Monday, February 20, 2017

Hubungan persahabatan yang dulunya erat, kini telah menjauh!

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Apa khabar semuanya, Cik Rose harap baik-baik saja. Alhamdulillah di atas apa yang kita ada ketika ini.

Korang.... 
Pernah tak korang terkadang rasa terusik? Ye, terkecil hati. Kadang-kadang benda tu biasa je. Selalunya korang ok je benda tu jadi. Tapi, tiba-tiba satu masa, korang tak dapat nak terima. Rasa kecil hati sangat. Merajuk. Hati luka. Air mata jatuh! 

Ada banyak sebab kenapa benda tu jadi. 

Mungkin korang selalu sangat disakiti. Sampai satu masa, ianya meletop. Tak tertahan. Cik Rose bercakap dalam konteks 'sensitif' - sedih. Bukan amarah.

Siapa yang tak de perasaan kan. Bohonglah kalau cakap tak pernah berasa hati. Kalau betul tak pernah kecil hati, sadonya hati korang!

Cik Rose akui yang Cik Rose pun pernah juga merasainya. Cik Rose bukan over sensitif. Cik Rose sensitif bertempat kata orang. Selagi boleh sabar, Cik Rose sabar. Selagi boleh bertahan, Cik Rose cuba bertahan. 

Korang... janga salah faham. Ini bukan entry luahan hati Cik Rose. Hihi. Ini tulisan secara general sahaja. Hal emosi, hal hati tak siapa boleh duga kan. Tak siapa boleh nampak apa yang ada dalam hati kita. Kita boleh bohong dengan riak wajah, kita boleh sorok.

Cuma, Cik Rose tertanya satu hal. 

Ramai orang boleh sorokkan kesedihan yang melanda hatinya dengan mengukir senyuman dan sedikit gelak tawa. Tapi, tak ramai yang boleh sorok kegembiraan hatinya dari terpancar di wajahnya. Kenapa ek? Hihi. Apa yang Cik Rose cuba cakapkan ni? 

Dah...dah.. no more hal hati. Nak makan coklat lah!


Coklat ni pemberian teman Cik Rose. Teman merangkap Kak Long di pejabat. You know who you are! Thank you. Walaupun Cik Rose tak pasti dia baca ke tak entry ni, tetap Cik Rose nak ucapkan terima kasih. Sayang akak! Bukan sebab coklat ni je. Tapi, sebab sudi berkawan dan memberi nasihat buat adik-adik ni. 

Tak tahu kenapa tiba-tiba Cik Rose rasa sayu! Aduhhhh benci... hal-hal sahabat ni memang Cik Rose sensitif sikit. Mulalah terbayang-bayang macam-macam memori. Memori suka duka. Dari zaman sekolah hingga berkerja. 

Korang nak tahu tak? Hingga saat ini. Cik Rose masih ingat insan yang pernah singgah dalam hidup Cik Rose dan sudi jadi sahabat. Sudi berkongsi suka dan duka. Cik Rose bukanlah istimewa. Cik Rose bukan sesiapa. Cik Rose tak outstanding pun. Tapi, masih ada insan yang berdiri di sebelah  Cik Rose dan sudi berkawan. Cik Rose akui terkadang dalam perhubungan, kita tersalah langkah. Kita tersasar dari landasan. Tapi semua tu akan mematangkan kita. 

Cik Rose rindukan insan-insan yang pernah jadi teman Cik Rose. Cik Rose boleh sebut nama mereka. Tapi, biarlah mereka terpahat dalam sanubari Cik Rose je. Hingga sekarang, Cik Rose masih ingat moment-moment indah tu. 

Alaaaa tak nak cerita bab sahabat. sedih!. Cik Rose cuma nak cakap yang Cik Rose sayang dorang.!.

Entry rojak hari ini. Ada bab sensitif, tetiba selitkan coklat dan kemudian hal persahabatan. 

Hal persahabatan tak dapat Cik Rose  cerita panjang. Cik Rose sedih. Teringat kenangan lalu. Teringat sahabat lama. 

Korang... Cik Rose terbaca di facebook, ada yang kongsikan. Hingga saat ini, mereka masih teringat kawan-kawan rapat mereka dahulu. Tapi, sekarang semua dah menjauh. Susah nak terangkan betapa remuk hati saat tu. 

Ya.kejadian tu Cik Rose dah rasa. Dulunya rapat-serapatnya. Tiba-tiba semua menjauh dan membawa haluan masing-masing. Sakit sangat hati macam di tusuk sembilu.... 
🎶🎶🎶kelam malam...sepi melamar kerinduan... tak terbayang ingatanku terhadapmu🎶🎶


Terima kasih sudi baca entry "sensitif" Cik Rose ni. Hingga berjumpa di entry akan datang. 

6 comments:

  1. tak gemar sangat coklat tu.. bukan tak suka tapi tak gemar ok hikhik

    ReplyDelete
  2. lumrah jadi perempuan, cik rose..ada kalanya hati tersentuh dan rasa nak menangis.

    ReplyDelete
  3. terkadang akak pun penah sensitif mcm cik rose bila teringat kwn2 masa zmn U dulu

    kadang ada yg nk sgt kite borak2 balik tp cari2 tak jumpa2... tak tau lah mana dia hilang sampai skrg nih

    ReplyDelete
  4. biasa tu hati perempuan kan lembut, mudah terusik. faham sangat. :)

    ReplyDelete
  5. alolo jgn sedih2 kak ^^

    fae hantu chocolate hehe

    ReplyDelete