JANGAN PANDANG RENDAH KEBOLEHAN ORANG LAIN

Assalamualaikum.

Selamat petang. Apa khabar? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik :)

Pilihan.

Pilihan kita berbeza. Citarasa tak sama. Ada yang suka A. Ada yang suka B. Begitulah seterusnya. Cantik di mata kita, tak semestinya cantik di mata orang. Buruk di mata orang, tak semestinya buruk di mata kita. Sebab itu, kena raikan perbezaan pandangan tersebut. Jangan terlalu mendongak dengan pilihan kita. Tiada pilihan yang betul. Tiada pilihan yang salah, Pandang dari sudut positif, Insyaallah yang jadi baik juga. 


Namun, seringkali pilihan seseorang di pandang serong, di salah erti. Aduhai. Jangan begitu. Tolonglah buka minda sedikit. Jangan hanya menilai dari luaran, sebelum pandang di dasarnya. 


Sedikit kecewa dengan pandangan seseorang. Yang sering memandang rendah kebolehan orang lain. Anggapannya, hanya dia yang betul, dan hanya dia yang mampu. Usaha orang langsung tidak dihargai. Seidh jika dikelilingi orang yang demikian. Moga dijauhkan. Moga kita positif dan dikelilingi individu yang positif.

Saling bekerjasama dalam menempuhi sesuatu. Saling percaya mempercayai. Saling mendukungi juga. 


Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
16 January 2017 at 16:45 ×

kadang kita terasa mcm kite yg serba tahu itu yg kadang kita terpandang rendah kebolehan org lain...
sbb tu kita kene sentiasa merendah diri, saling tolak ansur n bantu membantu

Balas
avatar
admin
17 January 2017 at 10:22 ×

manusia mmg mcm tu ssh nk ubah pandangan org ... cuma kita boleh buat buktikan keupayaan diri sendiri

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment