DAY 1 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - SIAPAKAH SAYA

Assalamualaikum.

Ok, hari ni kita bermula dengan cabaran yang pertama. SIAPAKAH SAYA? Kalau korang pun nak join, tengok sini -->> 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER.

Dengan adanya entry begini, bolehlah kita kenal-kenal kan. Tahu serba sedikit tentang rakan-rakan blogger. Beramah mesra gitu!


SIAPA CIK ROSE

Korang kenal ke blogger bernama Cik Rose ni? hihi. Soalan cepumas ni. Cik Rose, pemilik Blog INILAH REALITI BUKAN FANTASI. Kalau tengok tajuk blog, wahhh bukan main lagi berfantasi bagai. hikhik.

MULA MENULIS

Cik Rose mula menulis blog sebenarnya dalam tahun 2010. Tapi, hangat-hangat tahi ayam dan tajuk blog pun Cik Rose dah lupa. Cik Rose mula mewujudkan blog Inilah Realiti Bukan Fantasi pada 31 Oktober 2011. Di waktu usia 23 tahun. Ececeh... tu pun nak cakap yer. hihi.

Gambar di bawah masa tahun 2015. Sengaja Cik Rose letak gambar ni. Nak imbau memori la konon. Hihi. Gambar ni dengan keadaan Cik Rose sekarang dah berbeza yer. Korang jangan percaya gambar tau. Cik Rose ni kategori fotogenik. Jangan ada yang muntah hijau pulak dengar statement Cik Rose ni. Hahaha.


SERBA SEDIKIT PERIHAL CIK ROSE

Nama sebenar Cik Rose ialah Roshazareeza Binti Ruslan. Sedap tak nama tu?. Hihi. Tiada apa nak dirahsiakan. Cik Rose bagitahu je nama sebenar. Dilahirkan pada 09 Mei 1988. Mohon sediakan hadiah siap-siap untuk Cik Rose. Pm je kalau nak alamat untuk pengeposan hadiah tu yer.hikhik. 

Sebenarnya tak tahu sangat  nak cerita apa dalam entry ni. Macam segan pulak nak cerita lebih-lebih. hahaha. Cik Rose kan pemalu.!

Cik Rose dilahirkan di Kuala Lumpur. Namun, Cik Rose ni bukanlah anak kota metropolitan Kuala Lumpur. Cuma, terlahir kat situ sementara ayah tunggu arahan untuk pindah ke Sabah. Ayah Cik Rose tentera. Jadi, selalu pindah kalau ayah dinaikkan pangkat. Sebab tempat lahir kitorang adik beradik lain-lain. Ada di Kelantan, ada di Sabah. Cik Rose pernah duduk di Sabah sekejap. Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Lepas tu ke Sungai Buloh, Selangor. Kemudian di Sungai Petani, Kedah. Seawal darjah 1 dah di Kedah. Jadi, Cik Rose isytiharkan cheq orang Kedah. Pertuturan Cik Rose ni banyak cakap biasa, sebab mak orang Selangor. Tapi, Kedah Cik Rose pun pekat jugak. Cuma lidah ni dah biasa dikawal. Bila nak cakap loghat Kedah, bila nak cakap loghat biasa.  hihi/ Fleksibel katanya!

KERJAYA CIK ROSE

Tahun 2009, Cik Rose ke Kuala Lumpur. Dapat penempatan di sana. MINDEF. Cik Rose kerja di sana dari Jun 2009 hingga Oktober 2012. Kemudian, pindah ke Johor Bahru. Kerja di sana dari Oktober 2012 hingga Jun 2015. Selepas tu, mula dari Julai 2015 di Batu Pahat, hinggalah hari ini.

Kenapa pindah-pindah ni Cik Rose? hihi.
Cik Rose mengejar Mr Army! Ye, benar.

Cik Rose berkahwin pada 30 September 2011. Masa tu Cik Rose di Kl dan Mr Army di Jb. Sebab tu Cik Rose mohon pertukaran. Selepas setahun, dapat pertukaran ke JB iaitu pada Oktober 2012. Nak jadi cerita, awal tahun 2014, kem tempat Mr Army bertugas ditutup dan berpindah ke Batu Pahat. Mohon pertukaran sekali lagi. PJJ lagi Cik Rose. Julai 2015 baru dapat tukar ke Batu Pahat. Alhamdulillah. Allah dah susun cantik-cantik perjalanan hidup kita ni kan. 

BLOG INILAH REALITI BUKAN FANTASI

Ok, berbalik pada cerita blog. Di bawah ni header terkini yang Cik Rose gunakan.




Sepanjang berblogging ni, memang banyak kali tukar header dan template. Usia mematangkan Cik Rose dalam dunia blog ni. Ecewahhh.. 

CIK ROSE DI MEDIA SOSIAL
Itulah serba sedikit tentang siapa Cik Rose ni. Nak tahu lebih lanjut, klik je di icon media sosial Cik Rose di sebelah kanan tu yer. Kalau korang view by mobile, icon tu ade kat bawah. Jom tengok-tengok fb, Ig, twitter dan youtube Cik Rose. Boleh add, follow dan subscribe tau. Cik Rose memang aktif di Instagram. hihi.

Ok, sekian terima kasih.


#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
10 January 2017 at 13:37 ×

good luck ros
sama lah ciksu lidah fleksibel..
org pin x leh teka kata ciksu asai kedah. hihihi

kdg kdg nk juga maintain ckp mcm cikta tp tak leh plak.. adeiii

Selamat QasehnyaRania dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment