DAY 5 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - 6 PERKATAAN MENGGAMBARKAN DIRI

January 10, 2017

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Cabaran hari kelima. Laju tak Cik Rose kejar?. hihi..

Hari kelima dengan task - 6 perkataan menggambarkan diri.

Susahlah! Cik Rose tak pandai nak nilai diri sendiri sebenarnya ni tau. Kang ade jugak yang isi bakul angkat sendiri ni. Huahua. Nasiblah kan. Blog Cik Rose, mesti banyak bakul yang nak diangkat!


Aduhhh serius ni tak tahu nak letak ape. hikhik. 





6 Perkataan menggambarkan diri Cik Rose


SABAR - Ini Cik Rose rasa betul. Selagi boleh bersabar, Cik Rose akan cuba sebaiknya. Cuba untuk kawal perasaan. Namun, jangan cuba nak uji kesabaran Cik Rose yer. Sesekali meletopssss, bahaya!

PURPLE LOVER- Family dan rakan-rakan terdekat tahu yang Cik Rose sukakan warna purple. Apa sahaja yang berwarna purple, cantik di mata Cik Rose.

TAKUT GELAP - Malaslah nak ulas panjang bab ni. Benda serius ni. huhu.

PENYAYANG - Rasa nak tampar diri sendiri pulak! hahaha.

SENSITIF - Suka dengar lagu cintan-cintun. Suka baca novel yang sedih-sedih. Minat drama yang sedih plot ceritanya. Pendek kata memang Cik Rose ni sensitif orangnya.

PEMAAF - Dah cakap sensitif tadi kan, tu yang pemaaf orangnya. hikhik. Tak simpan lama-lama. Yang berlalu biarkan berlalu. Ha, gitu konsepnya.


Sekian, 6 perkataan menggambarkan diri kali ni. 
Kita nak nilai diri sendiri, susah. Kalau orang lain yang nilai, ada kebenarannya kan. hihi..



#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger


You Might Also Like

1 comments

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS