Thursday, February 09, 2017

Le Sanda Sweet Foundation - Foundation Yang Tahan Lama Dan Merawat Kulit Wajah !

Assalamualaikum. 

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan! Betul tak? Kita ni sering mencuba sesuatu produk agar dapat yang betul-betul sesuai dengan kulit wajah kita. Setiap dari kita miliki jenis kulit yang berbeza-beza. Sebab tu nak cari yang betul-betul kena dengan jenis kulit ni susah juga. 

Malam ni, Cik Rose nak cerita tentang foundation! Yeayyy excited sebenarnya ni. Korang, bila kita tengok wajah A cantik je. Kita pun cuba foundation yang sama macam dia guna. Eh tak sesuai! Berminyak pula wajah. Lepas tu kita tengok B lawa je make up dia. Kita pun cuba foundation sama macam B. Eh kering pula wajah kita. Pakai bedak bertompok-tompok jadinya! Ada yang salah pilih pula jadi terlalu cerah atau gelap wajah. Emm macam mana ni? 

Ok, ok Cik Rose ada penyelesaiannya. Sebenarnya dah hampir sebulan Cik Rose guna. Bila dah rasa macam sesuai baru Cik Rose review kat sini. Nak review ni kenalah guna dulu dan tengok hasilnya. Jangan propa je lebih, tapi tak guna pun sebenarnya. No no no.

Le Sanda Sweet Foundation.

Korang pernah tengok atau dengar tak? Comelnya packaging dia. Ada berlian atas penutup. Kecik molek. Kecil-kecil cili padi, hot hot punya foundation ni!


Mula-mula dapat, Cik Rose rasa alahai.. Ringan tekstur dia! Macam best. Cuba untuk pertama kali kat kulit wajah, lembut je dan berbau harum. Tak berminyak. Dan yang penting tak merubah tone warna kulit wajah kita tau. Tapi, amat baik menutup kesan-kesan di wajah kita ni. Kalau Cik Rose pakai Le Sanda Sweet Foundation ni, Cik Rose dah tak apply CC Cream dah. Cukup dengan Le Sanda ni, dan letak bedak sikit. Kalau tak nak berbedak pun ok je! 

Jom tengok apa kelebihan Le Sanda Sweet Foundation ni? 


Le Sanda Sweet Foundation mengandungi vitamin C dan Lavender Oil. Ada pula Ekstrak Aloevera yang semua tahu untuk melembabkan kulit wajah. Dapat menghalus dan mencerahkan kulit. Kalau korang displin pakai setiap hari, wajah jadi glowing. Sukanya! Tidak melekit dan tahan lama. Tu yang penting. Takdelah kejap -kejap nak tengok cermin kan. Hihi. Yang bestnya Le Sanda Sweet Foundation ni, ia bukan sekadar untuk menutup cela tapi ianya dapat merawat kulit wajah. Ianya dapat merawat parut dan jeragat. Ha, tu yang bonus kalau pakai Le Sanda ni!


Kadang-kadang Cik Rose malas nak pakai foundation sebab malas nak cuci muka bila nak berwudhuk. Tapi kan, dengan Le Sanda ni tak lagi. Sebab ianya mudah dicuci. Guna air je pun boleh. Tak perlu make up remover bagai. Bebas bahan kimia! Jangan risau, tak ada hydroquinone dan mercury. 



Korang boleh tengok tekstur Le Sanda Sweet Foundation ni macam kat atas. Ringan je. Dia bukan jenis cecair dan bukan jugak macam krim tu. Apa ek orang panggil. Hikhik. Best pakai sebab macam tak pakai apa. Blend je dengan wajah kita tu! Cukup dengan pakai Le Sanda ni, pastu oleskan blusher. Wahhh berseri -seri wajah korang nanti!


Berapa harga Le Sanda Sweet Foundation? Mahal ke? Eh eh taklah. Untuk fungsinya yang meletops ni, berbaloi harganya. Hanya RM28! Sekali pakai calit sikit-sikit je. Tak perlu banyak-banyak tau. Walau botolnya kecil, tapi memang tahan lama. Macam Cik Rose ni guna setiap pagi masa nak pergi kerja, tak habis lagi sebotol tau. Memang super jimat!


Sekarang ni ada promo untuk jadi agen Le Sanda Sweet Foundation. Hanya modal serendah RM210 sahaja. Jomlah join jadi agen,dapat juga menambah pendapatan kan. Produk Le Sanda ni memang hot-hot! 


Kat mana nak dapatkan Le Sanda Sweet Foundation ni? 

Korang boleh whatsapp nombor di bawah ni : 
Anizz : 019-734 6860

Boleh juga ke laman sosial Aniz seperti di bawah :

Facebook - MN ANYZZA
Instagram - anyzz_hany

Yang berada di sekitar Batu Pahat, boleh cod je dengan Anyzz. Yang luar Batu Pahat, boleh pos! Hanya RM28 sahaja. Yang berminat nak jadi agen pun, boleh contact Aniz tau. Boleh jana pendapatan!


Selamat bercantik korang. Tahun 2017 ni #moodcantikon . Hahaha. Korang boleh singgah instagram Cik Rose nak tengok mood cantik Cik Rose tu! Hah. Jangan kecam. Larikkkk... hihi. 


2 comments:

  1. rietta xpkai foundation...mls...hehehe....tpi btul...tgk org pkai cantik, seme nk cuba...tpi xseme seswai ngn seme org kan...

    ReplyDelete