Bila Cik Rose bermadah helah di Instagram!

Assalamualaikum.

Selamat malam! Hai semua. Dah tidur ke? 

Malam ni nak sembang-sembang je. Nak coretkan sesuatu di blog secara santai. 

Cik Rose memang suka updated instagram. Dan juga suka like gambar-gambar yang lalu tu. Support each other konsepnya! Hihi. 

Apa yang Cik Rose updated di instagram tu, tak semua yang Cik Rose link kan ke facebook. Hanya gambar tertentu sahaja. Ikut keperluan dan kepentingan. 

Cik Rose memang suka bermadah. Cik Rose wujudkan hashtag #cikrosebermadah di insta. Apa yang Cik Rose rasa nak coret, Cik Rose taip je. Namun, bukanlah setiap masa nak bermadah helah bagai. Ada waktu-waktunya. Dan bukan setiap madah Cik Rose tuju pada Mr Army. Ada beberapa perkara terkadang untuk keadaan sekeliling dan ada juga sekadar nukilan tanpa apa-apa maksud.

Entah kenapa, ada yang salah faham dengan memperkatakan semua madah-madah Cik Rose tu tentang perhubungan kami. Opsss no no no. Ada benda yang dikongsikan dan ada juga yang perlu disimpan. 


Korang pernah tak alami, ada individu yang salah faham dengan post korang? 

Mesti ada tu kan?


*****
Eh tengahari tadi masa waktu rehat, Cik Rose sempat ke kedai Mr DIY bersama teman. Cik Rose terbeli earphone. Hihi. Cantik, warna pink. Cari warna purple jenis ni tak ada pula. Harganya RM9.90. Tadaaa  : 


Jenis berzip lagi tu! Dah cuba, ok jer pada Cik Rose. Tapi, Cik Rose bukan jenis selalu guna pun. Kadang-kadang je ni. 


Ok sehingga berjumpa di entry akan datang!





Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
27 January 2017 at 09:10 ×

tak semua benda perlu dikongsi kan rose hikhik.. cantik earphone tu..

Balas
avatar
admin
31 January 2017 at 14:12 ×

Ada je orang salah faham post kita sampai ajak bergaduh. Huhuhu. Eh, cantik plak earphone tu cik rose.

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment