DAY 4 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - APA YANG ADA DI DALAM BEG?

January 10, 2017

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Cabaran hari ke empat. Apa yang ada di dalam beg?.


Jeng...jeng..jeng..

Segan pulak Cik Rose nak letak dalam blog sebenarnya tau. Cik Rose kan pemalu. Hahaha.

Ok, back to the story. Apa sebenarnya yang ada dalam beg Cik Rose ni? Ke hulur ke hilir, berjalan dengan handbag. Kemain lagi tu! Ok, jujur Cik Rose cakap. Cik Rose bukanlah penggemar beg tangan tau. Dan Cik Rose memang tak pandai pilih beg tangan. Bayangkan dulu, Cik Rose pergi kerja bawak beg galas je. Ala, beg sekolah! Body glove jer. hihi. Itulah Cik Rose. Sesekali je beli beg tangan. Selalunya kalau keluar pergi kenduri, balik kampung, atau ke majlis-majlis tertentu baru bawak beg tangan. Pergi Mall pun ikut mood. Mood ok, bawak. Kalau datang malas, bawa beg duit jer. hihi.

Eh cerita bab beg pulak. Ok, Cik Rose tunjukkan apa yang ada dalam beg tangan Cik Rose yer. Selalunya inilah yang ada dalam beg tangan tu. Tadaaa :




Dalam beg tangan, ada beg duit. Itu dah tentulah. Lepas tu ada juga: 


  • Compact powder by Fareeda
  • CC Cream by Pure Beauty
  • Losyen by Vaseline
  • Fashion Brow by Maybelline
  • Blusher by Silky Girl
  • Brush by Elianto
  • Lipbalm by Mac
  • Lipstick Matte by Revlon
  • Lipstick by Maybelline
  • Vitamin Rambut by Ellips
  • 3 butir pin tudung
  • Panadol dan ubat selsema

Amboi, kemain lagi bawak vitamin rambut! Hahaha.. Memang spare dalam tu. Kot-kot jalan jauh kan. Bila buka tudung, konon nak bagi rambut tu bermaya sikit. Hikhik.

Tapi kan, barang -barang tu memang duduk je dalam beg Cik Rose tu kalau nak jalan jauh atau pergi sesuatu majlis. Kalau pergi Mall, memang tak bawa barang-barang make up. Takut nanti bila keluar nanti bunyi pula. tin..tin..tin. Trauma Cik Rose nanti! Ahakz.

Beg Kerja

Kalau pergi kerja, tak adanya nak bawa beg tangan bagai! Cik Rose naik motor je. Malas nak berbeg-beg bagai. Beg kerja Cik Rose macam kat bawah ni jer :




Ada beg kecik yang dalamnya ada bedak, lipbalm, lipstick, pin, ubat-ubat Simple jer. Sebab barang-barang lain dah tinggal kat office,. Muahaha.


Apa pula yang ada dalam beg korang? Jom share dekat komen. hihi.



#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger




You Might Also Like

4 comments

  1. samalah dgn sy :) bawak mekap tp kalau setakat gi kedai ke gi mall ke x bawak lah. add on, power bank..

    ReplyDelete
  2. wahh! memang betul2 menjaga kecantikan cik rose ni..

    ReplyDelete
  3. saya pulak dalam beg, selain dari wallet & handphone, wajib ada power bank & wet tissue & air mineral

    ReplyDelete
  4. macam macam ada.
    tolak batu dgn kayu jah xda hiks

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion