DAY 23 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - LIST CERITA SERAM KEGEMARAN

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Cabaran hari ke 23 ialah list cerita seram kegemaran. Amboi... memang tak lah Cik Rose nak menulis. Ampun dan maaf dipinta konsepnya!

Cik Rose memang tak suka dan tak tengok cerita seram. Iklan yang ada unsur seram pun Cik Rose elakkan,. Sekarang ni ada beberapa iklan kat tv yang ada unsur seram bagi Cik Rose. Cepat-cepat bertindak, alihkan channel. Seab tu kalau tengok tv, remote memang ada berdekatan Cik Rose! Sebagai perlindungan di masa kecemasan. Hahaha.

Astro pulak sekarang ni ada buat channel khas untuk rancangan seram. Memang taklah Cik Rose nak langgan. Tapi, yang geramnya tu, iklan channel tu akan muncul nanti. Geram aih! Kadang-kadang tak sempat nak alih rancangan lain. Emm... Apa nak buat, bila tak sempat alih, pejam mata je mampu! 

Daripada tengok cerita seram, baik layan drama Korea! Sekarang ni Cik Rose demam Goblin. Baru je baik haritu demam Scarlet Heart. Hihi.

Image result for goblin korea

Jangan tanya cerita seram dengan Cik Rose. Bukan penakut, tapi memang Cik Rose elakkan, sebab Cik Rose jenis yang susah nak lupakan kalau tertengok. 

Sekian, dari Cik Rose yang acah-acah berani :)



#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger


Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
27 January 2017 at 09:07 ×

haha..sesekali layan best jugak tau rose

Balas
avatar
admin
27 January 2017 at 12:46 ×

hehe . peminat drama korea yer , macam BFF saya . anyway , cerita seram malaysia ni , yang buat seram sebab gambar je .

http://kaknajourney.blogspot.my/2017/01/day-23-31-days-challenge-by-jdt-blogger.html

Balas
avatar
admin
27 January 2017 at 15:25 ×

goblin ni seram ke..? hehehe...
lama x singagh sini..

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment