SENARAI PENUH PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2017 YANG DITAYANGKAN DI ASTRO WARNA DAN MUSTIKA HD

February 17, 2017

Senarai penuh peserta Maharaja Lawak Mega 2017 |Assalamualaikum.

Hai korang!
Kejap lagi pukul 10 malam ada Maharaja Lawak Mega 2017. Di astro warna dan mustika HD. Best ke tak ni? Hihi. 

Peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Siapa yang masuk Maharaja Lawak Mega kali ni? Ada pelawak yang popular ke tidak? Yang pasti tiada Johan, Zizan, Jep dan Shuib lah yer. Dorang memang dah tak nak masuk pertandingan. Jadi siapa yang masuk? Meh Cik Rose kongsikan  senarai peserta kali ni.



Senarai Peserta MLM 2017 Maharaja Lawak Mega 

1. Bocey
Ramai peminat Bocey ni. Abam, Fad dan Acey.

2. Abioso
Peserta dari Indonesia. Macam mana agaknya persembahan mereka ni kan. 

2. Danial
Juara Lawak Solo. Siapa tak kenal kan? Cik Rose suka juga persembahan Danial ni.

3. Dzawin
Juga dati Indonesia. Sama-sama kita lihat kehebatannya.

4. Hobit
Gabungan Bucil, Amir dan peserta Lawak Solo. Adeh boleh pula lupa nama dia masa taip entry ni. Ampun!

5. Joras
Joras dianggotai oleh Joey, Syuk dan Rahim. Cik Rose suka betul Syuk dan Joey!

6. Mad
Mad Sabah! Naib juara Lawak Solo.

7. Mamu 
Mamu! All the best ya.

8. Masin
Masin? Dengarnya gabungan 3 buah negara. Best ke idak ni? Jeng jeng jeng. Tunggu kejap lagi.

9. Nice
Nice pula menggabungkan Ropie, Tauke dan Acong. 

10. Pistol
Cik Rose tak kenal. Eh sorry... hahaha.

11. Puteh
Puteh! Ha ni Cik Rose suka. Lawak!

12. Shiro
Shiro kembali bertanding tahun ni. Tahun lepas Ajak team lain kan sebab Shahrul tak masuk. 

 14. XOXO
 Pun tak kenal sangat. Muka pernah nampak. Eh sorry!

 15. Zero
Zero! Macam mana momentum kali ni? 

Meh Cik Rose kongsikan gambar peserta Maharaja Lawak Mega 2017. Sebabnya kalau tulis nama kumpulan je, ada yang tak kenal. Cik Rose pun ada tak kenal beberapa nama. Hihi.


Ada nama besar, ada muka baru. Moga mereka semua menampilkan persembahan yang best dan menghiburkan. Tak nak lah krik krik krik je. Hihi.

Pengacara Maharaja Lawak Mega 2017 masih mengekalkan Dato Ac Mizal. Juri pula tak pasti. Kejap lagi baru akan diumumkan. Agaknya siapalah yer. 

Korang layan tak Maharaja Lawak? Dulu-dulu best. Cik Rose tengok ulangan pun gelak. Masa time Jozan, Sepah, Jambu dan lain-lain. Tapi yang baru-baru macam tak boleh nak pergi. Ni pendapat peribadi Cik Rose je yer. Ikut citarasa masing-masing lah kan. 

Jom kita saksikan Maharaja Lawak Mega 2017 kejap lagi. Korang sokong sape? Pilihan Cik Rose? Cik Rose nak tengok dulu persembahan pertama dorang kejap lagi, baru nak nilaikan. Hihi. 



You Might Also Like

2 comments

  1. termiss pulak episod malam tadi..nanti nak tunggu astro buat ulangan.harap best season ni macam yang lepas-lepas

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS