik Rose perlu faham dan mengalahlah kan :) Cik Rose ok jer. Peace yo. Alhamdulillah dah 5 tahun kami bergelar suami isteri. Love you Mr Army!

Dan kitorang masih berdua lagi. (doakan kami dipermudahkan untuk memiliki zuriat).



Emmm fikir punya fikir, Cik Rose pilih SABAH! Tak naklah luar negara. Nak cuti pun susah, inikan pula nak planning ke luar negara kan. 

Kenapa pilih SABAH?

SUMBER : PETA SABAH


Kalau ikutkan masa Cik Rose kecil, pernah duduk Sabah sekejap. Tapi, memori di Sabah tu memang Cik Rose tak ingat. Kecik lagi masa tu kan. Bila dah besar ni, memang teringin! Pulau-pulau kat Sabah memang cantik. Tempat-tempat kat sana pun best. Bila tengok kengkawan post di facebook, ahhhh jelesnya. hahaha. Nak juga merasa ke sana. 

Jadinya, di kesempatan ini Cik Rose akan ceritakan ke mana destinasi yang ingin Cik Rose pergi. Honeymoon! Dah lama tak bercuti, rasa kekok. Eh? Dah kenapa ni. Korang, kalau plan nak bercuti, bolehlah layari laman web TRAVELOKA. Senang, boleh booking tiket, hotel. Nak-nak lagi sekarang ada promosi!

Ok, lokasi pertama ialah Pulau-pulau sekitar Sabah. Pantai di Sabah ni cantik-cantik. 


PULAU MABUL

Pulau Mabul tidak perlu diperkenalkan lagi kepada dunia. Keindahan pulau ini dengan air lautnya yang biru jernih bak kristal disuluh cahaya memang menjadi tumpuan di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Hai, seronoknya kalau dapat menikmati keindahan pulau ni.




PULAU MANUKAN

Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan kota Kinabalu. Cik Rose memang jatuh cinta tengok air dia! Pulau ni mempunyai kemudahan pelancong yang paling maju dengan terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, dan beberapa restoran dan pusat menyelam. Eh Cik Rose tak pandai berenang sebenarnya. Hahaha. Walaupun tak pandai berenang, nak jugak pergi pulau-pulau. Damai je rasa hati ni tau.






TAMAN MARIN PULAU TIGA

Terumbu karang yang mengelilingi oulau ni adakah rumah bagi banyak ikan dan hidupan marin yang lain. Kat sini, boleh menyelam, sukan airi tidak bermotor, menjelajah dan melihat burung-burung. Nampaknya sayang sangat sebab tak dapatlah Cik Rose melihat keindahan di dasar lautu tu kan.




Ok, dah  habis bab Pulau, sekarang ni kita berjalan-jalan la pulak kan. 


Taman Kinabalu 

Kinabalu Park merupakan sebuah lokasi permulaan bagi pendaki-pendaki yang ingin mendaki gunung Kinabalu. Di lokasi ini, pendaki boleh membuat pendaftaran, menempah mountain guide, atau juga menginap di hotel sambil menikmati udara segar, suhu yang sejuk dan juga pemandangan indah Gunung Kinabalu. Bagi pelawat yang tidak mendaki gunung Kinabalu,  boleh datang ke sini untuk bergambar berlatar belakangkan gunung Kinabalu, beristirehat  atau melawat Botanical Garden yang ada di sini. Bergambar tu memang Cik Rose suka! hahaha..



DESA Cattle Dairy Farm

Pemandangan dan suasana yang seakan-akan berada di New Zealand. Oleh sebab itu, ladang ini telah diberi gelaran "Little New Zealand in Sabah". Eh tak dapat ke luar negara, kat sini pun ok! Cantik jugakkan :) Moo..moo.. hihi.


Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah adalah satu-satunya ladang teh organik di Kepulauan Borneo dan juga seumpamanya di seluruh dunia. Berbeza dengan suhu yang dingin di Kundasang, suhu di ladang teh organik ini agak panas. Eh, tak kisahlah kan. Asalkan Cik Ros edapat menikmati setiap detik di sini bersama yang tersayang! (Jangan kecam Cik Rose. hihi)


Banyak lagi tempat-tempat menarik di Sabah yang Cik Rose nak pergi sebenarnya. Yang Cik Rose paparkan kat sini, antara yang paling best pada Cik Rose. Setiap kita berbeza-beza kan. Ada yang suka pantai, ada yang suka tempat yang boleh shopping, dan ada pula yang suka tempat yang ada makanan sedap. Pada Cik Rose, melihat keindahan alama adalah sesuatu yang sukar untuk kita dapat. Jadi, kalau ada peluang memang Cik Rose takkan sia-siakan.

Oh TRAVELOKA, sudilah merealisasikan impian honeymoon Cik Rose ni. #cikrosehoneymoon #cikrosewithmrarmy


Mujurlah Traveloka ada anjurkan satu contest iaitu You Need A Holiday lah! yang memberikan hadiah yang berbaloi! Moga ada rezeki buat Cik Rose dan Mr Army. Aminn.

Bukan senang nak dapatkan pakej percutian dengan harga yang berpatutan kan. Kena rajin-rajin jenguk website Traveloka macam ni.

Dan sekarang Cik Rose masih menghitung hari menantikan kepulangan Mr Army. ~menghitung hari, detik demi detik, masa ku  nantikan apakan ada~ opsss ternyanyi pulak. 

Counting days : Lagi 10 hari!





FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion