PANDUAN SOLAT - CARA MELAKUKAN SOLAT TAUBAT

Assalamualaikum.

Hari ni, Cik Rose nak kongsikan cara melakukan Solat Taubat. Moga bermanfaat buat semua pembaca blog Cik Rose. Cik Rose kongsikan di sini untuk ingatan dan panduan Cik Rose juga sebenarnya. 

Di samping tu kalau korang nak mengetahui lebih lanjut Panduan Solat,  boleh klik di sini :  PANDUAN SOLAT SEMPURNA DAN KHUSYUK

Cara Melaksanakan Solat Taubat

1. Niat solat taubat

NiatSahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2. Bacaan semasa solat

Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Kafirun. Manakala pada rakaat yang kedua pula hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.

3. Bertasbih

Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali:
TasbihTidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.

4. Beristighfar

Banyakkan beristighfar selepas memberi salam.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 atau 100 kali.
istighfarAku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
b. Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 atau 100 kali.
istighfar2Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
c. Penghulu istighfar sebanyak 3 kali
istighfar3Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. ”

5. Baca doa taubat


Bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT. Berdoalah dengan penuh harapan untuk mendapat keampunan daripada Allah.

Sumber : TAZKIRAH.NET


Moga bermanfaat.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment