Wednesday, January 18, 2017

Kasih Cinta Setia - Adakah seiring bersama?

Assalamualaikum.

Tika sendiri...
Mula mengenang
Akan dikau.

Tiada ragu
Mahu pun curiga.

Hanyalah firasat,
Yang sering hadir
Bukan tiada percaya
Cumalah benteng.

Benteng kau dan aku.
Dinding sayang dan setia.

Jangan pernah persoal
Setiap yang terjadi.

Cuba untuk fahami.
Cukup jika kau memahami.

Mudah untuk susun bicara.
Namun sukar dilaksana.
Mudah mengatur janji.
Amat payah untuk di kota.


Biar kau jauh
Hanyalah jarak
Sedikit tidak terusik
Kasih cinta yang ada.


Itu kataku.

Itu isi hati ini.
Itu fikirku.
Itu mahuku.

Dirimu?


Jika benar kita sehala.

Menuju bentangan kasih 
Tegaklah berjalan
Seiring ke situ.

Biar kita jatuh

Asal saling ada untuk menghulur
Tangan digenggam erat
Walau antara kita tergelincir.

Tiada yang ku harap

Janji setiamu ku simpan
Ku pegang rapi
Agar berdua menuju destinasi. 


Cik Rose

18 Januari 2017
12.07 am.


2 comments: