Harga Minyak Naik Lagi Bermula 1 Februari 2017

January 31, 2017

Harga minyak naik lagi bermula Februari 2017 |Assalamualaikum.

Harga minyak naik!

Lagi dan lagi.

Harga petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 20 sen bagi bulan Februari. Menjadikan RON95, Rm2.30 dan RON97 pula Rm2.60.


Makin naik minyak, makin bertambah perbelanjaan seharian.

Apa kata korang?


31 days challenge

DAY 27 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - GADJET SAYA

January 31, 2017

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Selamat malam! 

Cabarang diteruskan lagi di hari ke 27. Wahhh dah nak hujung-hujung dah ni tau. 

Cabaran hari ni ialah Gadjet Saya. Sekarang ni Cik Rose guna Samsung A5 2015. Samsung A5 ni dah keluar macam-macam dah. Ada siri 2016 dan yang terbaru 2017. Yang kalis air dan habuk tu. 

Samsung A5 ni suami belikan masa 31 Ogos 2015. Beli di BP Mall.. ha siap detail Cik Rose kasi! Puas hati dengan samsung A5 ni. Kualiti camera dia superb!


Gambar dari belakang. Bergaya dengan baju barunya sempena tahun baru Cina ni. Hihi.

Sebelum ni Cik Rose pernah guna hp Sony Ericson. Cik Rose adalah pengguna setia Sony dulu. Sony ni memang susah nak rosak di bawah tanggungan Cik Rose la. Hihi. Kemudian beralih guna Samsung S3, hadiah anniversary. Guna sekejap Note 3. Lepas tu terus guna Samsung A5 ni. 

Sekian.  Korang guna hp ape? 



#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

31 days challenge

DAY 26 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - PERANGAI MANUSIA YANG TAK DISUKAI

January 31, 2017

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Cabaran kali ni ialah perangai manusia yang tidak disukai. 

Emmm sukar nak jelaskan di entry tau. Tak tahu macam mana nak coretkan. 

GUNTING DALAM LIPATAN.

Cik Rose serik dengan individu yang berperangai begini. Huhu. Berpura-pura baik dengan kita, akhirnya tikam kita guna gunting tu! Aduhhhh sakit tau!

Sampai hati kan. Senyum manis. Baik dengan kita. Tapi ada maksud tersirat. 

Sama juga dengan TALAM DUA MUKA kan? 

Dahla tak nak cerita bab tu dah. Nak aura positif je sekarang ni. Hihi. 

Alhamdulillah... moga positif sikap kita dan sekeliling kita juga jadi positif, kan :)


#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

31 days challenge

DAY 25 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - GAMBAR 3 TAHUN LALU DAN KINI

January 31, 2017

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Cabaran hari ke 25, gambar 3 tahun lepas dan kini. Aduhai... susah nak buat sebab gambar-gambar semua dalam pendrive. Pendrive tak de pula ni ha. Sebab tu dok bertangguh jer nak siapkan entry ni. Padahal cabaran kali ni mudah jer. Cuma letak gambar! Hihi.

Ok, kat bawah ni ialah gambar 3 tahun lepas. Mei 2014. Ingat tarikh tu sebab Mr Army buat suprise sempena birthday Cik Rose. Bangun pagi suruh siap kata nak gi Kl. Biar betul? Terkial-kial Cik Rose siap. Dari Jb pukul 8.30 pagi. Sampai KLCC dalam pukul 11 gitu. Terus masuk Aquaria. Kebetulan pukul 11.30 pagi, time ikan-ikan makan. Jadi, dapatlah tengok segala ikan berebut nak makan. Yang best masa tengok ikan pari! Terima kasih suami sebab suprisekan kita masa tu. Tapi yang sedihnya, dalam pukul 2 lebih dapat call dari kem. Ada kerja urgent! Bayangkan kitorang patah balik ke Jb! Hihi. Tapi bila ingat balik sekarang ni senyum sorang-sorang. Seronok sebab selalunya percutian kitorang uplanned. Kalau plan tak akan jadi punya sebab kekangan tugas suami. Bila tak plan, macam -macam program kitorang! Thank you again Mr Army. Love you!


Ok seterusnya gambar kini. Haa ni fresh from oven! Jalan-jalan cuti raya Cina baru ni. Tak plan jugak. Mr Army dapat weekend dari kursus. Balik rumah nak rest. Siapkan kerja 'sekolah' yang Jurulatih kasi. Gi cari segala barang-barang yang JL suh cari. Esoknya iaitu hari Sabtu gi breakfast kat Ramly Kopitiam. Tup-tup sampai rumah, Mr Army suh siap nak gi PD! Oh ohh.. terkejar-kejar siap nak gi PD! Balik hari jer. Tak tido sana sebab suami kena balik tempat kursus semula kan. Sempat gi Muzium Tentera Darat dan Pantai Teluk Kemang. 


Sekian cerita untuk cabaran kali ni. Kesimpulannya, i like suprise-suprise gini! Hahahaha.



#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

lirik lagu

Lirik Lagu Pejamkan Mata - Malique ft Dayang Nurfaizah

January 31, 2017

Assalamualaikum.

Hari ni Cik Rose kongsikan lirik lagu Pejamkan mata. Lagu baru dari Malique dan featuring Dayang Nurfaizah. 

Best lagu ni! Jom hayati bait-bait senikatanya. 

Lirik lagu Pejamkan Mata oleh Malique ft Dayang Nurfaizah.



(Malique)

sebermula maka dipaksa diam
dengar, patuh dan terpaku tunduk
selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
dah diragut total, cinta resiprokal
bila dipersoal kekal equivokal
katanya tanggal tali leher itu
cukuplah seharian digembala
lupuskan logarithma yang menghantui kepala
dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
karektor kartun kantor dan karikatur diktator
dikabur takbur shabab yang bermusim
tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin
ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
masyghul, runsing… jah

[Chorus: Dayang Nurfaizah]
pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu



(Malique)
aku terdengar suara itu lagi
dari tenggara namaku diseru
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
katanya mata penamu tak mencoret solusi
kata magismu takkan mampu cetus revolusi
manusia kan sentiasa menyakiti
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal
semoga afdal bertemu di astral
selamat tiba kita ke republik cinta
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
arasy yang tiada penghuni mengugut buli
tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan

[Chorus: Dayang]

(Malique)
(hakikatnya nirvana di sana
di sini masih lagi samsara
cuba tak diperhambanya dunya
sukar tapi aku cuba
sukar tapi aku cuba ya)

(Dayang Nurfaizah)
kembalikan senyuman
serimu yang dulu
kembali ke dakapan
ku perlindunganmu
walaupun gerhananya
seakan tak berakhir
selagi ku di sisi
tak usah khuatir


[Chorus]


31 days challenge

DAY 24 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - 3 WARNA KEGEMARAN

January 28, 2017

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Cabaran hari ke 24, 3 warna kegemaran. Senang task hari ni!  Eh berlagak pulak. hihi.

3 warna kegemaran. Yang pertama tentulah ungu! Kata purple lover kan. Apa-apa yang berwarna purple cantik di mata Cik Rose ni. Tak kisah purple ape. Gelap ke, cair ke, belacan, ribena ke. hihi.. 

Related image

Cik Rose dapat senaraikan satu warna jer. Sebab memang purple di hati. Walaupun task ni mintak 3 warna, tak dapat nak penuhi. Maaf. hihihi. Tak nak curang dengan purple. 



#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion