Saturday, February 18, 2017

Cafe Latte dari Farm Fresh - Susu yang penuh rasa kopi

Assalamualaikum.

Penggemar kopi! Sila angkat tangan. Yeayyy kita geng. Coffee lover. 

Kalau dah nama suka kopi, sampai susu pun nak cari perisa kopi. Cafe latte dari Farm Fresh lah jawapannya. Cafe latte with real coffee! Wow!

Cik Rose selalu juga beli. Sebelum ni beli dari kawan. Dia order dari kenalan di facebook. Cik Rose beli perisa Cafe Latte dan Kurma. 

Yang di bawah ni, gambar terbaru. Cik Rose beli di Aeon Big. Yang no botol kecil. Kat Aeon Big pun ada jual susu keluaran Farm Fresh. Semua perisa Cik Rose pernah nampak, cuma perisa kurma ja yang tak nampak. Hot item kan. Cepat habis. Tekak Cik Rose ni minum perisa kurma tu rasa macam cendol. Hihi. Sedap!


Minum waktu pagi memang syok susu kopi ni. Cerah ja mata. Sebab tu Cik Rose tak berani minum waktu malam. Memang tak tidurlah nanti. Hihi. Cik Rose dah cuba dah.

Dah alang-alang buka cerita bab susu ni. Cik Rose nak tanya. Korang suka tak minum susu? Ada yang tak boleh minum susu kan. Ada alahan dan sebagainya. Rasa nak muntah.

Cik Rose ok je minum susu. Tapi minum gitu je. Bukanlah kegemaran  Cik Rose dan bukan juga Cik Rose tak suka. Kalau ada minum. Kalau tak ada, tak apa. Haa gitu konsepnya.

Sebenarnya bagus minum susu ni. Tapi, tak tahu kenapa Cik Rose tak amalkan sangat minum susu. Jarang minum. Kalau teringin, baru cari susu. Selalunya cari kopi je! Haha.

Korang yang suka minum susu tu, share lah dengan Cik Rose. Korang suka susu perisa apa? Korang minum susu jenama apa? Tak kisahlah susu formula atau susu segar. Saja Cik Rose nak tahu. Nanti boleh Cik Rose cuba jugak. 

Cik Rose pernah beli susu omega. Konon nak amalkan minum setiap hari. Tapi, tak jalan pun. Cuma bulan puasa ja displin. Minum masa sahur. Tu pun time bujang masa duduk rumah sewa dulu. Hihi. Alaaa rindu pula dengan room mate dulu!

Ok, sehingga berjumpa di entry akan datang. Jangan lupa kongsikan susu-susu yang korang minum dengan Cik Rose yer!

6 comments:

  1. Macam2 jenis susu ada kat pasaran sekarang. Ada yang boleh minum ada juga yang terpaksa tolak hehe. Apa yang pasti sebelum tidur nak juga minum susu hikhik

    ReplyDelete
  2. husna surrender dgn susu.. jenis tak berapa boleh minum.. terpaksa minum susu Anlene pon kena ada cara.. panas² je boleh, kalau dah suam atau terlebih minum sikit, tak leh minum dah.. stg muntah..😅

    ReplyDelete
  3. kopi sy x berapa, sy lebih sukakan minum susu tepung everyday 😍😄

    ReplyDelete
  4. belum pernah rasa lagi cafe latte ni... nampak macam menarik ni... ada peluang nak cubalah...

    ReplyDelete
  5. Sedap susu nie. Kalau balik semenanjung mesti beli =)

    ReplyDelete
  6. saya suka susu full milk...kdg2 kalau x sempat makan, minum tu je boleh kenyang.lagipun umur dah 30-an ni kenalah tambah kalsium sikit.nak try lah cafe latte ni. nampak sedap

    ReplyDelete