BEAUTY

BEAUTY IN THE DROPS UV Face Primer And Luminous Day Serum

November 21, 2017

BEAUTY IN THE DROPS UV Face Primer And Luminous Day Serum |Assalamualaikum. Dalam entry yang lepas, Cik Rose ada ceritakan tentang kebaikan Beauty In The Drops kan. Korang boleh baca penerangan Cik Rose tentang kandungannya dan kelebihannya. Cik Rose ada cerita panjang lebar dalam entry tu. Korang boleh baca di sini ya : BEAUTY IN THE DROPS PART 1


Nak tahu tak, bila Cik Rose tengok kawan-kawan yang pandai make up ni, selalu Cik Rose tertanya-tanya. Macam mana make up dorang tahan lama??? Hahaha. Cik Rose nak juga macam tu. Dan dorang pakai apa bagi make up tak bercapuk ni? Rupanya, kena cari primer yang sesuai dengan kondisi kulit wajah kita. Sebab kulit kita ni berbeza-beza. Mana sama kan. 


Tadaaa... tengok gambar di atas ni. Sehinggalah Cik Rose ditemukan dengan Beauty In The Drops. Sekali melihat dari luaran, hati dah terpaut dengan warnanya. Maklumlah Cik Rose ni kan purple lover. 

Beauty in the Drops merupakan UV Face Primer dan Luminous Day Serum. Ia dijadikan sebagai asas sebelum make up atau sebagai make up finisher. Juga boleh digunakan tanpa make up. Cik Rose dah mula displin pakai hari-hari. Cik Rose akan pakai setiap pagi, sebelum ke tempat kerja. Best pakai ni. Cik Rose sapu nipis je, kemudian pakai bedak compact. Kadang-kadang tak sempat nak pakai foundation bagai tu. Bestlah pakai, terasa perbezaannya. Malam pula, jadi rajin lagi. Pakai juga. Jangan risau, tak berminyak atau melekit. Terus meresap elok je. Dia ada glitter-glitter sikit, macam gambar kat bawah ni. 


Beauty in the Drops ni mengandungi minyak Argan dan minyak Jojoba yang sangat kaya dengan antioksidan dan membantu mengawal minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. 


Cik Rose ulang lagi cara penggunaannya ya. 
Cara Penggunaan Beauty In The Drops ni senang je. Goncang dulu sebelum digunakan. Kalau tak goncang, tak rata pula kandungan dia kan. Better goncang dulu, tapi jangan over pulak. hihi. Titikkan pada dahi, pipi, hidung dan dagu, kemudian ratakan ke seluruh wajah kita. Tak melekit dan cepat meresap. Tapi, jangan pakai banyak sangat pula. Less is more gitu. hihi. Untuk kesan lipstick yang lebih lama dan fresh, boleh titikkan  pada bibir dan ratakan. Serbaguna kan.



Untuk pembelian Beauty in the Drops di website 9Herbs, korang berpeluang menikmati special offer dengan menggunakan Promo Code IMC-BitD#1

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Whatsapp
012-454 0187 - Kak Raaina


#9herbs #BeautyintheDrops #SafeEffectiveConvenient

BEAUTY

SAFI RANIA GOLD BARU DENGAN FORMULASI TEKNOLOGI BEETOX DAN BIO NANO GOLD 24K

November 20, 2017

SAFI RANIA GOLD BARU DENGAN FORMULASI TEKNOLOGI BEETOX DAN BIO NANO GOLD 24K | Assalamualaikum. Mencari set rangkaian penjagaan wajah yang sesuai ni bukannya mudah. Betul kan. Kena pilih yang bersesuaian dengan kondisi kulit wajah dan juga usia. Maksudnya, kalau umur kita makin bertambah ni, takkan masih nak guna set penjagaan untuk remaja, ye dak? Macam Cik Rose, dah menginjak ke usia 29 tahun. Macam tak percaya tahun depan nak masuk sweet 30. Hihihi. Sweet yer.. 

Sesuai dengan peningkatan usia Cik Rose, adalah lebih baik Cik Rose buat persiapan. Hahaha. Sediakan payung sebelum hujan konsepnya. Korang tahu tak Safi ada mengeluarkan rangkaian antipenuaan yang baru? Tadaaa :



Rangkaian antipenuaan yang lengkap dengan kehebatan teknologi BEETOX dan BIO NANO GOLD 24K. Teknologi BEETOX berfungsi seperti suntikan yang mendorong sel kulit memulih muda agar kulit kekal anjal dan tegang secara semulajadi. Teknologi ini akan membuatkan kita tampak anggun muda berkekalan dengan sel kulit yang memulih pada kadar muda remaja!


Nak tahu tak kandungan dalam Safi Rani Gold ni?

Ianya mengandungi Nano Gold 24K yang mampu menyerap ke dalam lapisan dermis dan merangsang kolagen agar tekstur lebih anjal dan halus, malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.

Selain itu, ianya juga mengandungi :
* Honey yang merupakan pelembap semulajadi untuk mengekal lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit.
* Royal Jelly yang kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin dan mineral untuk pembaharuan kulit dan menegangkan kulit yang stress dan tidak bermaya.
* Propolis pula merupakan antioksidan semulajadi yang melawan radikal bebas utnuk mencegah penuaan awal.
* Bee Venom - Kulit menegang seolah bertindakbalas terhadap sengatan lebah. Hasilnya kulit menjadi lebih anjal.


Di dalam set ini, sebenarnya mengandungi banyak produk seperti pembersih wajah, skrub wajah, krim pelembap siang, krim pelebap malam, serum, penyegar, eliksir. Haa banyak kan?. Untuk permulaan ni, Cik Rose mencuba 4 jenis sahaja iaitu pembersih wajah (royal jelly), Esen Emas Keremajaan (honey), Eliksir Keremajaan (Beetox dan Propolis) dan Krim Pelembap Siang. 


Pembersih wajah - Royal Jelly
Formulasi Micro-Foam dan agen antioksidan secara mendalam. Cik Rose suka pembersih wajah ni. Lepas pakai rasa lembut je kulit. Pembersih ni jenis foam, sedikit wangi dan berwarna kuning/gold. Korang picit sikit je tau. Jangan banyak, nanti rugi. hihi.




Esen Emas Keremajaan
Mengunci lembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluronic Acid serta menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya. Ni best, cepat meresap dan tak melekit. Ambil sedikit, ratakan ke seluruh wajah, tepuk-tepuk sikit. Yang ni pakai waktu siang, sebelum korang nak pakai krim pelembap siang tau.




Eliksir Keremajaan - Beetox dan Propolis
Beetox, Nano Gold 24K dan Vitamin C yang akan meningkatkan keanjalan 3x , merawat pada lapisan epidermis dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan. Sebelum nak pakai, goncang dulu botolnya ya. Kemudian, titiskan  sedikit di tapak tangan, ratakan ke seluruh wajah, dan tepuk-tepuk lembut juga. Sama macam Esen Emas tu. Tapi, yang ni korang kena pakai malam, sebab fungsinya merawat. Yang ni pn Cik Rose suka, ia tak menjadikan kulit Cik Rose ni berminyak ke ape tau. Elok ke meresap dalam kulit. sejak pakai Eliksir ni, Cik Rose ayik tengok cermin je malam-malam. Hihihi. 




Krim Pelembap Siang - SPF25 (Propolis) 
Melembap dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB, dan Infrared (IR). Krim ni berwarna putih, sapu nipis je ye di muka. Setakat yang Cik Rose pakai, ok je. Cik Rose pakai lepas sapu Esen emas tu. 

REVIEW
Secara peribadi, Cik Rose sukakan pembersih wajah safi Rania Gold ni. Setakat yang Cik Rose guna, ia melembutkan kulit Cik Rose dan tidak mengeringkan. Juga Cik Rose dah jatuh hati dengan Eliksir tu. Nak pakai secara konsistenlah, supaya dapat memiliki kulit idaman hati ni. hihi. Botol dia pun eksklusif gitu. Suka, suka, suka.



Kalau korang nak juga, boleh dapatkan di pasaraya atau farmasi berhampiran. Cubalah, memang best. Tapi, kena buat pilihan yang tepat bersesuaian dengan kondisi kulit tau. Sebab ada beberapa pilihan untuk set Safi Rania Gold ni, untuk kulit normal, kulit berminyak, dan kulit kering. 

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di :

Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY/
Instagram : https://www.instagram.com/safimalaysia/









dangdut

Lirik Lagu Dangdut Wulan Merindu - Cici Paramida

November 20, 2017

Assalamualaikum. Nak tahu sejak dua menjak ni, suka pula Cik Rose dengar lagu Wulan Merindu. Lagu dangdut dari Indonesia nyanyian Cici Paramida. Aduhai, dah kenapa Cik Rose ni. Pertama kali dengar, dah terpaut. Hihi. Ia bukanlah lagu dangdut yang berat, bagi Cik Rose, dangdutnya sopan gitu. 

Tiba-tiba lagu ni menarik perhatian Cik Rose. Dalam Gegar Vaganza 4, episod minggu yang ke 3, Elyana ada menyanyikan lagu ni. Suara Elyana kan power. Best jugak. Lepas tu, Baby Shima juga menyanyikan lagu ni dalam pertandingan D'Academy Asia 3. Ala kontroversi yang Baby Shima dikritik oleh juri, Mas Idayu. Cik Rose tengok di youtube lepas dorang dok share di facebook. Masa tu memang tak tahusiapa Baby Shima ni. Kenapa nama dia ada Baby. hihi. Rupanya Baby Shima ni popular di Smule. Manalah Cik Rose tahu kan. Nampak benar tak mengikuti perkembangan Smule. Cik Rose kenal Khai Bahar je. 


Macam biasa, Cik Rose kongsikan lirik lagu Wulan Merindu ni ya. Kalau tanya Cik Rose, Cik Rose lebih suka versi asal yang dinyanyikan oleh Cici Paramida. Best!


Lirik Lagu Dangdut - Wulan Merindu - Cici Paramida

Sunyi sepi malam tanpa sinar bulan
Sesepi diriku sendiri dalam penantian
Tak tahan rasanya gelora di jiwa 

Ingin segera bertemu
Duhai kekasihku, duhai pujaanku
Aku rindu kepadamu


Sekian lamanya ku memendam rasa
Tak tertahan lagi rasa gundah didalam dada
Teringat dirimu, terbayang kau selalu
Setiap malam-malamku
Datanglah sayangku, hadirlah kasihku
Wulan ini merindumu


Betapa indahnya dunia terasa
Bila kau ada di sisiku
Alangkah syahdunya seakan terasa
Bagaikan ku di alam surga




Bawalah diriku oh sayang
Kuingin selalu bersamamu
Tak sanggup lagi diri ini 

Berpisah denganmu kasih

Cintaku sayangku kasihku
Kuserahkan hanya kepadamu
Semoga tuhan merestui
Bahagia selamanya


indonesia

LIRIK LAGU VIRGOUN - Surat Cinta Untuk Starla

November 19, 2017

Assalamualaikum. Tadi, Cik Rose terdengar satu lagu di radio. Dengar rangkap pertama, Cik Rose dah jatuh hati. Jatuh hati dengan bait-bait liriknya. Bila dengar part ' Aku pernah berpikir tentang, Hidupku tanpa ada dirimu' Cik Rose dah mula rasa sebak. Oleh kerana jarang dengar radio, Cik Rose tak pasti siapa yang nyanyikan lagu ni. Tapi, seingat Cik Rose, pernah lihat satu video di instagram. Tapi, memang tak ingat siapa yang edit masukkan gambar keluarga dengan berlatang belakangkan lagu ini. Cik Rose tanya teman sepejabat, namun tak dapat jawapan.

Oleh kerana Cik Rose ada ingat satu baris lirik tu, maka Cik Rose google je. hihi. Dah dapat jawapan. Lagu nyanyian Virgoun, berjudul Surat Cinta Untuk Starla.


Macam biasa, Cik Rose kongsikan liriknya. Bolehlah kita nyanyi sama-sama kan. Lagu ni bukan berentak sedih. Lagu ni lebih kepada penceritaan, tapi liriknya memang menyentuh hati Cik Rose. Biasalah jiwa sensitif kan. hikhik.



LIRIK LAGU VIRGOUN - Surat Cinta Untuk Starla

Ku tuliskan kenangan tentang

Caraku menemukan dirimu
Tentang apa yang membuatku mudah
Berikan hatiku padamu

Takkan habis sejuta lagu
Untuk menceritakan cantikmu
'kan teramat panjang puisi
'tuk menyuratkan cinta ini

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Aku pernah berpikir tentang
Hidupku tanpa ada dirimu
Dapatkah lebih indah dari
Yang ku jalani sampai kini


Aku selalu bermimpi tentang
Indah hari tua bersamamu
Tetap cantik rambut panjangmu
Meskipun nanti tak hitam lagi

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan sisa hidupku
Hanya untukmu

Dan telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu
Untukmu, hidup dan matiku

Bila musim berganti
Sampai waktu terhenti
Walau dunia membenci
Ku kan tetap di sini

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan sisa hidupku
Hanya untukmu

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu

Karena telah ku habiskan sisa cintaku
Hanya untukmu



bunga

CARA MENANAM DAN CARA MENJAGA BUNGA ROS AGAR SUBUR DAN BERBUNGA

November 17, 2017

CARA MENANAM DAN CARA MENJAGA BUNGA ROS AGAR SUBUR DAN BERBUNGA | Assalamualaikum. Kalau yang follow Cik Rose di instagram dan facebook, mesti selalu tengok  bunga-bunga yang Cik Rose tanam kan. Bila upload, Cik Rose akan gunakan #minigardencikrose . Supaya senang Cik Rose nak tengok dan rujuk sendiri. Cik Rose tanam pelbagai jenis bunga, tapi yang paling banyak adalah Bunga Daisy, Bunga Ros (Mawar) dan Bunga Orkid. Untuk lebih detail, bunga Daisy ada tujuh pasu, bunga Ros ada empat pasu dan bunga Orkid ada empat pasu juga. Disamping bunga-bunga ini, ada juga beberapa bunga lain, nanti Cik Rose cerita lebih detail ya. Cik Rose sayang semua bunga-bunga Cik Rose. Tak ada pilih-pilih kasih. Jika sebelum ni, Cik Rose pernah buat entry khas Cara Penjagaan Bunga Daisy, kali ini Cik Rose nak fokus dengan Bunga Ros. Mungkin di masa akan datang, Cik Rose tulis tentang Orkid pula ya.


Setakat ini, Cik Rose ada empat pasu bunga Ros. Terdiri dari warna merah, putih, pink dan kuning. Manakala ada lagi satu pasu kecil baru cucuk batang. Alhamdulillah, bunga Ros merah dan putih berbunga dan subur. Tapi, Cik Rose mengalami masalah dengan Bunga Ros pink dan kuning. Ros pink berbunga tetapi tak nak kembang elok. Manakala Ros kuning pula macam nak mati. Daun mula kekuningan dan putik bunga gugur. Oh tidak. Risaunya hati ni. Mulalah bertanya kawan dan google macam-macma petua. hihi. Banyak benar petua yang ada tau. Kenalah try and error. Tapi, nak jaga bunga ni kena sabar. Janganlah nak bunga sentiasa. Ada prosesnya tertentu kan. 


Sekuntum mawar merah. Wahh ala -ala tajuk lagu uols. Mekar berkembang, Alhamdulillah. Belanja satu gambar dulu, buat penyejuk mata di awal entry. 

Bila Cik Rose letak gambar-gambar bunga Cik Rose di fb atau ig,ada yang bertanya tips penjagaan bunga Ros. Menurut mereka, bunga ros sukar untuk dijaga. Jujur di sini, Cik Rose bukanlah arif tentang bunga-bunga. Cik Rose masih dalam proses pembelajaran. Cik Rose tanya pada yang pakar iaitu pemilik kedai pokok bunga, banyak tips-tips yang mereka kongsikan. Tak lokek ilmu. Terima kasih. Juga Cik Rose tanya pada teman baik yang juga berkongsi hobi yang sama ketika ini. Kami bertukar-tukar cerita dan petua untuk perkembangan pokok-pokok kami. Sesekali Cik Rose tanya juga dengan pakcik Google. Hihi. Cik Rose dihantar ke blog-blog bunga. Wah cantik-cantik bunga mereka! Lagi bertambah semangat.


Selingan gambar kedua. Mawar putih, sesuci lebaran atau sesuci hatimu padaku? Eh bermadah pula ya. Be serious Cik Rose! Untuk pengetahuan pembaca blog ini, bunga Rose merah dan bunga Ros putih merupakan bunga Ros pertama yang Cik Rose beli berbanding warna pink dan kuning. Nanti Cik Rose tunjuk lagi gambar-gambar ya. 

Melihat perkembangan bunga Ros kuning dan pink Cik Rose, bikin hati jadi gelisah. Takut layu atau diserang penyakit. Ini kerana Cik Rose perasan warna daun seakan berubah. Janganlah macam tu. Gundah hati ini memikirkannya. Hasil dari pencarian Cik Rose di google, Cik Rose temui pelbagai tips dan petua penjagaan bunga Ros. Terima kasih buat semua. Ada yang Cik Rose buat dan ada yang belum buat. Iyalah mana boleh buat semua petua sekali gus. Dan Cik Rose juga tak nak jadikan bunga-bunga Cik Rose sebagai bahan eksperimen. hihi. Sabar memang kunci terbesar dalam penjagaan pokok bunga. 


Ini bunga Ros kuning Cik Rose. Gambar ni diambil masa baru beli. Terletak elok je uols. Terang warnanya dan banyak kuntumannya. Akan Cik Rose usahakan untuk mengekalkan ketahanan jangka hayat pokok bunga Ros ini. 

Ok, di sini Cik Rose selitkan cara menanam bunga Ros. Amat berguna bagi yang mula nak berjinak-jinak dengan bunga Ros. Ada caranya. Orang kata, bunga Ros ni manja dia lain sikit. Perlu perhatian lebih. iyeke? Kenalah cuba tanam, nanti korang tahu. Cik Rose rasa mula-mula je macam kita kena beri perhatian yang lebih berbanding bunga lain. Tapi, bila dia dah mula berbunga, emmm tengoklah. Memang happy tahap maksimum bila dia dah start berbunga!

Eh selingan gambar lagi, nak tunjuk bunga Ros yang mula banyak berputik bunganya. Tengoklah ni :



Cara menanam Bunga Ros


Antara tips-tips untuk menanam Bunga Ros adalah :

1) Pokok bunga ros memerlukan tanah hasil campuran tanah kompos ( yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar) , air, matahari dan sumber nutrien baja. Campuran tanah kena betul. Jangan letak satu jenis tanah je.  Cik Rose tak ada sukatan terperinci, Cik Rose letak ikut agak-agak ja. Iya, betul. Masa alih anak pokok ke pasu lebih besar, kena pastikan tanah kita tu betul campurannya. Jangan main salin pasu je tau.  


2) Pokok bunga ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit. Ini sangat betul. Masa Cik Rose beli anak pokok tu, penjual tu ada beritahu. Siram di bahagian tanah, jangan terkena bunga. Nanti bunga rosak. Hanya siram sekadar membasahkan tanah.Pastikan air disiram dengan jarak dan tekanan yang rendah. Ini dapat mengelakkan tanah tidak lagi gembur dan tidak lagi sesuai. Macam Cik Rose, akan siram setiap pagi sebelum pergi kerja dan lagi sekali pada waktu petang, lepas balik kerja. Untuk siraman pada waktu petang, Cik Rose tak siram dengan jumlah air yang banyak. Cukup sekadar membasahkan tanah, bergantung pada keadaan cuaca juga. 





3) Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Cik Rose beli tiga jenis baja dah setakat ni. Hihi. Tak adalah letak semua sekali. Semuanya secara berkala. Cik Rose try and error je kalau bab-bab baja ni. Ada yang kata, guna air basuhan beras dan  ikan  diletakkan  bersama-sama kulit pisang pada pangkal pokok bunga ros kerana kulit pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros.  Tips ni Cik Rose baru tahu. InsyaAllah, akan cuba nanti. Ada yang pernah cuba tak? Boleh kongsikan hasilnya dengan Cik Rose? 



4) Selain itu, kulit udang, dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros. Oh ini belum pernah cuba lagi. 


5) Pokok bunga  ros yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan dahan dan pengeluaran bunga. Kaedah Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boleh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak. Jangan dibiarkan je lepas bunga-bunga tu layu. Korang kena cantas tau. Nanti lagi banyak bunga yang akan tumbuh.

6) Jika korang nampak daun menjadi kuning dan akhirnya gugur, ini kerana kekurangan air. Air yang berkurangan membuatkan pokok bunga ros telah kekurangan air. Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini. Ini terjadi pada pokok bunga ros kuning Cik Rose. Sedihnya! Di bawah ni gambar masa baru alihkan ke pasu. Elok je dia. Tapi, lepas beberapa hari daunnya berubah kekuningan. Aduhai di mana silapnya. Sebab tu Cik Rose dapatkan banyak maklumat mengenai penjagaan pokok bunga ros.



Penyakit yang selalu menyerang  pokok bunga ros ialah:

1.Thrip-kutu halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk ,bunga, dan perlahan-lahan membantut pucuk bunga seakan-akan   'terbakar' seterusnya perlahan-lahan mati.
Kawalan  penyakit - Ia boleh dikawal dengan spray ridsect water base atau berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simtom penyakit berkurangan. 
Pada peringkat serangan yang serius, pokok bunga ros harus dirawat dengan cara daun bunga dan dahan yang dipangkas terlebih dahulu,  di bakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari kawasaan tanaman pokok bunga ros . 

2. Blackspot- Merupakan penyakit sering terjadi di musim hujan. Penyakit ini lebih membahaya dari thrip biasanya.
Apabila diserang akan mengakibatkan 50 -50 hidup dan mati pokok. Ianya merupakan penyakit kulapuk atau kulat. spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab atau basah. 


Moga dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang juga mempunyai minat yang sama dengan Cik Rose. Seronok sebenarnya tanam bunga ni. Terapi minda dan mata. Sejuk mata memandang. Cuma kita perlu rajinlah. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Dan juga jangan abaikan pokok-pokok kita walau sehari. Kesian dia nanti merajuk tak nak berbunga. hihi. 


Petua orang tua-tua, selalulah bercakap-cakap dengan pokok bunga kita. Nanti pokok bunga tu bertambah subur dan mengeluarkan bunga yang lebat! Cubalah. Cik Rose memang selalu je berbual dengan pokok-pokok bunga Cik Rose ni ha. Hihi. Macam faham je bunga ros Cik Rose. Hikhik. 

Selamat menanam bunga!
Go green uols.





BEAUTY

STUDIO PERFECT SPF 15 FOUNDATION FROM MAC COSMETIC

November 16, 2017

STUDIO PERFECT SPF 15 FOUNDATION FROM MAC COSMETIC | Assalamualaikum. Terus terang Cik Rose katakan yang Cik Rose bukanlah individu yang pandai make up. Wah guna perkataan ‘individu’ ok. Nampak formal sangat. Hihi. Yes, tak pandai make up tapi suka tengok orang yang make up. Cantik. Biasalah naluri ‘girl’ kan.  Teringin nak belajar, kekangan waktu je sekarang ni. Busy mengalahkan PM uols. 

Untuk entry hari ni, Cik Rose nak cerita tentang ‘compact powder’. Rasanya setiap dari kita ada bedak kan. Tak kisahlah jenama apa, asalkan sesuai dengan kulit kita kan. Kondisi kulit kita ni bukan sama, jadi kena bijak memilih apa yang sesuai. 

STUDIO PERFECT SPF 15 FOUNDATION FROM MAC COSMETIC



Alkisahnya bukan Cik Rose yang beli. Kakak Cik Rose yang bagi. Thank you Kakyang. Asalnya dia beli untuk pakai sendiri. Tapi, tak sesuai dengan kulit dia, maka dia beri pada Cik Rose. Cik Rose terima apa adanya. Hihi. Inilah untung dapat kakak. Kalau ada je yang dia tak nak, boleh bagi pada adik dia yang comel ni. Hahhaha comel? Larikkkkk.



Bedak dari MAC, comfirmlah Cik Rose suka. Nak beli, kena fikir dua tiga kali. Bila dapat free, syok bukan main. Opsss.  Bedak ni sesuai pula dengan Cik Rose, Alhamdulillah. Memang selalu je pakai bedak ni. Cik Rose pakai pelembab muka, boleh terus pakai bedak ni. Tak payah pakai Cc cream atau foundation dah. Sebabnya dia dah ada SPF dah siap-siap dan dia jenis foundation jugak kan. Rata je kat muka ni ha. Masa mula-mula dapat, sayang nak guna. Eh sape lagi yang sama dengan Cik Rose? Sayang nak guna pakai barang baru. 



Cik Rose ni bukan pandai nak beli jenis bedak, foundation dan krim-krim muka bagai ni. Tak tahu nak pilih warna yang sesuai dengan tona kulit. Takut tersalah pilih kod warna, kang menyesal pula kan. Tapi, lega bila kakak bagi, terus sesuai je semua. Apakah maksudnya? Kakak je la yang tahu maksudnya. Nak pm tepi kakaklah macam ni. Hahahha. 


Korang jenis yang setia pada satu jenama atau tak ya? Kalau tanya Cik Rose pula, Cik Rose bukan jenis yang tak setia tau. Cuma lebih kepada suka mencuba benda baru. Amboiii ayat cover line. Hihi. Tak adalah, Cik Rose ni bukan boleh tengok iklan. Mulalah nak tergoda. Lepas tu baca pula review rakan-rakan blogger, memang comfirm rasa tergedik-gedik nak beli. Hahaha.

Ni terkeluar tajuk sikit. Nak cerita tentang pengaruh rakan blogger. Memang berkesan uols. Nak jadi cerita, Cik Rose ni baru tukar jenama shampoo, setelah setia denga satu jenama tu. Bila Cik Rose beli yang baru, siap beli botol besar. Baru guna sekali dua. Satu hari tu, tengok instagram rakan blogger. Review shampoo Follow Me yang baru tu, yang green tea tu. Cik Rose punyalah kusyuk tengok sampai rasa nak beli! Lepas tu kalut cari kat watsons. Rupanya tak dijual. At last, dapat juga. Cik Rose beli di Pasaraya Nirwana Parit Raja, Johor. Guna dah dua minggu. Moga setia. Hihi. Bestlah shampoo tu. 

Ok, tu je ceritanya. Hihi.


AFFILIATE

BAJU KURUNG YANG CANTIK DAN MURAH DI SWEET MUSLIMAH

November 15, 2017

BAJU KURUNG YANG CANTIK DAN MURAH DI SWEET MUSLIMAH | Assalamualaikum. Cik Rose nak berceloteh tentang baju kurung ni. Ada orang, masa raya je beli baju kurung. Atau masa raya je cari kain nak tempah baju raya. Eh. macam Cik Rose ni sentiasa mencari baju kurung. hihi. 

Apa maksudnya tu? Iyalah, Cik Rose ni kerja hari-hari pakai baju kurung. Selalu juga membeli. Nak beli kain tu memang ada yang murah cantik, tapi timbul masalah nak cari tukang jahit. Nak nak lagi sekarang ni dah bulan 11. Penghujung tahun ni, musim kenduri kan. Memang kebanyakkan tukang jahit dah tutup tempahan sebab terlalu banyak baju yang nak dijahit. 

Tapi, korang jangan risau. Cik Rose dah jumpa jalan penyelesaiannya. Wahhh.. 

Kat mana nak beli baju kurung yang cantik dan berkualiti setanding dengan harganya? Kat mana lagi kalau bukan di SWEET MUSLIMAH . Bukan baju kurung biasa tu. Ni baju ada pattern sikit. Kurung moden gitu! Cantik tau. KURUNG SOFIA DIANDRA diberi nama. 

Cuba tengok gambar di bawah ni, soft je warnanya. Hijau. Potongan moden, mengikut peredaran masa. Berkenan Cik Rose dengan warnanya.



Kenapa kena beli Baju Kurung Sofia Diandra?

* Material High Quality MOSS CREPE.
EASY IRON (Suggest pakai steam iron).
LEMBUT & RINGAN. Kalau basuh cepat je KERING.
MESRA WUDHU, ada butang di hujung lengan.
BREASTFEED FRIENDLY, senang nak menyusu baby. Ada butang di bahagian dada.
SIDE POCKET di tepi baju, senang nak simpan handphone.
* Bentuk Pungung terlindung sbb baju LOOSE cutting.
SKIRT A CUT yg ringkas & bila jln mudah je.Tak ketat, ni yang best. Cik Rose suka!
* Skirt sgt selesa sbb GETAH yg digunakan getah yg mantap dan kemas. 

*Sgt2 SELESA & SEDAP dipakai.
* 100% JAMINAN kepuasan.



Ada banyak pilihan warna yang ada. Pink, purple, hijau, cream, dan banyak lagi. Kalau nak tengok pilihan yang ada, boleh terus ke website SWEET MUSLIMAH. Korang klik je gambar-gambar yang ada ni ya. Nanti korang akan terus di bawa ke sana. hihi.


Baju dah cantik-cantik, tudung warna sedondon pulak tak ada. Bukan kata sedondon, colour blocking pun tak ada dalam almari. Eh, eh jangan risau. Di Sweet Muslimah ni ada juga pelbagai rekaan shawl. Cantik-cantik pilihan yang ada. Bolehlah beli sekali gus kan. Banyak sikit pilihan  nak ke tempat kerja. Ataupun pergi kenduri kahwin. Maklumlah jemputan banyak ni. 


Koleksi Tudung Online


Berbelanjalah secara bijaksana. Jimat apa yang patut. Dalam pada nak berjimat tu, kita mestilah nak kena pilih yang terbaik kan. Kalau kita pandai jahit sendiri baju ni, lainlah. Kalau tak pandai jahit, Cik Rose cadangkan korang beli je baju siap. Mudah dan juga cantik. Puas hati.

Alang-alang dah ada sale ni, jomlah beli. Boleh pakai pergi kerja kan. Tak adalah pakai baju sama hari-hari. Apa salahnya sesekali membeli. Tapi, jangan sampai membazir. Beli banyak-banyak, last-last tak pakai. Terletak je dalam almari. Tak mau macam tu tau. Kalau memang pakai, beli. Kalau tak berapa nak pakai, lebih baik simpan duit tu. Jangan ikut nafsu. 

Akhir kata, jomlah cuci mata di SWEET MUSLIMAH . Hihihi.


BEAUTY

Cara Buat Masker Kunyit dan Yogurt Untuk Kulit Wajah Yang Bersih Dan Cerah

November 15, 2017



Cara Buat Masker Kunyit dan Yogurt Untuk Kulit Wajah Yang Bersih Dan Cerah | Assalamualaikum. Sekarang ni mood penjagaan wajah  tengah berbunga-bunga. Ade je yang nak dicuba. Pantang orang bagitahu petua atau tips, nak cuba je. Hihi. Biasalahkan wanita. Eh ke Cik Rose je ni yang rasa? 

Sebelum ni, Cik Rose amalkan pakai mask yang jenis topeng made in Korea. Haha nak cakap jugak Korea. Sebab tengok kulit dorang bersih je kan. Siapa yang tak tergoda. Cik Rose beli mask dari The Face Shop atau Elianto. Selalu beli yang beras dan pearl tu. Memang best pakai tu. Tapi, biasalah pakai tu bermusim. Mula-mula je excited, lama-lama dah rasa malas. Oh no. Nak cantik jangan malas ok Cik Rose!

Baru-baru ni officemate Cik Rose ada cerita yang dia pakai masker kunyit. Eh, macam best je. Cik Rose google, rupanya ramai yang amalkan. Di sini Cik Rose sertakan serba sedikit cerita tentang kebaikan kunyit dengan uols ok.


Kelebihan mask kunyit untuk wajah 

Seperti yang kita tahu kunyit ni sangat banyak manfaat. Tak kiralah untuk diletakkan dalam masakan, dijadikan ubat atau sebagai bahan utama dalam merawat kesihatan dan menjaga kecantikan. Yang paling terkenal adalah orang India yang banyak menggunakan kunyit sebagai salah satu rahsia kecantikan kulit mereka. (betul kan. Cik Rose jarang nampak mereka ada jerawat! Bersih je kulit.)
Kunyit bersifat antiseptik, antibacteria dan antioxidant. Sebab tu kunyit sangat membantu untuk merawat jerawat, bintik-bintik hitam dan pudarkan parut. Dan paling best bila rajin dan konsisten pakai kulit akan jadi cerah. 
Setelah Cik Rose puas hati, apalagi tanpa membuang masa, Cik Rose pun beli jugak serbuk kunyit untuk dibuat masker tu. Cik Rose tak guna yang serbuk kunyit masak tu. Cik Rose beli serbuk mask kunyit dari The Beauty Hacks.  Korang bolehlah tengok di facebook atau website The Beauty Hacks ya.
Inilah rupa mask kunyit The Beauty Hacks :

Cik Rose diajar beberapa resepi untuk dibuat masker ni. Salah satunya adalah yogurt. Ok jom kita tengok kebaikan yogurt untuk kulit wajah.
Salah satu masker wajah asli adalah dari yogurt. Menggunakan masker yogurt dua hingga tiga kali seminggu dapat mengekalkan kulit wajah kita sihat dan flawless tanpa perlu membeli produk masker wajah yang mahal. Oh inilah yang Cik Rose idamkan!
Kenapa yogurt? Yogurt adalah makanan berkhasiat yang dapat membantu pencernaan dan menyediakan mineral seperti kalsium dan zink yang bermanfaat untuk tulang kuat, gigi dan sistem kekebalan tubuh. Yogurt juga mempunyai banyak manfaat apabila disapu pada kulit. 

Apabila kita menggunakan yogurt untuk masker wajah, pastikan bahawa yogurt yang kita pakai adalah Yogurt Plain (tanpa rasa) dan mempunyai bakteria aktif di dalamnya, pakai selama 30 minit keatas. Boleh campurkan apa-apa sahaja bahan lain yang bersesuaian dengan kulit wajah kita. 


Tengok, boleh campur apa sahaja yang bersesuaian. Maka, Cik Rose buat keputusan campurkan dengan serbuk kunyit. Setakat ni Cik Rose dah cuba tiga kali. Hasilnya, amat memuaskan hati Cik Rose. Lepas pakai, rasa lembut je kulit wajah. Kulit kita, kita je tahu perubahannya kan. Insyaallah Cik Rose akan amalkan. Beli yogurt plain tau, jangan pulak korang beli yang strawberry bagai tu. Nanti masuk mulut pulak, dah tak jadi masker. hihi. 

Cara buat masker kunyit dan yogurt.
3 sudu yogurt original


1 sudu serbuk kunyit


Cik Rose campurkan 3 sudu yogurt dan satu sudu serbuk kunyit. Ikut kesesuaian ya. kalau nak lebihkan pun boleh. Bila dah gaul rata, terus sapu di wajah. Bila sapu tu, mestilah korang rasa sejuk, maklumlah yogurt baru keluar peti ais. hihi. Biar sampai kering, dan basuh muka. Cuba sentuh wajah, aduhhh lembut je rasa. Cubalah!
Selain yogurt, korang boleh campurkan dengan putih telur. Cik Rose dah cuba dua kali juga. Yang ini pun best. Lepas pakai, wajah rasa licin dan tegang je. Syok! Selain tu, ada juga yang campur dengan madu, lemon, minyak kelapa dan lain-lain. Semuanya bergantung kepada jenis kulit dan apa yang korang inginkan. Macam Cik Rose, Cik Rose nak teruskan dengan yogurt dan putih telur je kot. Pokok pangkalnya adalah rajin. Kalau rajin, Insyaallah berkesan. Kena buat berterusan, bukan sekerat jalan. Betul,kan. 
Selamat mencuba.



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion