Tuesday, January 17, 2017

DAY 13 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - 10 PERKARA DISUKAI DAN TIDAK

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Cabaran hari sudah masuk hari ke 13. Sekejap je masa berlalu. Untuk hari ni, blogger dikehendaki menulis tentang 10 perkara yang disukai dan juga sebaliknya. Nampak mudah je cabaran ni. Tapi, bila dah mula menaip, eh macam susah. Nak senaraikan ape yer? Macam tak cukup pulak 10. !0 tu rasa macam banyak pulak. aduhh duh duh.

Cik Rose mulakan dengan 10 perkara yang disukai. Oleh kerana ada 10 yang disukai dan 10 yang tak disukai, Cik Rose rasa lebih baik Cik Rose senaraikan pendek secara point jer. Kalau nak ulas macam panjang pulak. Boleh ke? hihi.




10 perkara yang Cik Rose suka :


  • Warna ungu. (purple lover)
  • Kopi. (tak kisah kopi apa - nescafe, kopi o, kopi susu, mocha, latte, cappucino, white coffee dan lain-lain)
  • Udang (sambal yang paling suka, lain-lain masakan pun boleh jer asalkan udang )
  • Subjek Sejarah ( cerita masa sekolah dulu, subjek Sejarah memang Cik Rose paling suka walaupun Cik Rose ambil aliran Sains Tulen)
  • Wangian buahan. (Perfume berasaskan bau buah-buahan memang Cik Rose suka - terutamanya bau berry)
  • Suka menyanyi  (semua lagu pun Cik Rose layan. Tak memilih genre, asalkan sedap di dengar.)
  • Tam Spider ( Cik Rose dulu peminat tegar Kumpulan Spider. Beli kasetnya yang cover kulit warna hijau tu - lagu Spider yang paling membawa makna pada Cik Rose ialah Jangan Kau Berputus Asa)
  • Suka riuh. (Cik Rose suka suasana yang riuh- tak suka sunyi)
  • Menulis ( Cik Rose pernah menulis cerpen -tapi simpan sendiri, belum diketengahkan)
  • Kim Jong Kook ( eh tetiba pulak.hihi)

10 perkara yang Cik Rose tidak suka :

  • Keadaan bersepah -rimas rasa.
  • Perfume yang baunya kuat - strong. (sesetengah lelaki ada pakai.)
  • Lipat baju - basuh rajin, bab melipat tu macma kurang rajin. hihihi.
  • Penipu
  • Kawan makan kawan
  • Makan nasi tak ada kuah
  • Di arah, mengarah dan sewaktu dengannya
  • Gelap - tidur kena ada cahaya
  • Buat orang tertunggu kita
  • Orang cakap tak serupa bikin


Sekian dari Cik Rose . Moga berjumpa di entry akan datang :)


#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

3 comments:

  1. tulis cerpen hantar kat majalah cik rose..

    ReplyDelete
  2. ciksu suka udang juga. hiks
    tapi suka sunyi tak suka riuh. pening kepala
    tp kalau pergi tempat sesak boleh plak.ahaks

    ReplyDelete