DAY 9 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - SESEORANG YANG MEMBANGGAKAN

January 13, 2017

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Seseorang yang membanggakan

Bila baca je tajuk cabaran hari ni, entah kenapa hati Cik Rose jadi sebak. Terusik pulak emosi. Automatik wajah mak ayah yang bermain di fikiran. Jelas sekali! -ketika sedang menulis lagu Ramalanku benar belaka nyanyian Zarul Umbrella yang sedang berkumandang.

Individu yang membanggakan diri Cik Rose, sudah pasti Mak dan Ayah. Tiada  kata-kata yang dapat Cik Rose luahkan mengapa.


- gambar sekadar hiasan.


Mak Ayah

Insan yang melahirkan dan menjaga Cik Rose dari saat melihat dunia hinggalah kini sudah melewati usia 28 tahun.- 9 Mei nanti baru 29. (tak dapat terima realiti umur dah meningkat ke ape ni? hihihi)

Insan yang begitu sabar dalam mendidik anak-anak seramai 5 orang. Insan yang bertanggungjawab mengajar kami adik beradik erti kehidupan. Insan yang amat memahami jiwa kami adik beradik. Insan yang sentiasa berada di sisi kami adik beradik di kala di uji badai kehidupan. 

Terkadang langkah tersasar, insan ini yang membetulkan kembali agar lurus ke  hadapan. Terkadang alpa dengan arus kehidupan, insan ini yang sentiasa kejutkan dari lamunan. Terkadang jatuh, rebah dan tersungkur, insan ini yang menghulurkan tangan agar daat kembali berjalan dan berlari. 

Mak dan Ayah, 
Ija sayang mak ayah. Terima kasih untuk segala-galanya. Tiada apa yang dapat Ija lakukan bagi membalas semua pengorbanan. Namun, doa Ija agar kasih cinta kita tetap di hati walau jarak memisahkan. Jarak hanyalah jarak, kan. 

Mak Ayah, 
Andai Ija dapat menghapus segala air matamu dan menggantikan dengan senyum di bibir...

***

Hargai ibu bapa. Hargai Ibu Bapa. Hargai Ibu Bapa.
Masa tak dapat diundur. Masa tak dapat di beli. 
Setiap saat yang berlalu, jangan disia-siakan.


#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

You Might Also Like

3 comments

  1. insan yg tiada nilainya di dunia nih...tak dpt dinilaikan...

    ReplyDelete
  2. bab mak ayah ni memang tak boleh nak cerita lebih2..konfem berjurai air mata.. hargailah selagi ada.. :'(

    ReplyDelete
  3. memanglah inilah pilihan setiap anak :)

    done komen...
    jemput baca dan komen entry wawa
    http://www.wawaashiharaa.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-9.html

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS